Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Khabar angin] Dragon Ball Super bakal ada projek anime baru, bak kata editor Shueisha

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 22, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
[Khabar angin] Dragon Ball Super bakal ada projek anime baru, bak kata editor Shueisha
Share on FacebookShare on Twitter

Dragon Ball Super: Super Hero kini sedang trending di seluruh dunia, dengan tayangan filem anime terbaru yang memfokuskan pada Gohan dan Piccolo ketika mereka melawan musuh lebih hebat daripada Red Ribbon Army. Memandangkan filem ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada bulan Ogos ini, kami mendapat berita khabar angin daripada Shueisha yang mengesahkan bahawa kerja sedang dijalankan untuk projek anime seterusnya bagi Dragon Ball Super.

Akio Iyoku

Dalam isu terbaru majalah V Jump, Akio Iyoku selaku salah satu editor Shueisha dan juga ketua untuk “Dragon Ball Room”, telah menjelaskan projek seterusnya bagi francais. Diterjemahkan oleh @DbsHype, berikut adalah isi kandungan:

Soalan: Apakah rancangan anda sekarang memandangkan DBS: Super Hero sudah ditayangkan di Jepun?

“Dragon Ball Super: Super Hero adalah filem yang dibuat bukan sahaja untuk penonton Jepun tetapi dengan pemikiran seluruh dunia. Dragon Ball ialah siri yang sangat dibanggakan di Jepun, jadi kami berasa sangat bertanggungjawab semasa mengusahakan filem. Kami memang akan mengeluarkannya di Amerika pada musim panas ini juga!”

“Apa? ‘Apa yang akan datang’? Jika anda bertanya, entri baharu dalam siri itu sudah pun dibuat! Super Hero mengambil masa lima tahun untuk buat, jadi amat wajarlah kami sedang mengusahakan perkara yang akan datang!”

“Toriyama-sensei sendiri sentiasa mengusahakan konsep dan idea baru Dragon Ball. Kami semua sedang memikirkan apa yang ingin kami tunjukkan seterusnya kepada dunia.”

Dragon Ball Room Head, Akio Iyoku confirms that a new DBS project is already in the works! Full Translation of the specific QnA posted in this month’s V Jump! pic.twitter.com/4vNpu2oDxq

— Hype (@DbsHype) June 21, 2022

Malangnya, beliau tidak mengesahkan secara khusus tentang isi kandungan projek ini. Siri anime Dragon Ball Super telah tamat pada tahun 2018, tetapi masih ada banyak lagi jalan cerita daripada manga yang belum dianimasikan.

Dengan keluaran Moro Arc dan Granolah The Survivor Arc, masih banyak yang peminat anime belum tahu seperti kuasa baru Goku/Vegeta, kisah silam Bardock, dan lain-lain. Jadi, saya agak tertarik untuk melihat ke arah mana anime Dragon Ball akan tuju pada masa depan.

Apa pendapat korang tentang projek Dragon Ball Super ini? Adakah Dragon Ball akan membuat comeback dengan siri anime? Jom kongsi pendapat anda di ruang komen!

Untuk segala liputan kami tentang Dragon Ball, sila tekan pautan ini.

Tags: animeDragon Ball SuperShueisha
Previous Post

Hampir 40 perkataan berbaur kesat & lucah telah diharamkan oleh SKMM

Next Post

Jom usya promosi hebat PlayStation dalam Mid-Year Deals! Bermula 22 Jun sehingga 6 Julai!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Echoes of Aincrad – Co-op Combat Cukup Padu Tapi Aspek Eksplorasi Terasa Kosong
Review

Reviu Echoes of Aincrad – Co-op Combat Cukup Padu Tapi Aspek Eksplorasi Terasa Kosong

Anime Jaadugar: A Witch in Mongolia Mengubah Persepsi Orang Tentang Islam
Anime

Anime Jaadugar: A Witch in Mongolia Mengubah Persepsi Orang Tentang Islam

July 8, 2026
Selepas 10 Tahun, Perjalanan Dragon Ball Xenoverse 2 Tamat Hari Ini Bersama DLC Terakhir
Berita

Selepas 10 Tahun, Perjalanan Dragon Ball Xenoverse 2 Tamat Hari Ini Bersama DLC Terakhir

July 8, 2026
Next Post
Jom usya promosi hebat PlayStation dalam Mid-Year Deals! Bermula 22 Jun sehingga 6 Julai!

Jom usya promosi hebat PlayStation dalam Mid-Year Deals! Bermula 22 Jun sehingga 6 Julai!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd