Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Seram Klasik ‘FATAL FRAME II: Crimson Butterfly’ Terima Remake Untuk Platform Moden

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 15, 2025
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS5, Remake, Seram, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Game Seram Klasik ‘FATAL FRAME II: Crimson Butterfly’ Terima Remake Untuk Platform Moden
Share on FacebookShare on Twitter

Koei Tecmo dan pembangun Team NINJA telah mengumumkan FATAL FRAME II: Crimson Butterfly REMAKE, sebuah ‘remake’ penuh bagi pengembaraan seram ikonik itu. Game ini dijadualkan untuk dilancarkan pada awal tahun 2026 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam.

Seperti kami tulis di tajuk dan perenggan awal, ini adalah ‘remake’ yang dibina semula dari awal bagi instalmen kedua dalam siri FATAL FRAME yang disayangi ramai, yang pada asalnya menakutkan para pemain pada tahun 2003.

Game seram Jepun ini mengisahkan tentang pasangan kembar, Mio dan Mayu Amakura, yang sesat di sebuah kampung terbiar yang dihantui oleh roh-roh jahat. Satu-satunya pertahanan mereka ialah Camera Obscura—sebuah peranti misteri yang boleh menangkap dan mengurung perkara supernatural.

Menurut pengumuman, ‘remake’ ini telah melalui baik pulih sepenuhnya, dengan penambahbaikan pada semua aspek, daripada visual dan audio sehinggalah ke sistem gameplay utama dan kawalan.

Mekanik Camera Obscura yang menjadi ciri khas siri ini kekal sebagai ciri utama, kini menjanjikan pengalaman gameplay yang lebih kaya dan mengasyikkan dalam kedua-dua aspek penerokaan dan pertempuran.

Selain itu, satu mekanik baharu iaitu “Holding Hands with Mayu” telah diperkenalkan, yang direka untuk menambah sentuhan emosi dan membolehkan pemain merasai ikatan antara dua beradik ini dalam cara yang serba baharu.

Kisah bermula apabila Mio dan Mayu kembali semula ke sebatang anak sungai, sebuah lokasi yang penuh dengan kenangan zaman kecil mereka. Kawasan tersebut bagaimanapun tidak lama lagi akan lenyap ditenggelami air untuk projek pembinaan empangan.

Ketika Mio sedang asyik mengimbau kenangan lalu, kakaknya, Mayu, tiba-tiba terpukau oleh seekor rama-rama merah, lalu mengekorinya sehingga tiba di sebuah kampung misteri yang dikhabarkan telah ghaib dan tidak lagi tercatat pada mana-mana peta.

Setibanya di sana, mereka mendapati kampung itu terperangkap dalam kegelapan malam yang tidak berkesudahan. Kampung itu dihuni oleh roh-roh pendendam yang sedang memburu sepasang gadis kembar, bagi menggantikan pasangan lain yang pernah melarikan diri daripada sebuah ritual kuno.

Dalam usahanya untuk mencari Mayu dan menyelamatkan diri dari kampung terkutuk itu, setiap langkah Mio secara tidak sengaja telah mengulangi semula tragedi ngeri yang pernah berlaku di situ. Keadaan ini akhirnya memaksa Mio untuk merungkai rahsia sebenar di sebalik “ritual terlarang yang tidak boleh disaksikan sama sekali.”

Untuk maklumat lanjut tentang FATAL FRAME II: Crimson Butterfly REMAKE, layari laman web rasmi.

Tags: FATAL FRAME II: Crimson Butterfly REMAKE
ShareTweetSend
Previous Post

Honkai: Star Rail ‘Version 3.6’ Dilancarkan 24 September, Menawarkan Watak 5-Star Percuma!

Next Post

[Khabar Angin] Game PS5 ‘VENOM’ Dijangka Keluar 2027 Dengan Eddie Brock Sebagai Protagonis

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
[Khabar Angin] Game PS5 ‘VENOM’ Dijangka Keluar 2027 Dengan Eddie Brock Sebagai Protagonis

[Khabar Angin] Game PS5 'VENOM' Dijangka Keluar 2027 Dengan Eddie Brock Sebagai Protagonis

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd