Square Enix Collective dan FuturLab telah mengumumkan yang “Midgar Special Pack” akan tersedia pada 3 Mac 2023 untuk semua pemain Powerwash Simulator. Ia kini tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.
Midgar Special Pack akan mengandungi mini kempen, 5 level baharu dan banyak lagi. Level baharu itu akan menampilkan tempat-tempat yang ada dalam game Final Fantasy termasuk Hardy Daytona, Shinra Hauler, Scorpion Sentinel, Seventh Heaven dan Mako Energy Exhibit + Airbuster.
Bagi sesiapa yang tidak tahu, Powerwash Simulator telah dilancarkan pada 15 Julai 2022 dan kini tersedia di pelbagai platform.
Tentang Powerwash Simulator
Hilangkan kebimbangan anda dengan bunyi air tekanan tinggi yang menenangkan. Nyalakan mesin basuh kuasa anda dan buang semua kotoran-kotoran yang boleh anda temui. Bina perniagaan power-washing anda sendiri dan buka alatan baharu, naik taraf dan banyak lagi – semuanya dengan kepuasan mudah power-washing hingga kemasan yang berkilauan.
Bersantai, berehat dalam single player atau bermain dengan rakan dalam Online Co-Op. Tiada kotoran yang terlalu sukar untuk dicuci. Daripada pemain yang kasual dan bersih sehinggalah kepada pemain yang ingin menceburkan diri. Serap suasana santai dan bebas dengan tekanan sambil anda menanggalkan kotoran dari laman, pejalan kaki, kenderaan dan taman awam. Jadilah kreatif dan buat seni.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa “Midgar Special Pack” akan tersedia secara percuma pada 3 Mac 2023 untuk semua pemain Powerwash Simulator di mana game ini telah pun dilancarkan pada 15 Julai 2022 di layStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post