Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Company of Heroes 3 memperkenalkan ‘Deutsches Afrikakorps’ – faction paling maut dalam game

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 7, 2023
in Artikel, Berita, PC, Real time strategy, Steam
0 0
0
Company of Heroes 3 memperkenalkan ‘Deutsches Afrikakorps’ – faction paling maut dalam game
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, SEGA dan Relic Entertainment telah memperkenalkan faction keempat dan terakhir untuk Company of Heroes 3. Dikenali sebagai Deutsches Afrikakorps, pemain boleh mengetahui lebih lanjut tentang senjata dan kenderaan faction melalui video terbaharu Company of Heroes 3 di bawah.

Membuat debut di kedua-dua mode single-player dan multiplayers, Afrikakorps amat terkenal dengan kehebatan mereka di padang pasir Afrika Utara.

Sebagai pengenalan, Afrikakorps ialah tentera yang paling radikal dan tidak ortodoks dalam game dan amat sesuai dengan pemain yang suka bermain secara agresif dan menambah tekanan ke atas musuh. Faction ini mendapat manfaat besar daripada sinergi antara infantri khusus dan kenderaan berperisai yang bakal saya jelaskan di bawah.

Pemain Afrikakorps boleh menggunakan arahan ‘Half-track’ untuk mengarahkan tentera supaya bertindak balas dengan pantas terhadap ancaman baharu atau fokus sahaja pada ofensif. Menggunakan Panzer III, ini adalah kereta kebal serba boleh yang pasti menggerunkan pihak musuh. Sistem ‘Armored Reserves’ juga membenarkan penggunaan Tiger Tank dan pilihan kereta kebal berperisai tebal lain.

Di padang pasir Afrika Utara yang perit, Afrikakorps juga mampu “menunda kenderaan” untuk memposisikan semula meriam anti-kereta kebal Flak 36 88mm atau membaiki kereta kebal lain yang rosak.

Seperti semua faction dalam Company of Heroes 3, Afrikakorps dilengkapi dengan pelbagai ‘ Battlegroup’ sokongan sendiri untuk menangani senario medan perang yang unik. Guastatori dari Itali, yang berpakaian seragam serba hitam, menggunakan penyembur api untuk membunuh musuh.

Pada masa yang sama, Afrikakorps boleh menggunakan “Italian Combined Arms Battlegroup”, yang menawarkan beberapa unit hebat seperti Semovente da 75/18 Assault Gun, infantri Bersaglieri dan kereta kebal ringan Carro Armato M13/40 yang pantas.

Bagi sesiapa yang berminat, Company of Heroes 3 akan hadir di PC pada 23 Februari dan kini tersedia untuk pre-order! Mana-mana pemain yang membeli Launch Edition akan menerima pek DLC Devil’s Briged yang mempunyai skin Legendary untuk Infantri, Kenderaan dan lain-lain.

Anda boleh membaca segala liputan kami tentang Company of Heroes 3 di SINI.

Tags: Company of Heroes 3PCstrategi
Previous Post

SD Shin Kamen Rider Rumble akan keluar pada 27 April – HENSHIN!

Next Post

Kolaborasi One-Punch Man bakal tiba di Overwatch 2 bermula 7 Mac – 6 April 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Kolaborasi One-Punch Man bakal tiba di  Overwatch 2 bermula 7 Mac – 6 April 2023!

Kolaborasi One-Punch Man bakal tiba di Overwatch 2 bermula 7 Mac - 6 April 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd