Ant-Man and the Wasp: Quantumania bakal ditayangkan di semua pawagam Malaysia pada 16 Februari 2023 ini. Jadi untuk mengingatkan korang balik apa yang terjadi sepanjang hidup Ant-Man dalam dunia MCU, saya ingin mengongsikan serba sedikit kehidupan seorang superhero yang bernama Ant-Man sejak dia peroleh suit tersebut.
Walaupun, dia berbadan kecil, Ant-Man dapat memberikan impak yang sangat besar terhadap dunia MCU sehingga Avengers: Endgame. Jadi, tanpa melengahkan masa lagi, jom kita mulakan dengan filem yang pertama.
2015 – Ant-Man
Ant-man buat pertama kali membuat penampilannya pada tahun 2015 di dalam filemnya sendiri. Asalnya, Scott Lang adalah seorang perompak yang baru sahaja keluar daripada penjara. Disebabkan dia mempunyai rekod yang tidak baik, dia susah untuk mencari kerja sehingga sanggup menyertai Luis menceroboh rumah.
Semasa menceroboh rumah tersebut, Scott terjumpa satu suit yang pada awalnya dianggap sebagai suit motosikal. Namun, selepas sampai di rumahnya, dia pun cuba suit tersebut dan tanpa tidak sengaja Scott telah berubah saiz seperti serangga. Dia yang rasa tidak sedap hati telah pergi memulangkan suit itu ke rumah tersebut tetapi dalam perjalanannya, dia telah pun ditangkap oleh polis dan dimasukkan ke penjara lagi sekali.
Semasa Scott dipenjarakan, tuan punya suit Hank Pym telah melawatnya dan memberikan suit itu kembali untuk menolong Scott keluar daripada penjara. Namun, Hank Pym sebenarnya telah manipulasi Scott sejak awal lagi. Rancangan untuk menceroboh rumahnya sebenarnya adalah idea Hank sendiri untuk menguji Scott dan menjadikan dia sebagai Ant-Man bagi mencuri suit Yellowjacket kepunyaan Cross.
Di sinilah mulanya pelbagai latihan yang diajar oleh Hank Pym dan anak perempuannya Hope Van Dyne mengajar Scott berlawan dan mengawal semut. Namun, perjalanannya untuk mencuri Yellowjacket tidak semudah menceroboh rumah dan terpaksa bertarung beberapa kali sehingga anaknya perempuannya Cassie menjadi banduan.
Oleh kerana tidak sanggup melihat anaknya disakiti, dia telah menjadi saiz yang lebih kecil dan merosakkan suit Yellowjacket sekali gus menghantarnya ke Quantum Realm. Namun, Scott Lang berjaya “reverse” efek yang digunakan tadi dan kembali ke dunia asal.
2016 – Captain America: Civil War
Penampilan Ant-Man dalam filem ini dapat memberikan impak kepada pembangunan watak itu sendiri. Dia telah bergabung tenaga bersama pasukan Captain America yang terdiri daripada Bucky, Falcon, Hawkeye, Scarlet Witch. Dalam filem ini, kita boleh lihat yang Ant-Man berlawan Black Widow dua kali dan dia telah mengubah saiznya menjadi lebih besar (Giant-Man) daripada sebelum ini.
Nampaknya dia berjaya membuat huru-hara di lapangan terbang tersebut untuk Captain America dan Bucky melarikan diri dengan menaiki Quinjet. Malang sekali, dia bersama Hawkeye, Scarlet Witch, dan Falcon telah ditangkap dan dibawa ke Raft.
Selepas itu, Captain America datang ke Raft dan menyelamatkan semua pasukannya termasuk Scott yang sempat mengambil semula suitnya. Dia kembali ke rumahnya di San Francisco dan telah diletakkan di bawah tahanan rumah selama dua tahun.
Jadi selama dua tahun, dia telah menghabiskan masanya bersama anaknya Cassie Lang dengan melakukan pelbagai aktiviti di rumah.
2018 – Ant-Man and the Wasp
Tinggal beberapa hari sahaja tinggal untuk Scott Lang bebas daripada tahanan rumah, Hope dan Hank telah menculik Pym dan meninggalkan seekor semut yang besar bersama ankle-monitor Lang untuk mengaburi mata agen FBI.
Sebelum dia diculik, Pym dan Hope telah berjaya membuka pintu ke Quantum Realm dan mereka sebenarnya masih percaya yang isteri Pym iaitu Janey Van Dyne masih hidup dan terperangkap di sana selepas mengecilkan badannya sehingga tahap sub-atom pada tahun 1987.
Memandangkan Scott pernah memasuki Quantum Realm sebelum ini, dia sebenarnya telah terikat dengan Janet dan kini dia menerima mesej Janet dengan sangat jelas. Lang terus menghubungi Pym dan menceritakan tentang Janet kepadanya.
Dengan harapan Janet masih hidup di Quantum Realm, mereka bertiga telah bekerjasama untuk mencipta pintu Quantum yang lebih stabil untuk membawa kenderaan masuk ke dalam sana. Namun, mereka tidak mempunyai beberapa barang yang lengkap dan hanya boleh diperolehi daripada Sonny Burch.
Hope memakai pakaian Wasp dan berlawan dengan Burch dan anak buahnya sehingga diserang oleh seorang perempuan yang tidak stabil. Lalu Scott membantu Wasp melawan “Ghost” tetapi dia telah melarikan dirinya bersama makmal Pym yang telah dikecilkan saiznya.
Di sini, mereka telah mengetahui bahawa nama “Ghost” yang sebenar ialah Ava Starr dan bapanya merupakan rakan kongsi kepada Pym. Ibu bapanya telah menjalankan satu percubaan menyebabkan mereka berdua meninggal dunia dan membuatkan keadaan Ava tidak stabil.
Semasa membuka pintu Quantum Realm yang lebih stabil, mereka telah dapat menghubungi Janet dan dapat memberikan lokasi tepat untuk mencarinya. Walau bagaimanapun, proses itu terganggu dan tidak dapat menyelamatkan Janet pada ketika itu. Scott pulang ke rumahnya untuk mengaburi mata FBI sekali lagi dan Hank dan Hope pula telah ditangkap oleh FBI.
Selepas itu, Scott pergi selamatkan Hank dan Hope sekali gus meneruskan perjalanan mereka masuk ke dalam Quantum Realm. Tiba-tiba Ghost memunculkan diri di dalam makmal. Scott bersama Hope hanya mampu menghalang dan mengambil perhatian sambil Hank masuk ke dalam Quantum Realm dan berjumpa dengan Janet.
Apabila Janet telah keluar daripada Quantum Realm, dia dengan sukarelanya memberikan sedikit kuasanya kepada Ava untuk menstabilkan dirinya.
Hank, Janet, Scott dan Hope berhasrat untuk mengumpul Quantum energy bagi menstabilkan Ava. Semasa berbuat demikian, Scott yang berada di dalam Quantum Realm telah terperangkap di dalam manakala Hank, Janet dan Hope pula bertukar menjadi abu.
2019 – Avengers: Endgame
Ant-Man yang terperangkap di Quantum Realm kini kembali untuk beraksi. Tetapi apabila dia keluar, dia sebenarnya telah tertinggal 5 tahun ke belakang. Tambah pula dengan Hank, Janet dan Hope telah menjadi abu, dia terus menjadi bingung dan apa jadi sebenarnya selama dia terperangkap. Apabila sampai di San Francisco, dia melihat Wall of the Vanished yang mencatatkan semua nama orang yang telah menjadi abu.
Lalu dia terus mencari nama anaknya Cassie dan nasib baik tidak menjumpainya. Sebaliknya, dia terjumpa namanya sendiri bersama-sama Hope, Hank dan Janet. Selesai melihat Wall of the Vanished, dia terus lari ke rumah bekas isterinya dan menemui anaknya Cassie Lang yang telah membesar.
Dia terus ke pangkalan Avengers dan telah menemui Steve Rogers dan Natasha Romanoff. Sudah pasti mereka berdua terkejut melihat Scott yang masih hidup. Scott datang ke pangkalan Avengers untuk membincangkan tentang Quantum Realm dan Time Travel.
Memandangkan Avengers pada ketika itu telah berpecah, mereka bertiga bergabung tenaga mencari dan mengumpulkan kembali semua ahli Avengers yang masih hidup. Dalam menyempurnakan ahli-ahli Avengers yang lain, Scott dan Bruce Banner telah menjalankan beberapa percubaan Time Travel.
Setelah beberapa kali mencuba, Bruce dan Scott rasa berpuas hati dan kini tiba masanya untuk mencuba suit baharu. Sementara Scott masih tidak bersedia untuk mencubanya, Hawkeye secara sukarela menawarkan dirinya untuk pergi mencuba suit tersebut.
Selepas membuat beberapa percubaan, mereka semua telah bersedia untuk Time Travel masuk ke dalam Quantum Realm. Masing-masing mempunyai misi tersendiri dan Ant-Man bersama Tony Start dan Steve Rogers bekerjasama untuk mendapatkan Space Stone.
Mereka bertiga pergi ke Stark Tower untuk mendapatkan Tesseract dan Scepter. Kemudian, masing-masing telah kembali dengan berjaya membawa pulang setiap batu yang diperlukan, Bruce Banner sukarela menawarkan dirinya untuk memakai gauntlet dan melakukan “snap” bagi mengembalikan apa yang telah hilang selama 5 tahun.
Apabila “snap” telah dilakukan, Thanos bersama askar-askarnya telah memasuki ruang bumi dan menghancurkan pangkalan Avengers. Dengan Thanos pun telah kembali ke bumi, ini menandakan perlawanan kali kedua diantara Avengers dan Thanos.
Walaupun telah mempunyai rancangan yang begitu baik, Doctor Strange telah mengkaji bahawa tiada jalan lain selain seorang itu mengorbankan dirinya apabila membuat “snap”. Akhirnya Iron Man telah membuat “Snap” tersebut dan telah mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan dunia.
2023 – Ant-Man and the Wasp: Quantumania
Selepas mengalahkan Thanos dan pasukannya, Scott bersama Avengers berada dalam fasa peralihan di mana mereka telah berpecah dan membuat perkara masing-masing. Seperti apa yang kita lihat, ramai daripada mereka cuba untuk menjadi diri mereka sendiri. Wanda yang sedang sedih atas kehilangan Vision sehingga mencipta dunianya sendiri sehingga mendapat dua orang anak iaitu Tommy dan Billy.
Dalam masa yang sama, Scott bersama Hank, Janet dan Hope meneruskan uji kaji untuk pergi ke Quantum Realm. Tetapi kali ini, anaknya Cassie Lang juga terlibat. Semasa berada di Quantum Realm, mereka telah menjumpai Kang the Conqueror yang sangat berkuasa.
Apapun, mari kita nantikan kesudahan filem ini dengan menyaksikan pengembara Ant-Man bersama rakan-rakanya dengan menempuhi pelbagai cabaran termasuk pertarungan Ant-Man bersama Kang the Conqueror.
Sampai di sini sahaja perkongsian tentang kemunculan seorang superhero Ant-Man di dalam dunia MCU. Jika saya ada tertinggal beberapa maklumat, sila komen ya. Walaupun agak panjang, kami telah memadatkan beberapa info yang agak penting untuk korang tahu sebelum pergi menonton Ant-Man and the Wasp: Quantumania.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa, Ant-Man and the Wasp: Quantumania bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 16 Februari 2023. Kepada sesiapa yang berminat, GSC dan TGV telah pun membuka pembelian tiket secara online. Jangan tunggu lama-lama, tiket habis nanti.
Untuk mendapatkan lebih banyak fakta menarik mengenai filem, anime dan banyak lagi, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post