Selepas 12 tahun siri anime Kimi ni Todoke musim 2 ditayangkan, akhirnya musim 3 telah diumumkan! Perkara ini telah didedahkan oleh Netflix melalui akaun rasmi Twitter mereka! Anda boleh lihat pengumuman rasmi di bawah.
Seperti yang diumumkan, Kimi ni Todoke Season 3 akan ditayangkan pada 2024 secara eksklusif di Netflix. Bukan setakat itu sahaja, watak utama, Sawako Kuronuma dan Shota Kazehaya akan dihidupkan semula oleh pelakon suara terdahulu! Studio animasi, Production I.G turut kembali untuk menghasilkan animasi untuk siri tersebut.
Untuk anda yang tidak mengenali siri ini, ia merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Karuho Shiina dan diterbitkan pada tahun 2006 melalui majalah Bessatsu Margaret oleh Shueisha. Berikut adalah sinopsis untuk Kimi ni Todoke:
Sawako Kuronuma ialah heroin yang sempurna…untuk filem seram. Dengan persamaan yang ketara dengan watak filem seram—rambut hitam legam, senyuman ngeri dan sikap pendiam— namanya sering dipanggil Sadako oleh orang di sekelilingya. Tetapi di sebalik wajahnya yang menakutkan adalah seorang remaja yang sangat disalah anggap. Terlalu malu untuk menyesuaikan diri, apa yang dia mahu lakukan ialah mencari kawan. Tetapi apabila budak lelaki yang paling popular di dalam kelas berkawan dengannya, dia pasti akan membuat lebih daripada itu–dia akan membuat beberapa musuh juga!

Kalau anda ingin tahu, Kimi ni Todoke turut mendapat adaptasi live action berbentuk filem pada tahun 2010 dan siri Netflix pada tahun ini. Siri animenya juga boleh ditonton sempenuhnya melalui Netflix! Jadi kepada anda yang tidak pernah menontonnya, bolehlah langgan Netflix untuk menontonnya sementara menunggu musim baharu ini!
Untuk mendapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post