Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Khabar Angin] Nintendo bakal menamatkan perkhidmatan eShop untuk 3DS dan Wii U!

Penutupan ini akan bermula pada 22 April 2022 nanti

Amir Haziq by Amir Haziq
July 26, 2021
in Artikel, Berita, Genre
0 0
0
[Khabar Angin] Nintendo bakal menamatkan perkhidmatan eShop untuk 3DS dan Wii U!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, kita telah dapat lihat pelbagai konsol next-gen dihasilkan oleh syarikat besar seperti PlayStation 5, Xbox Series X|S dan Nintendo Switch dengan banyak game menarik untuk dimainkan. Maka, konsol-konsol lama sebelumnya tidak lagi mendapat sokongan platform dan kebanyakannya tidak lagi menerima game baru seperti apa yang terjadi pada PlayStation 3 dan PS Vita. Kini, terdapat khabar angin dimana Nintendo bakal menamatkan perkhidmatan eShop untuk dua konsol mereka, iaitu 3DS dan Wii U.

Walaupun Nintendo masih membenarkan game baru dilancarkan di eShop 3DS dan Wii U sehingga sekarang, tetapi ia tidak akan bertahan lama selepas ini. Baru-baru ini, Impact Game Station telah menerima emel daripada pengirim tanpa penama dari Nintendo of Europe yang menyatakan bahawa semua penyerahan game eShop untuk dua konsol itu akan ditolak selepas April 2022. Emel tersebut juga menjelaskan perkhidmatan ini tidak lagi aktif selepas tarikh tersebut, dan Nintendo masih belum memberikan kenyataan rasmi mengenai dari pihak mereka. Mungkin ini akan terjadi sama seperti PS Vita, apabila Sony telah menetap tarikh akhir penyerahan game kepada stor, tetapi masih belum menutupnya.

Keputusan Nintendo untuk menghentikan penerimaan penyerahan game baru ke eShop 3DS dan Wii U sudah dijangka, kerana kedua-dua konsol ini tidak lagi menguntungkan Nintendo. Buat masa sekarang, ini hanyalah khabar angin dan jika benar, pembangun game yang mengusahakan projek game untuk konsol itu akan menerima emel tersebut dalam beberapa minggu akan datang.

Sebelum ini, Sony telah mengumumkan bahawa mereka akan menutup stor online untuk PS3, PS Vita dan PSP, serta pemain tidak boleh membeli game secara sah. Keputusan itu diambil kerana Sony merasakan tidak ramai pemain yang ingin membeli game di MyPlayStation, tetapi  mereka boleh membeli sebahagian besar game sebelum ianya ditutup secara rasmi.

Buat masa ini, Nintendo masih belum memberikan pengumuman rasmi mengenai penutupan eShop untuk 3DS dan Wii U. Kita mengharapkan khabar angin tidak menjadi kenyataan kerana masih ramai lagi pemain yang masih setia bermain game di konsol tersebut. Untuk membaca lebih banyak lagi liputan kami mengenai Nintendo, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

Sumber: GameRant

Tags: 3dsnintendoNintendo eShopwii u
Previous Post

Secara rasmi Olimpik Tokyo 2020 bermula, Muzik Game JRPG menjadi lagu pembukaan acara!

Next Post

Sniper Elite 4 Enhanced dah tersedia di PS5 dan Xbox Series X|S untuk peningkatan percuma!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Sniper Elite 4 Enhanced dah tersedia di PS5 dan Xbox Series X|S untuk peningkatan percuma!

Sniper Elite 4 Enhanced dah tersedia di PS5 dan Xbox Series X|S untuk peningkatan percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd