Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

God of War menyokong pertukaran “save file” di PS5 & peningkatan grafik canggih!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 27, 2020
in ARPG, Artikel, Berita, PS4, PS5
0 0
0
God of War menyokong pertukaran “save file” di PS5 & peningkatan grafik canggih!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat God of War yang ingin meneruskan kemajuan mereka dari PS4 ke PS5 akan mendapat berita baik hari ini. Pemaju Santa Monica Studio telah memaklumkan beberapa maklumat baru kepada peminat lama dan baru tentang God of War di konsol PS5.

God of War dikeluarkan pada 2018 untuk mendapat pujian tinggi di seluruh dunia. Dengan pengumuman backward compatibility di PlayStation 5, sudah pasti permainan ini tergolong sebagai salah satu permainan yang disokong. Selain itu, sebuah sekuel bernama God of War Ragnarok juga akan datang tahun depan bagi memastikan siri ini masih bersambung.

Berita ini dikongsikan di akaun Twitter Santa Monica Studio, yang menjelaskan pemain mempunyai pilihan untuk memindahkan “save file” God of War mereka ke PS5. Selanjutnya, pilihan Favor Performance yang diperkenalkan untuk PS4 Pro akan tersedia pada PS5, yang membolehkan permainan mencapai 60 FPS pada resolusi 1080p. Semasa pelancaran, permainan mengutamakan 30 FPS pada PS4 standard. Dengan perkakasan PS5 yang lebih baik, God of War harus dapat mengekalkan tahap prestasi 60 FPS dengan lebih konsisten.

You will also be able to transfer your God of War III Remastered saves to the #PS5!

— Santa Monica Studio – God of War Ragnarök (@SonySantaMonica) October 26, 2020

Akhir sekali, Santa Monica Studio menambah kejutan tambahan. Pemaju tersebut menunjukkan bahawa God of War 3 Remastered juga mempunyai kemampuan untuk berpindah “save file“. Daripada segi cerita, pemain akan dapat menyelesaikan naratif Yunani milik Kratos, dan kemudian meneruskan naratif Norse. Sekiranya semuanya berjalan lancar, PS5 akan mempunyai tiga permainan video God of War pada akhir 2021.

God of War kini tersedia di PS4, dengan fitur backwards compatibility untuk PS5.

Tags: backward compatibilityGod Of WarPS4ps5Santa Monica Studio
Previous Post

Kolaborasi Arena of Valor & Ultraman diumumkan sempena ulang tahun ke-4!

Next Post

Cyberpunk 2077 nampaknya sekali lagi ditangguhkan??!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Cyberpunk 2077 nampaknya sekali lagi ditangguhkan??!

Cyberpunk 2077 nampaknya sekali lagi ditangguhkan??!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd