Dimana dia pengguna PlayStation 4? Kami menyeru anda semua yang dah lama teringin nak beli permainan kegemaran tu tapi harga masih diluar jangkaan, inilah masa anda kerana kebanyakan permainan kegemaran serta permainan biasa kini ada diskaun sehingga 85% dengan New Season Sale!!
Sale ini telah pun berlansung bermula semalam 21 Januari sehingga 3 Februari 2020 ini dengan menampilkan pelbagai barisan permainan yang pasti menarik perhatian anda semua! Bukan setakat permainan lama, yang baru pun turut ada diskaun yang mengagumkan! Tanpa lengahkan masa jom lihat senarai dibawah antara permainan yang menarik untuk anda semua beli sekarang!
PS Store – New Season Sale 2020
A new season is upon us! Enjoy up to 85% off as you load up on titles like Star Wars Jedi: Fallen Order, Death Stranding, FIFA 20, Call of Duty: Modern Warfare and more!Pssst, 12 months PS Plus is also on 25% off! Offer ends 3 Feb.
Posted by PlayStation Asia on Monday, January 20, 2020
Death Stranding (Diskaun 30%)
Permainan yng penuh dengan kontrovesi pada awal pelancaran tetapi memenangi pelbagai anugerah terutama di The Game Awards 2019, kini game yang dihasilkan oleh Hideo Kojima ini tengah sale 30% untuk edisi biasa dan Edisi Deluxe! Harga asal sepatutnya RM239.00 untuk edisi biasa kini hanya RM167.30, manakala Deluxe harga RM329.00 kini hanya RM230.30! Teringin sangat nak main Death Stranding? Anda boeh terus ke pautan ini.
FIFA 20 (Diskaun 50%)
Permainan bola kegemaran yang hadir bulan September tahun lalu ini dengan ciri EA SPORTS VOLTA FOOTBALL nya yang lain dari yang lain kini mempunyai diskaun sehingga 50% dan itu termasuk edisi biasa serta edisi Ultimate! Harga asal bagi edisi biasa sepatutnya RM264.00 kini hanya RM132.00 manakala untuk edisi Ultimate yang diingini ramai peminat dahulu berharga RM434.00 kini hanya RM217.00! Cepat-cepat dapatkanya sebelum terlambat disini!
Need For Speed HEAT (Diskaun 43%)
Setelah dinantikan dengan pendedahan penuh di Gamescom 2019, kemudian baru sahaja hadir 8 November 2019 dan kami juga sempat mereviewnya, kini ini peluang anda untuk membeli permainan perlumbaan sengit ini dengan harga yang berpatutan! Ya sepatutnya harga untuk edisi biasa adalah RM264.00 kini hanya RM150.48, manakala edisi Deluxe harga asal adalah RM317.00 kini RM180.69 sahaja! Dapatkanya disini!
Borderlands 3 (Diskaun 35-40%)
Permainan yang penuh dengan aksi menembak untuk setiap misi, bermain bersama rakan-rakan dan sentiasa ada kemaskini yang menarik yang hasil dari 2K ini kini juga dalam diskaun yang menarik! Kini anda boleh dapatkan edisi biasa dengan diskaun 35% dari RM253.00 kini RM164.45, manakala edisi Super Deluxe yang sepatutnya berharga RM399.00 kini hanya RM239.40 sahaja! Apa lagi jom berperang dan beli disini!
God of War (Diskaun 40%)
Nampak tajuk diatas? Ya kali ini permainan kegemaran yang penuh aksi mengembara Kratos dan anaknya kini juga dalam diskaun yang menarik! Ini lah peluang anda untuk menjadi Kratos dengan edisi biasa kini boleh didapati dengan harga RM47.40 dari RM79.00 dan edisi Deluxe hanyalah RM77.40 dari RM129.00! Berbaloi kan? Jom beli disini!
Senarai dibawah juga antara yang menarik perhatian kami;
- Call of Duty Modern Warfare
RM248.00Diskaun 35% kini RM161.20; - Marvel Spider-Man game of the Year Edition
RM169.00Diskaun 40% kini RM101.40; - GTA V
RM126.00Diskaun 50% kini RM63.00; - eFootball PES 2020
RM225.00Diskaun 50% kini RM112.50; - Horizon Zero Dawn
RM79.00Diskaun 40% kini RM47.40; - UFC 3
RM126.00Diskaun 80% kini RM25.20!
Peghh semuanya menarik kan?! Banyak lagi permainan kegemaran yang anda boleh dapatkan di laman web rasmi PlayStation Asia! Cepat-cepat membeli belah sebelum terlambat! Diskaun ini hanya sehingga 3 Februari okay!
@gamersantaimy
Discussion about this post