Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Honkai: Star Rail Sudah Boleh Pra-Daftar, Bakal Lancar 26 April Ini!

Maira by Maira
February 10, 2023 - Updated on March 25, 2023
in Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile, PC
0 0
0
Honkai: Star Rail Sudah Boleh Pra-Daftar, Bakal Lancar 26 April Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak diumumkan pada 2021, ramai peminat Honkai ternanti-nantikan game baru HoYoverse, “Honkai: Star Rail” setelah banyak trailer dan teaser dikeluarkan. Bukan setakat itu sahaja, ujian beta tertutup yang dilakukan juga sudah diadakan untuk beberapa sesi, dan nampaknya game tersebut hampir sedia untuk menemui pemain di seluruh dunia.

Honkai Star Rail

Berita baiknya, Honkai: Star Rail telah pun membuka pra-daftar untuk pemain di PC, iOS dan Android. Sudah tentu ada pelbagai ganjaran yang pemain boleh dapatkan jika melepasi milestone pra-daftar game. Berikut adalah ganjaran-ganjaran yang tersedia:

  • 50,000 pemain: Credit x50,000
  • 1,000,000 pemain: Star Tail Pass x3
  • 2,000,000 pemain: Avatar <Trailblazer Welcome>
  • 3,000,000 pemain: 4-star character Serval [Erudition: Lightning]
  • 5,000,000 pemain: Star Rail Pass x15

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Klik pautan ini untuk terus pra-daftar game! Buat masa ini, baru 1.7 juta pemain yang telah mendaftar.

Honkai Star Rail

Jika jumlah follower untuk semua sosial media Honkai: Star Rail mencapai 2.5 juta, semua pemain akan diberikan 2 Star Rail Pass dan 50 ribu credit.

Diumumkan semasa livestream, Honkai: Star Rail secara rasmi akan hadir pada 26 April 2023! Ada baki sebulan lagi sebelum ia dilancarkan kepada pemain semua. Jadi anda yang masih belum pra daftar game ini, bolehlah berbuat demikian melalui laman web rasmi, Google Play Store ataupun App Store.

Honkai: Star Rail version 1.0 "The Rail Unto the Stars" will officially launch on April 26 at 10:00 (UTC+8)!

Thanks for your patience, Trailblazers. The pre-installation will start on April 23!
Pre-register Now: https://t.co/5Ch5B8m8I8#HonkaiStarRail #BoardingPreparation pic.twitter.com/rnRZn8fWny

— Honkai: Star Rail (@honkaistarrail) March 24, 2023

Bukan setakat itu sahaja, game ini turut hadir buat pemain konsol PlayStation! Tarikh pelancarannya masih belum diumumkan. Tetapi ada kemungkinan besar ia akan keluar tidak lama selepas pelancaran di mobile dan PC. Kita tunggu sahaja pengumuman lanjut nanti.

Tentang Honkai: Star Rail

Honkai: Star Rail menampilkan dunia penuh dengan unsur mitos dan legenda ke dalam cerita sci-fi angkasa lepas. Di alam semesta ini, terdapat “Aeon”, penjelmaan prinsip universal yang dapat mengembara dengan bebas di antara dunia yang menggunakan beberapa jenis daya primitif. Galaksi ini penuh dengan dunia dengan landskap dan cerita yang unik; “Aeon” yang menjelajah alam semesta untuk menegakkan kepercayaan mereka sendiri, terdapat juga “Destruction” yang menganggap alam semesta sebagai tamadun berpenyakit. Mereka yang telah menyebarkan benih kehancuran yang dipanggil “Stellaron” merentasi galaksi.

Honkai Star Rail

Protagonis, yang mempunyai Stellaron di dalam badannya, memulakan perjalanan menggunakan Astral Express dengan sekumpulan penumpang lain yang mewarisi semangat “Trailblaze”. Dan kini mereka mencari jejak “Aeon” untuk meneroka alam semesta. Ekspedisi berlangsung apabila protagonis dan anak kapal mencari jawapan serta mencungkil rahsia yang terkubur.

Astral Express akan membawa anda ke pelbagai alam semesta, penuh dengan pengembaraan dan aksi. Game RPG ini memaparkan sistem turn-based combat yang mudah dimainkan serta peta yang besar. Ia juga mempunyai maze dan puzzle untuk diselesaikan oleh pemain, memberikan pelbagai kejutan dan ganjaran sepanjang game.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Honkai: Star Rail daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: HonkaiHonkai: Star RailHoYoversemiHoYo
Previous Post

Kemunculan Scott Lang dalam filem MCU yang perlu anda tahu sebelum menonton Ant-Man 3

Next Post

“Story Trailer” FATAL FRAME: Mask of the Lunar Eclipse dikeluarkan! Tersedia pada 9 Mac nanti!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Next Post
“Story Trailer” FATAL FRAME: Mask of the Lunar Eclipse dikeluarkan! Tersedia pada 9 Mac nanti!

"Story Trailer" FATAL FRAME: Mask of the Lunar Eclipse dikeluarkan! Tersedia pada 9 Mac nanti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd