Siapa yang tidak tahu mengenai John Wick, bagi yang mengikuti perkembangan filem John Wick dari pertama hingga yang paling baru di pawagam 16 Mei ini menceritakan kisah John Wick yang dilakonkan oleh Keanu Reeves sebagai seorang ‘Hitman’ yang mempunyai misi-misi tersendiri.
Dah banyak kali hint dari pihak-pihak tertentu berkongsikan mengenai kolaborasi Fortnite dan John Wick untuk kemaskini musim ke 9 Fortnite yang termasuk perubahan peta, senjata dan pelbagai lagi. Katanya dalam kemaskini ini ada beberapa barang yang kelihatan seperti milik John Wick.
Jadi kat bawah ni kami kongsikan serba sedikit hint yang tersebar ni;
Perubahan Terbaru Peta Berkaitan dengan John Wick
Seperti yang sedia tahu, Fortnite telah pun mengemas kini musim terbaru minggu pertama dan didalam kemaskini ini mempunyai perubahan peta yang ketara. Menjadi perhatian apabila permain terjumpa sebuah rumah di Paradise Palms yang serupa dengan rumah John Wick dalam filem!
Korang lihat sendiri gambar disebelah kiri adalah rumah asli dalam filem John Wick dan sebelah kanan merupakan rumah baru yang serupa dengan rumah tersebut ;
Satu lagi perubahan yang berkemungkinan korang tak perasan adalah Continental Hotel di Neo Tilted yang mempunyai papan tanda hotel yang serupa seperti didalam filem John Wick, cuma perbezaan di situ hanyalah tulisan Neo Tilted ditukar dari yang asal di filem iaitu NYC.
Senjata baru yang Berkait dengan John Wick
Pada pemulaan musim terbaru ini ramai pemain agak terkejut bila ada kemaskini senjata terbaru telah diperkenalkan, terutama ‘Pump Shotgun’ telah dilupuskan Fortnite malah yang diperkenalkan adalah ‘Combat Shotgun’ yag baru. Menurut IMFDB (Internet Movie Firearms Database), John Wick menggunakan ‘Benelli M4 Super 90 Shotgun’ di dalam filem. Jadi kemungkinan Combat Shotgun yang baru ini hanya akan ada mengikut musim John Wick sahaja.
Selain itu kebocoran maklumat turut menyatakan ‘Tactical Assault Riffle’ juga akan dimasukkan didalam Fortnite dalam kemaskini berikutnya dan ternyata ianya juga senjata yang digunakan John Wick! Kalau korang persan ada satu logo kecil di tepi senjata ini yang hampir sama dengan logo dari senjata filem John Wick.
LTM dan Cabaran baru John Wick
Ada beberapa pencari data yang berjaya mendapatkan fail yang akan dikemaskini di Fortnite iaitu cabaran terbaru bernama Wick’s Bounty LTM. Antara cabarannya mungkin berkaitan dengan senjata-senjata baru yang hadir di Fortnite, juga dikatakan jika cabaran ini diselesaikan akan ada skin atau kosmetik baru akan dimiliki
Sumber: Fortinite Insider
@gamersantaimy
Discussion about this post