Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Khabar Angin] Among US bakal tiba ke platform PlayStation pada 31 Ogos ini

Amir Haziq by Amir Haziq
July 5, 2021
in 2D/ Pixel, Android, Artikel, Berita, Epic Store, Genre, iOS, Mobile, PC, Platform, Real time strategy, Steam, Survival
0 0
0
[Khabar Angin] Among US bakal tiba ke platform PlayStation pada 31 Ogos ini
Share on FacebookShare on Twitter

Among Us telah dilancarkan sejak Jun 2018 dan boleh dikatakan antara game yang masih berjaya mengekalkan ramai pemain walaupun telah masuk tahun ketiga. Apa yang menarik tentang game ini ialah walaupun ianya mempunyai seni visual yang ringkas dan bermain dalam Spaceship sahaja, tetapi masih boleh menjadi sebuah permainan yang meletup tanpa berada di konsol. Kini, Among US bakal melangkah ke lebih banyak platform dan salah satunya konsol PlayStation!

Versi PlayStation Among Us telah diumumkan pada hujung bulan April yang lalu, dan para peminat telah didedahkan dengan beberapa gambaran yang bakal tiba di game. Buat masa ini, Innersloth hanya mendedahkan mengenai kandungan game masih kekal sama, tetapi ia akan dirangkumi dengan skin khas untuk crewmate. Ini membolehkan mereka nampak seperti Ratchet, dan disertakan dengan haiwan kesayangannya Clank! Namun Innersloth tidak memberikan tarikh pelepasan rasmi, tetapi peminat boleh siap sedia untuk kehadirannya bulan hadapan.

🚨 Among Us Release Date Set For 31 August 2021 (According To Database)

⬛ THIS DATE CAN BE A PLACE-HOLDER

🟫 #AmongUs #PS4 pic.twitter.com/TIPwOB44Oo

— PlayStation Game Size (@PlaystationSize) July 4, 2021

Sebuah akaun Twitter milik PlayStationSize yang terkenal sebagai pemantau kemaskini terbaru PlayStation, ia menyatakan Among Us kini sudah berada di pangkalan data dan dijadualkan pelancarannya 31 Ogos. Ini memberi kemungkinan yang sah kerana 31 Ogos jatuh pada hari Selasa, dan tarikh biasa untuk pelancaran sesebuah game. Walau bagaimanapun, para peminat Among Us tidak boleh meletakkan harapan yang tinggi dengan kebocoran ini.

Seperti yang dikatakan oleh akaun tersebut, ini mungkin merupakan tarikh placeholder untuk Among Us kerana sudah banyak kali peminat dikecewakan dengan tarikh pelancaran, tetapi ianya hanyalah place holder sahaja. Jadi, pengguna PlayStation disarankan untuk menunggu pengumuman rasmi dari Innersloth sahaja bagi mengelakkan kekecewaan.

Disamping itu, game ini juga mungkin akan tiba di Xbox pada tarikh yang sama juga kerana ia telah dipamerkan semasa acara E3 2021 di showcase Xbox. Walaupun ini hanyalah khabar angin sahaja, tetapi ada kemungkinan ia turut dilancarkan pada 31 Ogos untuk konsol Xbox One dan Xbox Series X. Mungkin Among Us akan lebih meriah apabila pemain PlayStation dan Xbox bermain sebagai Impostor di hari yang sama nanti!

Buat masa ini, Innersloth masih belum mengeluarkan tarikh rasmi pelancaran Among Us ke platform PlayStation. Namun kita boleh menantikan perkembangannya dalam bulan Julai atau Ogos ini. Untuk membaca lebih banyak liputan kami mengenai Among Us, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

Muat turun di sini
Among Us
Publisher: Innersloth
Developer: Innersloth
Release Date TBC
Android, Microsoft Windows, Nintendo Switch, Xbox One, Xbox Series X|S
Main dalam talian atau melalui WiFi tempatan dengan 4-10 pemain semasa anda berusaha menyiapkan kapal angkasa untuk berlepas, tetapi berhati-hatilah kerana seseorang menjadi penyamar yang berusaha membunuh semua orang! Nikmati cross-play antara PC, Android dan iOS!
Tags: Among UsInnerSlothplaystation
Previous Post

Video Editor, kami perlukan anda! Mohon Jawatan ini sekarang di Gamer Santai!

Next Post

Ciri Final Fantasy VII Remake Intergrade nampaknya akan dibawa ke Part 2!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Ciri Final Fantasy VII Remake Intergrade nampaknya akan dibawa ke Part 2!

Ciri Final Fantasy VII Remake Intergrade nampaknya akan dibawa ke Part 2!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd