Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Khabar Angin] Game PS5 ‘VENOM’ Dijangka Keluar 2027 Dengan Eddie Brock Sebagai Protagonis

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 15, 2025
in Artikel, Berita, Khabar angin
0 0
0
[Khabar Angin] Game PS5 ‘VENOM’ Dijangka Keluar 2027 Dengan Eddie Brock Sebagai Protagonis
Share on FacebookShare on Twitter

Butiran baharu telah muncul mengenai permainan video Venom (belum disahkan), sebuah spin-off yang dikhabarkan sedang dalam pembangunan di Insomniac Games.

Laporan baharu, bersama maklumat daripada sumber lain dalam talian, memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai projek tersebut, dengan mencadangkan tarikh pelancaran pada 2027, Eddie Brock sebagai protagonis, dan pertembungan dengan watak jahat, Carnage.

Kewujudan game Venom ini pertama kali didedahkan semasa insiden kebocoran data besar Insomniac Games pada penghujung 2023. Kebocoran itu mendedahkan senarai projek Marvel akan datang, termasuk judul Venom yang diletakkan sebagai game yang serupa skopnya dengan Marvel’s Spider-Man: Miles Morales.

Walaupun Venom boleh dimainkan dalam Marvel’s Spider-Man 2, peminat masih inginkan lebih lagi. Dengan Harry Osborn dibebaskan daripada symbiote pada penghujung permainan itu, hala tuju judul spin-off tersebut masih menjadi misteri.

Menurut laporan baharu dari laman web MP1st, game yang diberi tajuk sementara Marvel’s Venom ini masih dalam pembangunan aktif. Walau bagaimanapun, pelancarannya mungkin lebih lewat daripada yang dijangkakan pada mulanya.

Kebocoran data asal pada 2023 mencadangkan pelancaran pada 2025, satu garis masa yang kini kelihatan sangat tidak mungkin memandangkan masih tiada pengumuman rasmi. Laporan baharu ini pula menjangkakan kemungkinan pelancaran pada 2027, menandakan potensi kelewatan dalaman.

Laporan tersebut mendedahkan elemen naratif utama, menyatakan bahawa pemain akan mengawal Eddie Brock, hos asal dan paling terkenal bagi symbiote Venom, dan bukannya watak yang dipaparkan dalam Spider-Man 2.

Antagonis utama dijangka ialah Cletus Kasady, yang telah diperkenalkan untuk menjadi penjahat, Carnage, dalam misi sampingan Spider-Man 2.

Butiran lanjut telah dikongsi oleh seorang pemberi maklumat Marvel di X, yang dikenali sebagai “REDACTED Guy”, yang mendakwa bahawa kemajuan yang signifikan telah dicapai pada judul tersebut. Menurutnya, sistem utama untuk combat dan pergerakan telah pun siap, dan jalan ceritanya “pada dasarnya telah diperkemaskan”.

Posting itu juga mendakwa bahawa mocap dan dialog telah dirakam oleh pelakon Tony Todd, yang telah meninggal dunia pada November 2024.

Walau bagaimanapun, pemberi maklumat itu turut menyertakan amaran penting: “game ini juga berskala cukup kecil di mana ia mungkin telah dibatalkan akibat daripada insiden pencerobohan data tersebut.” Buat masa ini, nasib akhir Marvel’s Venom masih tidak menentu.

Venom is interesting because from what I know

• Combat system was completed
• traversal system was completed
• story was essentially smoothed out
• even Mocap and lines from Tony Todd were recorded

But the game is also small enough where due to the breach it could have… https://t.co/Asql8HOTHZ pic.twitter.com/dQPL1xoZBL

— That REDACTED Guy (@REDACTEDSpider) September 9, 2025

Sementara kita menantikan pengumuman rasmi mengenai kemunculan solo Venom, Insomniac Games meneruskan pembangunan untuk judul utama mereka yang seterusnya, Marvel’s Wolverine.

Spekulasi semakin meningkat bahawa game Wolverine yang amat dinanti-nantikan itu mungkin akan muncul di acara PlayStation State of Play yang dikhabarkan akan berlangsung pada akhir bulan ini.

Tags: Venom
ShareTweetSend
Previous Post

Game Seram Klasik ‘FATAL FRAME II: Crimson Butterfly’ Terima Remake Untuk Platform Moden

Next Post

Siapakah Kaigaku? Kisah Seorang Pengkhianat & Musuh Utama Zenitsu Dalam ‘Demon Slayer: Infinity Castle’ (SPOILER)

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Siapakah Kaigaku? Kisah Seorang Pengkhianat & Musuh Utama Zenitsu Dalam ‘Demon Slayer: Infinity Castle’ (SPOILER)

Siapakah Kaigaku? Kisah Seorang Pengkhianat & Musuh Utama Zenitsu Dalam 'Demon Slayer: Infinity Castle' (SPOILER)

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd