Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Shazam Fury of the Gods – Apa jadi di penamat & post-credit? [SPOILER]

safwan by safwan
March 22, 2023
in Artikel, Berita, Bimbingan, Filem, Movie/siri, Panduan, Pendapat
0 0
0
Shazam Fury of the Gods – Apa jadi di penamat & post-credit? [SPOILER]
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai sekuel daripada filem pertama dan pembukaan untuk DCU James Gunn bermula, Shazam Fury of the Gods mencuba untuk dikekalkan dalam rancangan James Gunn buat masa akan datang.

Secara umum, Shazam! Fury of the Gods mempunyai dua adegan post-credit yang menunjukkan apa akan berlaku pada masa hadapan francais dan selepas menonton filem ini daripada awal hingga habis, nampaknya ada banyak perkara menarik untuk saya jelaskan.

AMARAN! Artikel ini mengandungi banyak spoiler tentang Shazam! Fury of the Gods, jadi seeloknya anda tonton dahulu movie sebelum membaca artikel ini!

Apa berlaku pada penamat Shazam Fury of the Gods?

Mari kita mulakan dengan penamat Shazam! Fury of the Gods terlebih dahulu. Selepas adik-beradiknya kehilangan kuasa Shazam, tinggal Billy seorang sahaja yang mempunyai kuasa tersebut dan terpaksa bertarung seorang diri.

Shazam mengumpan Kalypso kembali ke stadium di mana semua kejutan berlaku. Dengan bantuan Hespera, dia mengecilkan “dome” untuk berada dalam radius yang jauh lebih kecil. Mereka berdua bertempur di dalam “dome” tersebut dan tiada siapa boleh keluar daripada kawasan tersebut.

Dia merampas staff tersebut dan menggunakannya untuk menyerap semua kuasa petir yang telah dikeluarkan sejak awal pertarungan lagi. Dengan menyerap semua kuasa petir tadi, Shazam terus maju menentang Kalypso dan mereka berdua telah terkorban serta memusnahkan “dome”.

Billy mati semasa dalam pertarungan tersebut. Anthea membawanya balik untuk mengebumikan Shazam di alam dewa supaya pokok yang ditanam semula dapat hidup dengan sihat. Wizard mengatakan yang hanya “God” sahaja menghidupkan staff ini semula.

Kemudian Wonder Woman muncul, membaiki staff dan menghidupkan semula Billy kerana itu adalah sesuatu yang boleh dilakukan oleh kuasa “god-like” daripada staff itu. Anthea mendapatkan semula kuasanya, tetapi memutuskan untuk kembali ke alam manusia bersama Freddie.

Kami melihat keluarga itu kembali ke rumah mereka yang sedang dalam pembinaan apabila loceng pintu berdering dan Wizard, menggunting rambut dan bercukur dengan berpakaian baru yang mewah mendedahkan bahawa dia berada di kawasan kejiranan, dan merancang untuk tinggal di dunia manusia untuk sementara waktu.

Billy bertanya kepadanya apa nama superheronya dan Wizard itu mendedahkan bahawa ia sebenarnya Shazam.

Adegan post-credit #1

Dalam post-credit pertama, kita dibuka dengan penampilan dua orang daripada Justice Society of America (JSA) iaitu Emilia Harcourt (Jennifer Holland) dan John Economos (Steve Agee) yang mendekati Shazam untuk direkrut masuk ke dalam kumpulan tersebut.

Pada awalnya, Shazam langsung tidak mempunyai sebarang soalan mengenainya dan terus bersetuju. Selepas itu, dia menyedari yang kumpulan tersebut adalah berlainan daripada Justice League. Dia juga mengatakan yang nama tersebut sangat keliru diantara dua kumpulan tersebut dan mencadangkan beberapa nama lain yang boleh digunakan sehingga terkeluar satu nama Avenger Society.

Justice Society of America di dalam filem ini adalah berkait rapat dengan Black Adam, Peacemaker dan Suicide Squad. Memandangkan JSA di bawah arahan Amanda Waller, mungkin kita akan lihat Shazam lagi sekali dalam DCU nanti.

Adegan post-credit #2

Untuk post-credit yang kedua pula, ia bersambung daripada apa yang credit scene Shazam! pertama tunjukkan. Berlaku selepas 2 tahun dipenjarakan, Doctor Sivana didekati oleh ulat psychic yang bernama Mister Mind.

Buat masa sekarang, Sivana sedang dipenjarakan tetapi Mister Mind memberitahu kepadanya yang dia masih melaksanakan rancangannya dan mengambil masa yang sangat lama kerana perlu merangkak ke mana-mana. Mister Mind menjanjikan yang terdapat satu lagi perkara yang perlu diuruskan sebelum mereka berdua bermula.

Walaupun ia langsung tidak mempunyai kaitan untuk masuk ke dalam DCU James Gunn, pengarah filem ini sendiri dapat membuat setup terbaik untuk filem Shazam yang seterusnya.


Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Endingpost-creditShazamShazam! Fury of the Gods
Previous Post

Game ‘Marvel’s Spider-Man 2’ mungkin keluar September 2023 [Khabar angin]

Next Post

“Jutsu Kage Bunshin & jutsu api Naruto sebenarnya wujud” – Kata ninja sebenar dari Jepun!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
“Jutsu Kage Bunshin & jutsu api Naruto sebenarnya wujud” – Kata ninja sebenar dari Jepun!

"Jutsu Kage Bunshin & jutsu api Naruto sebenarnya wujud" - Kata ninja sebenar dari Jepun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd