Role-Playing Game, atau RPG, telah lama wujud sebelum zaman digital. Selepas membuat lompatan ke PC dan konsol, RPG kini boleh dimain pada telefon pintar anda. Antara game terbaik daripada senarai permainan video mobile membolehkan para pemain hidup di sebuah epik fantasi, atau menghantar mereka ke ruang angkasa jauh di masa depan, atau menceritakan sebuah naratif intim, yang bekisarkan watak sendiri.
Dari old-school dungeon crawlling klasik sehingga ke action RPG moden dan game Indie unik, jum kita lihat antara game mobile RPG terbaik yang kamu semua boleh main di peranti Android atau iOS anda!
Final Fantasy XV Pocket Edition
Kisah Final Fantasy terbaru telah membuat penukaran halus daripada konsol RPG kepada peranti mobile kami dalam Final Fantasy XV Pocket Edition. Mobile RPG ber-episod ini memberi tumpuan kepada jalan cerita utama sambil menggurangkan sistem grinding di genre tersebut.
Korang pasti akan tertarik dengan grafik comel “chibi”, yang berjaya menangkap ciri-ciri jalan cerita dan sistem pertempuran kompleks milik Prince Noctis yang ingin membawa keamanan ke negara Lucis dan Niflheim. Korang boleh memuat turun episod pertama secara percuma, dan bab seterusnya boleh dibeli secara in-app purchases.
Monster Hunter Stories
Siri Monster Hunter memang adalah francais JRPG terkenal yang hardcore, tetapi Monster Hunter Stories adalah judul yang mudah diterima oleh semua golongan umur untuk siri ini. Sebuah mobile port daripada Nintendo 3DS, Monster Hunter Stories mengubah sedikit kisah utama memperkenalkan wira yang berasal dari kampung Riders (orang yang membina ikatan persahabatan bersama raksasa gergasi daripada universe Monster Hunter).
Korang akan menjelajah di dunia luar kampung untuk mencari telur raksasa untuk menetas dan berkawan, sambil berlawan dengan musuh dalam pertempuran turn-based di mana korang menggunakan kekuatan raksasa anda dan mengeksploitasi kelemahan musuh. Permainan ini membuang beberapa ciri 3DS seperti Amiibo Support, tetapi ia adalah mobile RPG yang memang buat korang tersangkut main berjam-jam.
Stardew Valley
Kalau korang nak sesuatu yang kurang sedikit intense, boleh cuba Stardew Valley, sebuah indie RPG farming simulator yang membuat lompatan dari PC ke mobile. Pemain akan mewarisi sebuah ladang yang buruk dan dengan usaha dan kerja keras, boleh mengubah warisan keluarga itu ke ladang impian kamu.
Korang akan menanam, menuai, dan melabur semula keuntungan untuk mengembangkan lagi ladang dan membawa ternakan baru. Game ini sebenarnya lebih daripada hanya sekadar pertanian, dengan penambahan sebuah komuniti untuk melawat dan berkawan, tempat memancing untuk menikmati, dan gua penuh dengan raksasa serta sumber untuk diterokai.
Evoland 2
Evoland 2: A Slight Case of Spacetime Continuum Disorder membawa anda ke sebuah perjalanan melalui sejarah dan evolusi permainan video Di bawah bimbingan korang, wira perentas masa Kuro dan Fina akan mengembara melalui pelbagai genre dan zaman sejarah permainan video untuk cuba menyelamatkan dunia.
Menggabungkan pelbagai genre dan zaman seperti game platform Zelda, shooter ala-ala Contra, dan juga pertempuran muzik irama serta permainan kad, Evoland 2 memberi pemain pelbagai variasi menarik dan nostalgia. Nak tahu apa yang lagi seronok? Versi ini lebih panjang daripada versi asal di PC.
Cat Quest
Kalau korang ingin cuba sesuatu yang lagi unik, Cat Quest lah jawapan saya. Cat Quest ialah permainan RPG yang dihasilkan oleh Gentlebros dan menugaskan pemain untuk menyelamatkan kakak mereka yang diculik oleh Drakoth yang jahat dan askar naganya. Pada masa yang sama, korang boleh meneroka dunia, melakukan misi untuk rakan kucing anda sambil melawan pelbagai raksasa.
Sistem pertempurannya berfokuskan kepada timing dan posisi, seperti ketika anda menekan pada musuh yang lemah untuk menyerang, atau menekan lama untuk menyeru sihir anda, atau melarikan diri sementara mengelak musuh yang menyerang anda. Dunia open-world nya memang besar untuk diterokai, dan korang boleh enjoy main game tidak kisah sambil menunggu tren atau berjam-jam di rumah.
@gamersantaimy
Discussion about this post