Tahun lepas, Floating Rock Studio dari New Zealand menarik perhatian seluruh dunia dengan memuat trailer pertama untuk Kyoryu —sebuah game ‘action-adventure’ yang berlangsung di Jepun pasca apokalips tetapi didominasi oleh dinosaur yang dihidupkan semula secara genetik. Selepas hampir setahun tanpa berita, akhirnya Floating Rock Studio mendedahkan rakaman gameplay pertama walaupun sekadar teaser.
Berikut adalah gameplay-nya:
Dibina menggunakan Unreal Engine 5, Kyoryu merupakan game third-person adventure yang amat memfokuskan pada naratif.
Pemain akan mengawal Tori, seekor dinosaur muda yang diubah suai secara genetik, dan anak kepada seekor samurai T-Rex. Hidup di Tokyo pada zaman pasca-apokalips, Tori berbelah bahagi antara minatnya terhadap umat manusia yang kini sudah pupus dan mematuhi bapanya yang bersifat terlalu melindungi.
Jadi apa yang membuatkan game ini menjadi viral? Selain daripada visual yang mengagumkan, perkara yang paling menarik tentang game ini ialah pemain dapat meneroka dunia dinosaur yang unik, dan berpeluang untuk mengalami suasana sebenar menjadi seekor dinosaur.
Terokai dan berinteraksi dengan penduduk dunia dan lihat bangunan pencakar langit futuristik di samping mercu tanda tradisional yang kini ditumbuhi tumbuh-tumbuhan hijau selepas kepupusan umat manusia. Bertemakan “naluri vs. intelek” sebagai konflik utama, setiap dinosaur perlahan-lahan kembali kepada naluri asal mereka.
Jadi siap sedia untuk pengembaraan yang epik di mana anda perlu menyorok dan menjadi bijak untuk mengatasi halangan, serta menjadi tangkas dan lincah semasa berjuang untuk terus hidup.
Buat masa ini, itu sahaja maklumat yang dikongsikan. Jika berminat, anda boleh pergi ke halaman Steam rasmi untuk Wishlist game ini.
Pada masa yang sama, sebuah siri televisyen juga sedang dalam pembikinan, tetapi Floating Rock Studio tidak berkongsi sebarang maklumat tentang projek itu buat masa ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post