Activision telah mengumumkan bahawa game Call of Duty: Warzone Mobile akan tersedia secara global pada 21 Mac ini untuk Android dan iOS!
Dalam game ini, pemain akan kembali ke Verdansk dan Rebirth Island, memberikan pengalaman Battle Royale dan banyak lagi. Dengan tarikh pelancarannya semakin menghampiri, sudah lebih 50 juta pemain denga pra-daftar game tersebut. Anda yang masih belum daftarkan diri, boleh ke laman web rasmi sekarang!
Terdapat ganjaran khas yang diberikan kepada mereka yang pra-daftar game ini. Ganjaran tersebut berupa:
- Ghost “Condemned” Operator Skin
- M4 “Archfiend” dan X12 “Prince of Hell” Weapon Blueprints
- “Foe’s Flame” Vinyl
- “Dark Familiar” Emblem

Seperti yang anda semua tahu, Call of Duty: Warzone Mobile sudah pun tersedia di Malaysia sejak bulan Januari yang lalu. Nampaknya pelbagai kandungan serta penambahbaikan yang telah dilakukan sejak itu.

Call of Duty: Warzone Mobile juga membawakan pengalaman mobile yang baik dengan kawalan akses dan pilihan tetapan termasuklah sokongan untuk controller.
Anda kini boleh naikkan level senjata dan XP tidak kiralah anda main pada konsol dan PC untuk game Call of Duty: Warzone dan Modern Warfare III. Anda hanya perlu log masuk Activision OD anda. Kebanyakkan kandungan yang anda dapat daripada kedua-dua game itu akan dipindah masuk dan tersedia untuk semua game anda.

Walaupun fokus utama game ini adalah Battle Royale, tetapi mode Multiplayer ini turut membawakan beberapa map dan mode seperti Shipment, Shoot House dan Scrapyard. Mode klasik seperti Team Deathmatch, Domination, Kill Confirmed dan Search & Destroy termasuklah varian Hardcore lain.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Call of Duty daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post