Selamat datang ke GE66 Raider Dragonshield. Terlibat dalam prestasi luar biasa dengan teknologi canggih. Bersenjata dengan pemproses Intel Core i9 Gen ke-10 terkini dan grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 SUPER. Reka bentuk sci-fi dengan pencahayaan aurora panoramik memberikan anda persediaan permainan RGB yang terbaik. Dragonshield Limited Edition sememangnya laptop gaming yang serba lengkap dan kami telah Unboxing nya!!
Berterima kasih kepada Brightstar Computer Sdn Bhd yang menghubungkan kami dengan Kapal Angkasa yang hebat ini! Laptop gaming yang berinspirasikan Star Wars: The Prequel Trilogy, Rogue One: A Star Wars Story, Iron Man, Captain America: Civil War, Transformers dan Bumblebee, dihasilkan oleh artis konsep Colie Wertz dengan koborasi MSI. Sampai sahaja laptop GE66 Raider Dragonshield ini, tergamam kami melihat keunikkan reka bentuknya!
“Semasa merancang bahagian luar GE66 Raider Dragonshield, saya mendapat inspirasi dari bahagian dalamnya – ringan, mudah alih dan kuat, seperti senjata yang penuh kelajuan,”
-VFX dan konsep artis, Colie Wertz.
“Panel yang terukir dan ketepatan kemasannya berfungsi sebagai perisai elegan yang memeluk mesin laptop sambil melindunginya semasa pengembaraan.”
Menambah reka bentuknya yang unik, laptop gaming edisi terhad ini menampilkan cahaya mystic dengan pencahayaan aurora panoramik yang meluas ke seluruh bahagian depan casis dan 16.8 juta warna untuk para pemain mempamerkan tema permainan RGB utama mereka. MSI True Color Technology juga memberikan mod yang sempurna untuk pelbagai kes penggunaan, termasuk menonton filem, melayari web, permainan dan penggunaan lanjutan dengan anti-blue light mode.
Untuk pengalaman permainan yang mengasyikkan, GE66 Raider Dragonshield memberi audio resolusi tinggi, bunyi sekeliling 3D dan pembesar suara baru Duo Wave MSI, memberikan suara yang lebih hebat dan tepat. Ciri tambahan termasuk Cooler Boost 5 dengan kipas yang lebih besar dan paip haba yang lebih luas untuk memastikan prestasi maksimum semasa permainan melampau. Kamera web 1080p yang ditingkatkan untuk streaming yang lancar dan WiFi 6 untuk permainan wireless yang lebih pantas.
Bukan sahaja Laptop GE66 Raider di dalam kotak ini, terdapat juga Kapal Angkasa, Mouse, Art Book dan Mouse Pad!
Kapal Angkasa sebenar telah mendarat!
Bukan hanya perawatan permukaan estetik, ciptaan Colie selalu memperlihatkan penampilan miniatur teknologi masa depan yang menakjubkan, dikaitkan dengan pembinaan, mekanik dan tekniknya yang cerdas. “Saya membayangkan Dragonshield menjadi nadi reka bentuk mesin. Dengan berbuat demikian, saya membayangkan perisai itu terpampang di bahagian belakang kapal bersayap. Colie berkata. Casisnya berperisai sebagian dengan panel logam terukir, yang menyerupai bahagian kapal angkasa, yang memanjang dari penutup ke bawah.”
Kami sememangnya kagum dengan “Spaceship MSI GE66” ini, boleh lihat disekelilingnya, reka bentuknya seperti yang nyata walau bersaiz kecil, logo MSI dan GE66 terpampang di bahagian sayap belakangnya. Sememangnya, kami teringin sangat nak Spaceship ini duduk terus di rak hiasan kami!
Tetikus dengan reka bentuk yang sangat unik!
Makin hari makin gempak tengok mouse gaming kan, dengan mengikuti edisi istimewa dan terhad GE66 Raider ini, mouse gaming ini turut mengikuti reka bentuknya. Bahagian atas mempunyai rekaan lubang-lubang seperi sarang lebah, saiz yang sangat selesa mengikut pengangan telapak tangan, memang sesuai sangat pula dengan warna oren hitamnya!
Terdapat Art book Blueprint Colie Wertz!
Anda nak tahu lebih lanjut dengan Spacship GE66 ini? Terdapat Blueprint yang disediakan oleh Colie Wertz menampilkan ciri-ciri kapal angkasa ini! Ya ada bahagian depan yang rupanya “Duo-Wave Torpedo Launcher” dan ada juga senjata yang diberi nama “Mystic Light- 16.8 Laser Canons”. Anda boleh lihat gambar dibawah;
Juga Mouse Pad tersedia untuk keselesaan penggunaan anda!
Memberi gambaran GE66 Raider Dragonshield spaceship untuk anda! Besar puas hati, memang mousepad ini tersedia untuk anda!
Jadi keseluruhan yang terdapat dalam pek edisi terhad ini adalah:
- GE66 Raider 10SFS (RTX2070 SUPER, GDDR6 8GB) Dragonshield Edition
- 15.6″ FHD (1920*1080), 240Hz Thin Bezel, close to 100%sRGB
- Comet lake i9-10980HK+HM470
- RTX2070 SUPER, GDDR6 8GB
- Per key RGB steelseries KB
- DDR IV 16GB*2 (3200MHz)
- 1TB NVMe PCIe Gen3x4 SSD
- Killer Wi-Fi 6 AX1650i (2*2 ax) + BT5.1
- 4 cell , 99.9Whr
- Windows 10 Home Advanced
- 2 Year Warranty Term for Gaming
- GE Dragonshield Edition pack- Colie (mouse, mousepad, Spaceship)
Lebih menarik, laptop GE66 Raider Dragonshield ini terlalu terhad kerana hanya terdapat 3000 unit di seluruh negara dan hanya terdapat 10 Unit sahaja tersedia di Malaysia! Jadi, jika anda tidak mahu melepaskan pek edisi terhad GE66 Raider Dragonshield ini, ianya berharga RM13,499.00 dan boleh dapatkannya melalui laman web rasmi MSI atau Pre-order di Shopee MSI. Terima kasih sekali lagi Brightstar Computer Sdn Bhd bagi kami unboxing laptop gempak ni!
@gamersantaimy
Discussion about this post