Kingdom Hearts 3 Re:Mind DLC akan keluar esok dengan nilai harga RM131!

Bermula esok, gamers akhirnya boleh melihat penamat kisah Kingdom Hearts 3 dalam single-player DLC terbaru, Re:Mind. DLC ini akan dilancarkan pada 23 Januari untuk PS4 dan 25 Februari untuk Xbox One. Re:Mind pada asalnya dirancang untuk dikeluarkan pada tahun 2019, tetapi kemudian ditangguhkan. Kini, peminat tidak perlu menunggu lagi untuk menemani Sora dan kawan-kawannya. Selain itu, watak-watak Final Fantasy seperti Leon, Aerith, dan Yuffie juga akan membuat kemunculan.

Berikut adalah rumusan rasmi:

“Re:Mind – sebuah kisah berbeza yang berlaku semasa klimaks Kingdom Hearts 3. Bertekad untuk menyelamatkan Kairi, Sora pergi ke Keyblade Graveyard sebelum pertarungan akhir berlaku. Di sini, dia mengesan hati tujuh Seven Guardians of Light. Dengan mengalami hidup pahlawan itu sendiri, Sora akan jumpa jawapan sebenar.”

Kingdom Hearts 3: Re:Mind DLC bernilai RM131 dan memerlukan base game untuk bermain. Jika anda pre-oder DLC ini, anda akan menerima Re:Mind PS4 theme. Berdasarkan trailer di atas, inilah isi kandungan Re:Mind DLC:

  • Jalan cerita Re:Mind;
  • Playable Character baru, termasuk Kairi dan Riku;
  • “Limitcut” episode dan 13 Boss Battle;
  • Secret episode dan Boss Battle;
  • Difficulty level berbeza dan Gameplay Challenge baru;
  • “Data greeting feature”;
  • Slideshow feature untuk Photo Mode;
  • Premium Menu;

Edisi istimewa Re:Mind DLC bernilai RM169 juga mengandungi isi kandungan di atas, dan tambahan PS4 theme serta concert video (19 lagu). Walaupun anda tidak membeli DLC ini, pemain masih akan menerima kemas kini baru. Versi 1.07 mempunyai:

  • Main story update;
  • New ability;
  • New Keyblade: Oathkeeper & Oblivion (harus di-unlock);
  • New Form;
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.