Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Katalog game PS Plus bertambah – Horizon Forbidden West, RE7, Scarlet Nexus & banyak lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 16, 2023
in Artikel, Berita, Game Percuma, PS Plus, PS4, PS5
0 0
0
Katalog game PS Plus bertambah – Horizon Forbidden West, RE7, Scarlet Nexus & banyak lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Sony Interactive Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan menambah sejumlah game baharu ke katalog game PlayStation (PS) Plus bagi pelanggan Extra dan Deluxe. Antara yang bakal ditambah termasuk Horizon Forbidden West, Borderlands 3, The Quarry, Resident Evil 7, Scarlet Nexus, Tekken 7 dan banyak lagi bermula 21 Februari – jadi korang tidak perlu tunggu lama lagi.

Berikut adalah senarai game baharu yang ditambah ke katalog PS Plus:

Ace Combat 7: Skies Unknown (PS4)

Dalam Ace Combat 7: Skies Unknown, anda bermain sebagai Ace—seorang juruterbang elit yang ditugaskan untuk memantau sebarang ancaman di langit. Pilih daripada pelbagai pesawat moden dan futuristik dan lengkapi setiap pesawat itu dengan senjata canggih ketika menghadapi pertempuran udara yang semakin berbahaya.

Borderlands 3 (PS5, PS4)

Kembali ke dunia first-person shooter Borderlands yang gila! Main sebagai salah satu daripada empat Vault Hunter serba baharu dan ubah suai watak anda melalui pelbagai pilihan penampilan, serta memanfaatkan skil masing-masing untuk mengikut playstyle pilihan anda. Bermain dengan sesiapa sahaja pada bila-bila masa secara online atau split-screen co-op, tidak kira level atau sejauh mana misi anda.

Earth Defense Force 5 (PS4)

Lawan serangga dan raksasa gergasi lain dalam game third-person shooter ala arked ini. Pergi seorang diri, bekerjasama dengan rakan lain secara local co-op atau bertarung online dengan empat pemain, sambil menggunakan lebih 1000+ jenis senjata berbeza di lebih 100+ misi.

The Forgotten City (PS5, PS4)

Terokai bandar open-world purba Rom dalam game pengembaraan misteri ini di mana keganasan bukanlah satu-satunya pilihan. Dengan mempersoalkan komuniti yang penuh dengan watak-watak berwarna-warni, mengeksploitasi ‘time-loop’ secara bijak dan membuat pilihan moral yang sukar, barulah anda boleh menyelesaikan misteri epik ini.

Horizon Forbidden West (PS5, PS4)

Temani Aloy sambil mengharungi Forbidden West — dunia serba baharu tetapi berbahaya yang menyembunyikan ancaman misteri. Terokai tanah yang jauh, lawan mesin yang lebih besar, dan bertemu puak baharu semasa anda kembali ke dunia Horizon selepas bencana alam. Bersatu semula dengan rakan lama, jalinkan ikatan dengan puak baharu yang sedang berperang dan bongkarkan legasi kisah purba – sambil berhadapan musuh baharu yang “nampaknya tidak dapat dikalahkan.”

I Am Setsuna (PS4)

JRPG ini menampilkan sistem pertempuran dan reka bentuk watak yang diilhamkan oleh genre klasik masa lalu. Mengisahkan tentang Setsuna, dia adalah seorang wanita muda dengan kekuatan dalaman yang luar biasa yang harus menyelamatkan penduduk tanahnya.

Sebagai adat di tanah airnya, seorang harus dikorbankan kepada ‘syaitan’ untuk mengekalkan keamanan pada setiap dekat. Adat itu dilanggar apabila syaitan itu menjadi ganas tanpa sebab, dan penduduk pulau cuba menenangkannya dengan menawarkan Setsuna. Sekarang dia mesti pergi ke tanah yang paling jauh, di mana upacara korban itu akan diadakan.

Lost Sphear (PS4)

Kisah baru berdasarkan genre RPG klasik menanti anda di Lost Sphear! Kuasa gelap sedang mengancam realiti, jadi ambil peranan sebagai Kanata semasa dia dan rakan-rakannya berusaha untuk menyelamatkan dunia daripada lenyap selama-lamanya dengan menggunakan kuasa Memory. Hadapi pelbagai bos yang dahsyat dan bina semula dunia!

Oninaki (PS4)

Merupakan game aksi RPG daripada Square Enix, ia menceritakan tentang seorang Watcher yang kini dalam perjalanan untuk melindungi ‘Kehidupan’, selepas ‘Kematian’. Game ini menampilkan pertarungan hack dan slash, dengan aspek ‘customization’ mendalam bagi daemon (sejenis senjata spiritual yang dibahagikan kepada pelbagai jenis).

Outriders (PS5, PS4)

Alami pengalaman game shooter sci-fi berfokuskan co-op oleh People Can Fly, studio di sebalik game Bulletstorm. Apabila umat manusia semakin hampir di ambang kepupusan di Enoch, anda akan mencipta ‘Outrider’ sendiri dan mengembara di planet penuh berbahaya ini. Dengan penceritaan naratif yang menarik, anda akan meninggalkan bandar terpencil di First City lalu merentasi hutan, gunung dan padang pasir untuk mengejar sejenis isyarat misteri.

The Quarry (PS5, PS4)

Kisah seram remaja yang mendebarkan, di mana keputusan anda membentuk kejadian malam itu. Ketika matahari terbenam pada hari terakhir cuti khemah musim panas, para kaunselor di Hackett’s Quarry mengadakan parti untuk meraikannya.

Namun, keadaan berubah menjadi lebih teruk. Diburu oleh penduduk tempatan yang dahagakan darah dan “sesuatu” yang jauh lebih jahat, kita dapat bermain sebagai 9 kaunselor dalam kisah sinematik, di mana setiap keputusan membentuk pengakhiran cerita.

Resident Evil 7 biohazard (PS4)

“7” menandakan permulaan baharu untuk game horror survival Resident Evil dan perubahan model kepada “perspektif first-person” yang menakutkan dan mengasyikkan. Dikuasakan oleh Enjin RE, seram mencapai tahap realisme baharu di mana pemain mengawal Ethan Winters ketika dia mencari isterinya yang telah lama hilang di ladang terbiar yang dihuni oleh keluarga misteri.

Scarlet Nexus (PS5, PS4)

Pada masa hadapan yang jauh, mutan gila yang dikenali sebagai Others turun dari langit. Satu-satunya pertahanan manusia adalah individu dengan kebolehan psionik di mana mereka menggunakan kuasa psiko-kinetik untuk melawan.

Menampilkan dua cerita, mulakan kisah sama ada dengan Yuito Sumeragi, seorang rekrut daripada keluarga politik yang berprestij atau Kasane Randall, manusia misteri yang kemahirannya terkenal di kalangan OSF. Apabila kisah mereka dua akhirnya bersatu, barulah anda akan faham kisah penuhnya.

Tekken 7 (PS4)

Tekken 7 menceritakan kesimpulan epik antara keluarga Mishima dengan pertarungan terakhir antara Jin dan Heihachi. Dikuasakan oleh Unreal Engine 4, Tekken 7memperkenalkan beberapa elemen baharu kepada sistem pertarungan seperti Rage Arts dan mekanik Power Crush, lantas menjadikan gane ini lebih mesra bagi beginner berbanding game sebelumnya. Dengan lebih 30 watak, anda boleh pilih daripada watak ikonik termasuk King dan Nina Williams, atau wataj pejuang serba baharu seperti Lucky Chloe dan Shaheen.


Itu sahaja untuk rumusan ini. Sebagai peringatan, semua game di atas akan ditambah ke katalog PS Plus pada 21 Februari.

Untuk membaca segala liputan kami tentang servis PS Plus, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Borderlands 3Horizon Forbidden Westps plusScarlet Nexus
Previous Post

Powerwash Simulator – Midgar Special Pack bakal tersedia secara PERCUMA pada 3 Mac 2023!

Next Post

Tiket ‘The First Slam Dunk’ dijual sekarang! Akan tiba di GSC Malaysia pada 23 Feb!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya
Review

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS
Acara

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS

May 23, 2025
Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Next Post
Tiket ‘The First Slam Dunk’ dijual sekarang! Akan tiba di GSC Malaysia pada 23 Feb!

Tiket 'The First Slam Dunk' dijual sekarang! Akan tiba di GSC Malaysia pada 23 Feb!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd