Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kolaborasi Arena of Valor & Ultraman diumumkan sempena ulang tahun ke-4!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 27, 2020
in Android, Artikel, Berita, iOS, MOBA, Mobile
0 0
0
Kolaborasi Arena of Valor & Ultraman diumumkan sempena ulang tahun ke-4!
Share on FacebookShare on Twitter

Kolaborasi istimewa antara Arena of Valor dan Ultraman telah disahkan hari ini! Diumumkan di halaman rasmi FB AOV, Ultraman akan tiba di medan perang dan melawan musuh bersama dengan pemain. Terdapat lebih banyak kandungan menarik tetapi mereka memilih untuk mengumumkannya pada hari lain.

Arena of Valor (AoV) adalah satu permainan multiplayer online battle arena (MOBA), yang terkenal dengan kolaborasinya. Sudah ada banyak jenama dan francais terkenal yang telah bekerjasama dengan AoV seperti anime terkenal Sword Art Online. Bukan itu sahaja, Arena of Valor juga pernah bekerjasama dengan DC pada tahun 2017 untuk mempersembahkan watak DC seperti Batman, Joker, The Flash, Superman dan Wonder Woman. Tetapi kali ini Arena of Valor memberi tumpuan pada sebuah lagi jenama terkenal daripada Tsuburaya iaitu Ultraman sempena ulang tahun ke-4!

▎AOV x ULTRAMAN collaboration confirmed🔥

ULTRAMAN is arriving at the battle field and fight the alien with you…

Posted by Garena AOV on Monday, October 26, 2020 

Walaupun maklumat tentang kolaborasi ini sangat sedikit, seorang Youtuber bernama King Of Boss memuat naik video tentang acara ini. Walaupun video tersebut juga telah dipadamkan, komuniti King Of Boss membuat pernyataan fakta bahawa kolaborasi ini akan memperkenalkan skin baru.

Berdasarkan maklumat yang diberi, kolaborasi ini akan menampilkan 2 skin unik, iaitu Florentino dan Ryoma. Kedua-dua skin akan mempunyai tema Ultraman dan khabar angin mengatakan bahawa salah satu skin akan tersedia secara percuma, manakala yang satu lagi harus dibeli dengan baucar atau gacha. Florentino akan memiliki skin S+ dan Ryoma akan mempunyai skin SS+.

Lebih banyak lagi tentang kolaborasi AOV x Ultraman akan didedahkan pada 31 Oktober. Bagi mereka yang berminat, Arena of Valor kini boleh dimuat turun di telefon pintar anda.

Tags: arena of valorMOBAMobileUltramana
Previous Post

Ulasan Ghost Of Tsushima: Legends – Pengalaman co-op yang sama memuaskan seperti permainan asal!

Next Post

God of War menyokong pertukaran “save file” di PS5 & peningkatan grafik canggih!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
God of War menyokong pertukaran “save file” di PS5 & peningkatan grafik canggih!

God of War menyokong pertukaran "save file" di PS5 & peningkatan grafik canggih!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd