Square Enix telah mendedahkan bahawa Final Fantasy XVI akan hadir ke PC! Perkara ini telah pun diumumkan sendiri oleh producer game, Naoki Yoshida dalam video baharu yang dimuat naik melalui akaun Twitter FFXVI. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.
Menurutnya, Final Fantasy XVI PC sedang dalam pembangunan. Buat masa ini tiada tarikh rasmi yang diumumkan untuk pelancarannya. Menariknya, Yoshida ada menyebut bahawa terdapat maklumat lanjut yang akan diumumkan sebelum tahun ini berakhir. Jadi kita nantikan sahaja pengumuman lanjut daripadanya.

Bukan setakat itu sahaja, setelah ramai peminat meminta DLC untuk Final Fantasy XVI, Yoshida telah mengesahkan bahawa terdapat dua DLC berbayar yang akan dilancarkan pada masa akan datang! Bermakna dapatlah pemain ke Valisthea semula untuk alami pengalaman baharu ini nanti. Agaknya apalah yang akan dapat diceritakan nanti.
Perkara akhir yang diumumkan dalam video tersebut adalah kemas kini terbaru untuk FFXVI. Kemas kini tersebut akan memberikan pakaian alternatif untuk watak-watak utama seperti Clive, Jill, Torgal, Joshua dan Ambrosia. Pemain dapat menukar pakaian mereka pada bila-bila masa sahaja.
Selain itu, terdapat sistem baharu yang akan diperkenalkan iaitu “Glamour system”. Sistem ini hampir serupa dengan game FFXIV, di mana pemain boleh menukar reka bentuk senjata Clive seperti senjata lain yang dimiliki. Stat untuk senjata tersebut akan masih kekal apabila digunakan.
Itu sahaja perkara yang didedahkan buat masa ini. Tidak sabar untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya nanti. Untuk mendapatkan berita lain mengenai FFXVI daripada kami, boleh klik pautan ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post