Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hampir 40 perkataan berbaur kesat & lucah telah diharamkan oleh SKMM

safwan by safwan
June 22, 2022 - Updated on August 28, 2022
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Panduan
0 0
0
Hampir 40 perkataan berbaur kesat & lucah telah diharamkan oleh SKMM
Share on FacebookShare on Twitter

Biasanya kita bercakap mengikut sesuka hati sendiri dengan tidak mengendahkan tentang perkataan-perkataan yang tidak boleh digunakan. Namun, tahukah anda sebenarnya terdapat panduan yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia aka SKMM berkenaan “bahasa terlarang” yang tidak boleh digunakan oleh orang ramai.

Ini bukan sahaja disediakan untuk penggunaan bahasa Melayu sahaja tetapi bahasa lain pun ada termasuk bahasa Inggeris, bahasa Tamil dan bahasa Cina. Hal ini kerana pencemaran bahasa semakin berleluasa yang digunakan dalam percakapan dan penulisan dengan melalui bahasa kasar, kesat dan lucah dalam kalangan orang ramai.

Ini tidak bermaksud anda akan dikenakan sebarang hukuman jika bercakap dengan kuat ataupun pada pihak berkuasa. Namun, perkara itu akan tertakluk kepada 3 lagi panduan dan akta termasuk Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri 2010, Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dan Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Tetapi baru-baru ini, terdapat satu berita di mana Dewan Bahasa dan Pustaka akan mencadangkan pindaan undang-undang untuk menghukum mereka yang tidak menghormati Bahasa Malaysia dengan denda sehingga RM50,000 atau penjara. Menurut Prof Awang Sariyan, denda tersebut bukan untuk menghukum tetapi untuk menyemai rasa cinta dan patriotisme kepada negara.

SKMM mendapatkan bantuan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, Lembaga Penapisan Filem, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) dan Commercial Radio Malaysia (CRM) untuk menyediakan panduan ini. Berikut adalah senarai perkataan bahasa Melayu yang tersenarai dalam panduan “Bahasa Terlarang”:

AMARAN: Di bawah terkandung perkataan yang membawa maksud kasar, kesat dan lucah.

Perkataan yang dilarang

  • Puki Mak
  • Butuh
  • Mampus
  • Anak Haram
  • Anak Sundal
  • Perempuan Jalang
  • Haram Jadah
  • Celaka
  • Betina Jalang
  • Kepala Bapak
  • Kafir

Perkataan slanga yang dilarang

  • Jubo/Aluto (Dubur)
  • Badigol (bodoh sangat)
  • Nasi Lemak 50 sen
  • Pantat/ Burit / Cipap(Kemaluan Perempuan)
  • Siol/Siot (celaka)
  • Periahi
  • Konek/ Palat/ Kontol(Kemaluan Lelaki)
  • Kepala buto
  • Haprak
  • Kewak (Kemaluan Emak)
  • Bangang, Bongok, Bahlul
  • Kepala bana
  • Mangkuk Ayun
  • Mak Ko Ijau
  • Bangkai
  • Nate/Natang (Binatang)
  • Hanat (Lahanat)
  • Nokrom (Anak Haram)

Saya ingin mengingatkan anda bahawa kita perlulah menghormati bahasa kita sendiri tidak kira sama ada ianya bahasa Melayu, bahasa Tamil mahupun bahasa Cina. Penggunaan bahasa tidak sopan ini secara tidak langsung mempengaruhi orang sekeliling dan memberi kesan yang negatif kepada bahasa itu sendiri. Jadi, marilah kita sama-sama menjaga percakapan dan penulisan dengan menggunakan panduan “Bahasa Terlarang” oleh SKMM.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Bahasa TerlarangMCMCSKMM
Previous Post

Rindu KOMIK lama GEMPAK STARZ? Boleh baca percuma di WEBTOON CANVAS sekarang!

Next Post

[Khabar angin] Dragon Ball Super bakal ada projek anime baru, bak kata editor Shueisha

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong
Eksklusif

[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong

July 10, 2026
Marvel Rivals – Season 9 Memperkenalkan Jubilee, Rombakan Sistem Team-Up & Rework Black Widow
Berita

Marvel Rivals – Season 9 Memperkenalkan Jubilee, Rombakan Sistem Team-Up & Rework Black Widow

July 10, 2026
Bandai Namco Kongsi Gameplay Dragon Ball Xenoverse 3; Apa Yang Kami Tahu?
Berita

Bandai Namco Kongsi Gameplay Dragon Ball Xenoverse 3; Apa Yang Kami Tahu?

July 10, 2026
Next Post
[Khabar angin] Dragon Ball Super bakal ada projek anime baru, bak kata editor Shueisha

[Khabar angin] Dragon Ball Super bakal ada projek anime baru, bak kata editor Shueisha

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd