One Piece merupakan sebuah manga dan anime yang popular dengan siri nya yang banyak dan mungkin takkan dihabiskan atas sebab kepopularitinya kemungkinan! Sesiapa sahaja yang suka dengan lanun dan anime pasti akan setia dengan siri One Piece untuk mengikuti kisah Monkey D. Luffy seorang lanun biasa-biasa yang berimpian menjadi Raja Lanun tapi tidak tahu lah bila~ Bergenre Shounen, siri One Piece dipenuhi dengan pegembaraan yang tidak masuk akal dengan watak lawak dan pelbagai perangai tetapi tetap unik dengan cara tersendiri!
Disebabkan siri One Piece dah terlalu lama, korang sendiri boleh bayangkan betapa banyaknya watak hero dan penjahat. Seperti kita tahu Monkey D.Luffy boleh membesar dan menguatkan badanya atau senang digelar sebagai budak getah dari yang asal kurus kepeng. Pelbagai watak pertualangan, lanun, marin tapi korang tahu tak watak yang mana paling kuat? Okay, kami dah cuba yang terbaik untuk mencari sumber bagi watak-watak yang terkuat di dalam siri-siri One Piece ini. Tapi hanya 10 lah yang akan dikongsikan, kalau ikutkan banyak lagi sebenarnya!
Okay jom lihat antara 10 senarai watak terkuat di One Piece!
Monkey D.Luffy
Sudah semestinya bakal Raja Lanun kita adalah watak partagonis utama untuk siri One Piece ini. Monkey D.Luffy si budak getah ini bermula sebagai pejuang yang terkuat dari awal siri hingga kini dan sentiasa membuat peminat terhibur!
Dengan keupayaanya untuk membesarkan atau memanjangkan anggota badanya dengan pantas, percepatkan tenaganya untuk tingkatkan kadar denyutanya, kembangkan kepalanya menjadi saiz gergasi dan memampatkan tubuhnya untuk serangan yang lebih kuat dan padu!
Rayleigh
Bekas ahli terawal Roger Pirates, Silver Rayleigh adalah seorang watal yang sangat hebat untuk pertempuran! Dikenali sebagai Raja Gelap (Dark King), Rayleigh digeruni oleh hampir kesemua pegawai marin dan lanun didalam siri One Piece disebabkan hubunganya dengan Pirate King Gol D.Roger dan kebolehanya sendiri yang dasyat!
Penguasaannya Haki memberikannya kuasa yang tidak berperikemanusiaan dan keupayaan untuk melawan sebarang watak lain dalam siri ini. Memandangkan dia mengajar kebolehannya untuk Luffy, yang sangat berkuasa dengan pendirianya sendiri, adalah adil untuk mengatakan bahawa Rayleigh lebih kuat daripada pelajarnya dan lebih kuat daripada hampir kesemua watak lain.
Kaido
Kepten kepada Beasts Pirates dan juga ahli Yonko tidak terlupa juga digelar sebagai makhluk yang paling kuat didunia! Kaido sememangnya musuh yang sangat kuat! Pertama kali hadir di siri dengan kehadiranya dari langit dan mendarat tanpa sebarang kecederaan. Kekebalan yang sukar ditandingi, Kaido juga berupaya berubah menjadi seekor naga dan senang menghapuskan sebuah bandar dalam sekelip mata!
Blackbeard
Marshall D Teach yang juga dikenali sebagai Blackbeard merupakan salah seorang Yonko bagi menggantikan ‘Whitebeard’ selepas perlawanan Marineford. Dia mempunyai dua kuasa devil fruit, dan berterima kasih dengan devil fruit originalnya (Yami Yami No Mi) yang membantunya menyerap kuasa Whitebeards!
Pada mulanya, Blackbeard merupakan ahli lanun Whitebeard sehingga dia membelakangkanya. Dia juga berperang dengan Shanks sebelum ini dan memberinya garis luka itu. Blackbeard bukan lawan mudah kerana dia mampu menewaskan Ace, Thatch dan Marco.
Big Mom
Sebagai seorang ahli Yonko, Big Mom adalah yang terkuat antara empat lanun dalam dunia One Piece! Juga dikenali sebagai Charlotte Linlin, ketua lanun yang gedempol ini mampu mengecilkan seluruh negara menjadi runtuhan hanya dengan masuk ke dalam jiwa kelaparanya. Sekiranya kekuatannya yang benar-benar mengerikan tidak mencukupi, dia juga boleh memanipulasi jiwa-jiwa sesuka hati dan secara drastik memendekkan kehidupan seseorang dengan teknik Soul Pocus.
Shank
Salah seorang watak kegemaran kami! Shank merupakan kapten kepada Red Haired Pirates, juga seorang idola kepada Luffy! Sangat sempoi tetapi merupakan watak yang kuat didalam siri One Piece. Ahli Yonko yang pertama hadir di dalam siri, Shanks sering berinteraksi dengan beberapa watak terkuat dalam siri seperti Whitebeard dan Dracule Mihawk.
Dia jugalah yang mengakhiri Battle of Marineford dan boleh memberi ketakutan pada setiap watak. Ramai peminat siri percaya bahawa pertempuran terakhir untuk mitos One Piece akan berlaku di antara Luffy dan Shanks dan dia kelihatan seperti bersiap untuk menjadi bos terakhir dalam siri ini. Walaupun dia tidak bertempur terlalu banyak pertempuran setakat ini, kekuatan dan keupayaannya masih tidak dapat dipersoalkan.
Sakazuki
Seorang Laksamana Armada Marin, Sakazuki adalah seorang lelaki yang kuat! Keupayaan devil fruit memberinya penguasaan terhadap magma dan menghapuskan apa saja dalam perjalananya. Malah dalam pertempurannya dengan Whitebeard, dia tidak mudah dikalahkan walaupun kebolehan Haki dan devil fruitnya. Sesungguhnya, dia akan menjadi satu halangan bagi pahlawan-pahlawan Straw Hat kita yang perlu diatasi oleh Luffy!
Trafalgar Law
Salah seorang watak yang popular di dalam siri One Piece walaupun bukan ahli Straw Hat! Dia bekerja dengan Doflamingo dalam masa yang sangat lama, bermakna latihannya adalah ketat untuk membawa kemahiran fizikalnya setanding dengan orang lain. Menjadi lebih kuat selepas makan devil fruit Ope Ope no Mi yang membolehkan pengguna pada asasnya membuat ruang untuk mengawal kuasa tertentu. Dengan mencuri hati orang lain, Law berjaya mengawal mereka!
Borsalino
Atau dikenali sebagai Kizaru, rasanya dia merupakan watak paling pantas dalam dunia One Piece dan antara Marin yang paling berbahaya. Sukar diramalkan dan agak menakutkan dengan kekuatan laser beam dan mampu membuat pedang yang dibuat dengan cahaya!
Zoro
Watak yang kedua yang menjadi ahli Straw Hat! Zoro hampir sama kuat seperti kaptenya Luffy, seorang master menggunakan teknik tiga katana nya termasuk memegangnya melalui mulut! Gaya pertempuranya mampu memotong keluli dengan mudah, dan mungkin satu hari dia akan berjumpa lawan yang sama kuat denganya dengan menggunakan katana atau pedang untuk terus membuktikan kekuatan luar biasanya!
Okay sampai kat sini kami kongsikan, sebenarnya ramai lagi yang berkuasa dan kuat seperti Sengoku, Dracule Mihawk, Fujitora dan ramai lagi lah! Tapi karang korang penat pula nak baca kan~ Nanti kami kongsikan pula watak yang lawak dalam One Piece! Nantikan okay dan jangan lupa untuk kongsikan watak kegemaran korang pada kami!
@gamersantaimy
Discussion about this post