Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

JUMP ASSEMBLE Mungkin Lancar di Malaysia Jun Ini — Menurut App Store

Maira by Maira
February 29, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Game, iOS, MOBA, Mobile
0 0
0
JUMP ASSEMBLE Mungkin Lancar di Malaysia Jun Ini — Menurut App Store
Share on FacebookShare on Twitter

Pada tahun lalu, kita telah diperkenalkan dengan game JUMP ASSEMBLE yang merupakan MOBA yang memaparkan watak-watak daripada siri Shonen Jump seperti Dragon Ball, Naruto, One Piece, Demon Slayer dan banyak lagi! Kita tahu game tersebut akan lancar pada tahun ini, tetapi masih tiada pengumuman rasmi daripada penerbit. Walaupun begitu, sudah ada tarikh yang dijadualkan untuknya.

JUMP ASSEMBLE
Sumber: Shueisha & DeNA

Melalui App Store, JUMP ASSEMBLE dijadualkan untuk lancar pada 25 Jun ini di Malaysia! Nampaknya pengguna iPhone sudah boleh pra-tempah game ini di kedai tersebut.

Malangnya buat pengguna Android, masih belum ada halaman rasmi untuk game tersebut yang tersedia untuk pemain pra-daftar. Ada kemungkinan besar pra-daftar akan dibuka apabila pengumuman rasmi diumumkan nanti.

Sumber: App Store

Tentang JUMP ASSEMBLE

Menghimpunkan pelbagai watak ikonik dalam “Weekly Shonen Jump”, JUMP ASSEMBLE menyerupai mana-mana game 5v5 MOBA moden seperti Mobile Legends: Bang Bang dan League of Legends: Wild Rift – yang terbukti sangat popular sekarang.

JUMP ASSEMBLE
Sumber: Shueisha & DeNA

Perbezaannya adalah pemain dapat mengawal watak daripada anime/manga kegemaran. Setiap watak juga dibahagikan kepada kelas masing-masing seperti Marksman, Tank, Mage, Assassin dan lain-lain. Oleh itu, setiap watak pasti ada kelebihan dan kelemahan masing-masing jadi ia terpulang kepada pemain untuk menentukan mana satu yang menepati playstyle tersendiri.

Lebih menarik lagi, setiap kebolehan atau kuasa watak anime akan tersedia dalam gami ini. Jadi anda boleh berharap untuk menggunakan serangan seperti “Kamehameha” Goku ataupun “Gum-Gum Rocket” Luffy untuk hasilkan combo hebat.

JUMP ASSEMBLE
Sumber: Shueisha & DeNA

Kalau anda ingin tahu watak-watak yang anda boleh mainkan nanti, boleh rujuk senarai kami ini. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: JUMP ASSEMBLEshonen jumpShueisha
ShareTweetSend
Previous Post

Barisan Game PS Plus Mac 2024 —  EA Sports F1 23, Sifu & Banyak Lagi!

Next Post

Call of Duty: Warzone Mobile Rasmi Lancar Secara Global Pada 21 Mac!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
Call of Duty: Warzone Mobile Rasmi Lancar Secara Global Pada 21 Mac!

Call of Duty: Warzone Mobile Rasmi Lancar Secara Global Pada 21 Mac!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd