Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen – Ryomen Sukuna Akhirnya Tumpas? (SPOILER)

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 2, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Spoiler
0 0
0
Jujutsu Kaisen – Ryomen Sukuna Akhirnya Tumpas? (SPOILER)
Share on FacebookShare on Twitter

Manga Jujutsu Kaisen semakin hampir ke penghujungnya dan bersama keluaran bab terbaru, akhirnya kami dapat melihat hasil pertarungan antara Itadori Yuji dan Raja Sumpahan, Ryomen Sukuna.

The epic showdown against Sukuna comes to a close!

Read Jujutsu Kaisen, Ch. 268 in Shonen Jump for free! https://t.co/1cc8BdLA5i pic.twitter.com/aVmqw04MPk

— Shonen Jump (@shonenjump) September 1, 2024

Merangkumi sebanyak 47 bab, Shinjuku Showdown Arc ialah saga terakhir dalam Jujutsu Kaisen, dan mengikuti pertarungan terbesar di dalam siri di mana semua ahli jujutsu perlu berhadapan dengan Sukuna. Apakah yang benar-benar terjadi? Berikut adalah rumusan lengkap.

AMARAN! SPOILER UNTUK JUJUTSU KAISEN BAB 268!!

Di permulaan bab, Sukuna cuba bermati-matian untuk berpaut pada Fushiguro Megumi.

Sebagai langkah terakhir untuk memanipulasi Megumi, Sukuna memberitahu bahawa situasi Megumi sekarang terlalu memalukan kerana “membiarkan dirinya diambil alih, membunuh kakaknya sendiri, gurunya sendiri, dan pada masa yang sama menyelamatkan Yuji, yang secara tidak langsung membunuh beribu-ribu orang” (badannya dikawal oleh Sukuna pada masa itu).

Kredit: Shueisha

Namun, Megumi tidak tertipu, dan memberitahu Sukuna bahawa rancangannya tidak akan berjaya. Tidak tahan lagi, Sukuna berjaya dicabut dari badan Megumi, dan Yuji mencapai misinya, yang dahulu dianggap mustahil.

Kini tanpa hos, rupa Sukuna berubah menjadi lendir kecil yang menyedihkan. Buat kali pertama dalam hidup, Sukuna berasa takut. Walaupun cuba bermati-matian untuk berpaut pada sesuatu, Sukuna tahu bahawa dia berada di penghujung hayatnya.

Kredit: Shueisha
Kredit: Shueisha

Seperti mana-mana hero shonen, Yuji adalah individu penuh dengan belas kasihan, termasuk untuk Sukuna. Yuji cuba merayu kepada Sukuna untuk kembali kepadanya dan tinggal bersama-sama. Tetapi, Sukuna tetap berpegang pada gelarannya sebagai Raja Sumpahan dan memuji Yuji kerana dapat mempertahankan ideologinya sehingga akhir.

Sukuna memberi amaran supaya tidak memandang rendah kepadanya kerana dia adalah sumpahan, lalu hancur.

Kredit: Shueisha

Sejak hari pertama, Sukuna berjaya membuktikan betapa kuatnya antagonis itu. Secara total, dia telah mengalahkan lebih daripada 10 ahli Jujutsu, masing-masing merupakan yang terkuat dalam siri termasuk Gojo Satoru dan Okkotsu Yuta. Walau bagaimanapun, Yuji berjaya menentang segala kemungkinan untuk membunuh Raja Sumpahan itu buat selama-lamanya.

Bagi mereka yang ingin membaca apa sebenarnya berlaku, bab terbaru Jujutsu Kaisen boleh ditemui di laman web rasmi atau aplikasi Manga Plus!

Tags: Jujutsu Kaisen
ShareTweetSend
Previous Post

Main Sebagai Dinosaur Dalam ‘Kyoryu’, Kini Viral Di Internet!

Next Post

Capcom Umum Barisan Game Penuh Untuk gamescom asia 2024

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Capcom Umum Barisan Game Penuh Untuk gamescom asia 2024

Capcom Umum Barisan Game Penuh Untuk gamescom asia 2024

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd