Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Jutsu Kage Bunshin & jutsu api Naruto sebenarnya wujud” – Kata ninja sebenar dari Jepun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 22, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
“Jutsu Kage Bunshin & jutsu api Naruto sebenarnya wujud” – Kata ninja sebenar dari Jepun!
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak boleh dinafikan, francais Naruto merupakan antara anime ninja paling terkenal dalam sejarah. Malah, ramai peminat sangat obses dengan cerita ini hingga hafal pergerakan tangan untuk jutsu & teknik istimewa walaupun tahu ini semua fiksyen. Namun, tidak semuanya palsu kerana beberapa jutsu popular daripada Naruto sebenarnya wujud di dunia sebenar!

Hibari, ninja sebenar yang berketurunan daripada Hanzo Hattori

Pada beberapa hari lepas, laman web rasmi Naruto mengadakan temuramah bersama seorang ninja sebenar bernama Hibari yang mengesahkan kewujudan Kage Bunshin dan jutsu api.

Hibari, yang mewarisi Ninjutsu ‘Iga-Omi Hattori-Ryu’, menjelaskan perbezaan antara ninjutsu fiksyen dan sebenar dengan terperinci. Menurutnya, jutsu Kage Bunshin daripada Naruto memang wujud di dunia sebenar tetapi perbezaannya ialah “seseorang tidak akan dapat menduplikasi dirinya dalam cara yang ajaib.”

Naruto Naruto Clone GIFfrom Naruto GIFs

Sebaliknya, orang lain yang berpakaian sama akan keluar dari pelbagai arah. Ini merupakan teknik khas yang digunakan semasa perang lama Jepun untuk mengelirukan musuh, atau untuk mencuri sesuatu sambil menjaga identiti pencuri sebenar.

Bukan ini sahaja, jutsu api aka Katon no Jutsu juga wujud! Dibahagikan kepada dua cara, seorang ninja sama ada menggunakan sebuah alat untuk meniup api atau cara klasik iaitu memulakan api dari lokasi berlainan. Katon no Jutsu sering digunakan untuk mengelirukan musuh atau mengalihkan perhatian musuh bagi melarikan diri dan sebenarnya bukanlah teknik serang semata-mata.

Sasuke Naruto GIFfrom Sasuke GIFs

Hibari menerangkan cara ia berfungsi memakai alat.

“Kaedah ini menggunakan dua silinder dalam ‘moxibustion’ dan ‘moxa’ (kedua-dua adalah terapi perubatan Cina tradisional), yang diubah suai untuk bertindak sebagai sumber nyalaan api. Anda akan meniup untuk mengeluarkan api ke arah musuh”.

kata Hibari.

Selain dua yang disebutkan di atas, tidak semua jutsu boleh dilakukan di dunia sebenar, seperti Jutsu Air (Suiton no Jutsu). Bak kata Hibari, Suiton no Jutsu adalah rekaan semata-mata dan memang mustahil untuk dilakukan dalam realiti.

Water Style Water Dragon Missile GIFfrom Water Style GIFs

Pada masa yang sama, Hibari ingin membetulkan tanggapan orang ramai tentang sistem pangkat ninja dalam anime Naruto. Mengikut sejarah sebenar, seorang ninja Genin sebenarnya tidak boleh menjadi Jonin.

“Konsep Genin/Jonin juga wujud untuk ninja di dunia kita. Tetapi hakikatnya, Jonin berada di jawatan pengurusan, dan berkhidmat sebagai samurai yang dihantar oleh daimyo atau kerajaan shogun. Mereka tidak mengambil misi sebagai ninja.”

“Selain itu, disebabkan oleh sistem kelas pada masa itu, ninja yang dilahirkan sebagai Genin tidak mungkin dapat mencapai Jonin. Tetapi mungkin ada beberapa pengecualian untuk Genin yang berbakat.”


Apa pendapat korang pasal jutsu? Ada ke jutsu lain yang benar-benar ada di dunia sebenar? Jom kongsi di ruang komen! Baca segala liputan kami tentang francais Naruto di SINI!

Tags: animejutsumanganaruto
Previous Post

Shazam Fury of the Gods – Apa jadi di penamat & post-credit? [SPOILER]

Next Post

Jujutsu Kaisen: Siapa Ryomen Sukuna? Jom Kenali Raja Sumpahan Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Jujutsu Kaisen: Siapa Ryomen Sukuna? Jom Kenali Raja Sumpahan Ini!

Jujutsu Kaisen: Siapa Ryomen Sukuna? Jom Kenali Raja Sumpahan Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd