Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demo percuma Resident Evil Village tersedia sekarang, bersama promosi diskaun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 25, 2021 - Updated on January 17, 2022
in Artikel, Berita, Demo, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Seram, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Demo percuma Resident Evil Village tersedia sekarang, bersama promosi diskaun!
Share on FacebookShare on Twitter

Demo percuma Resident Evil Village kini kembali sekali lagi dan tersedia untuk masa yang terhad bagi mereka yang tidak bermain versi demo pada bulan Mei lalu. Capcom membuat pengumuman ini menerusi laman web ulang tahun ke-25 Resident Evil. Buat masa sekarang, demo ini kini tersedia di Xbox One, Xbox Series X, dan PC (melalui Steam) manakala demo versi PS4 dan PS5 akan tersedia mulai 27 Oktober.

https://twitter.com/RE_Games/status/1451575307874586630

Tidak seperti demo sebelum, anda tidak diberi waktu yang lama untuk bermain dan hanya mempunyai had masa selama 60 minit untuk mencuba permainan. Jika anda merupakan salah satu yang bermain demo pada bulan Mei, apa sahaja masa “progress” yang ada akan diteruskan dan masanya ditolak untuk versi demo semasa.

Untuk mengakses demo ini sangat mudah: anda hanya perlu pergi ke halaman demo Resident Evil Village di kedai digital bagi platform masing-masing. Dengan rating yang tinggi dan selepas menjual sebanyak 4.5 juta unit pada bulan Julai lalu, ini pasti akan menambahkan keseronokan anda untuk bulan Halloween ini.

Selain itu, sejumlah game dari siri Resident Evil juga dijual pada harga promosi sehingga 31 Oktober 2021 termasuk Resident Evil Village, Resident Evil 7, Resident Evil 2 Remake, Resident Evil 3 Remake dan lain-lain. Promosi diskaun ini merangkumi platform PC, Nintendo Switch, Xbox Series X, dan Xbox One. Permainan tertentu akan tersedia pada harga diskaun pada platform terpilih.

(Rujukan dibuat pada laman web Jepun, tetapi promosi juga diadakan di Malaysia)

Pada Julai 2021, Capcom mengumumkan bahawa jualan untuk Resident Evil Village telah melebihi 4.5 juta unit di seluruh dunia. Capcom kini merancang untuk Resident Evil Village DLC. Namun, ia akan mendedahkan perinciannya di kemudian hari. Resident Evil Village kini tersedia di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X, dan PC.

Capcom kini merancang DLC untuk Resident Evil Village DLC. Namun, akan mendedahkan maklumat penting pada kemudian hari. Pada mereka yang berminat, Resident Evil Village kini tersedia di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X, dan PC. Untuk segala liputan kami tentang Resident Evil, sila tekan pautan ini.

Tags: CapcomDemoPercumaResident EvilResident Evil Village
Previous Post

Kemas kini pertama eFootball 2022 ditangguhkan ke November!

Next Post

Arknights akan mendapat adaptasi anime oleh Yostar Pictures!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Arknights akan mendapat adaptasi anime oleh Yostar Pictures!

Arknights akan mendapat adaptasi anime oleh Yostar Pictures!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd