Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Capcom Umum Barisan Game Penuh Untuk gamescom asia 2024

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 3, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Demo, Game, Pameran/Expo
0 0
0
Capcom Umum Barisan Game Penuh Untuk gamescom asia 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai salah satu peserta acara, hari ini CAPCOM telah mengumumkan barisan produk penuh mereka bagi gamescom asia 2024. Merupakan antara acara gaming terbesar di Asia Tenggara, para peminat dan profesional industri sama-sama boleh mencuba dan menikmati beberapa judul yang paling hebat buat kali pertama di sana.

Disediakan buat kali pertama untuk orang ramai di Asia Tenggara, tingkat pameran Capcom akan menampilkan stesen demo untuk Monster Hunter Wilds di reruai. Monster Hunter Wilds akan dikeluarkan pada tahun 2025 untuk PS5, Xbox Series X|S dan Steam.

Pengunjung reruai Capcom juga boleh mencuba Dead Rising Deluxe Remaster di stesen demo.

Wartawan/pemburu zombi kegemaran semua, Frank West, kembali beraksi dengan Dead Rising Deluxe Remaster yang bakal dilancarkan secara digital pada 19 September 2024 di seluruh Xbox Series X|S, PS5 dan PC melalui Steam, diikuti oleh versi fizikal untuk PS5 pada 8 November 2024.

Dibina semula dengan RE ENGINE Capcom, Dead Rising Deluxe Remaster ialah remaster bagi game Dead Rising klasik dari 2006, yang kembali dengan aksi luar biasa, pertarungan melampau, banyak pilihan senjata, kostum aneh, dan jalan cerita komedi namun menarik.

Peserta juga dapat meraikan legasi beberapa fighting game paling digemari dengan hands-on MARVEL vs. CAPCOM Fighting Collection: Arcade Classics.

Koleksi ini yang akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch, PS4 dan PC melalui Steam pada 12 September 2024 secara digital, diikuti oleh versi fizikal pada 22 November 2024 untuk Nintendo Switch dan PS4. Koleksi ini termasuk 7 game yang lahir daripada kerjasama antara Marvel dan Capcom termasuk:

  • X-MEN CHILDREN OF THE ATOM
  • MARVEL SUPER HEROES
  • MARVEL vs. CAPCOM CLASH OF SUPER HEROES
  • MARVEL vs. CAPCOM 2 New Age of Heroes
  • MARVEL SUPER HEROES vs. STREET FIGHTER
  • X-MEN vs. STREET FIGHTER
  • THE PUNISHER

Pengunjung reruai Capcom turut akan mendapat pengalaman dengan tambahan terbaru, dan watak jemputan pertama dalam Street Fighter 6, Terry Bogard, daripada siri Fatal Fury oleh SNK.

Terry Bogard boleh dibeli secara individu dengan Fighter Coin atau dibuka untuk pemain yang memiliki atau membeli Year 2 Character Pass atau Year 2 Ultimate Pass. Street Fighter 6 kini tersedia di PS5, PS4, Xbox Series X|S dan Steam.

Melengkapkan barisan produk ialah Kunitsu-Gami: Path of the Goddess, sebuah game Kagura Action Strategy.

Sebagai protagonis Soh, pemain perlu menyelamatkan penduduk kampung dan memulihkan keamanan bersama Yoshiro, dengan membersihkan wabak yang merebak di Gunung Kafuku. Kunitsu-Gami: Path of the Goddess kini tersedia di Xbox Game Pass, Xbox Series X|S, Xbox One, Windows, PS5, PS4 dan Steam.

Kredit: Capcom

Akhir sekali, tidak lupa CAPCOM Pro Tour 2024 SUPER PREMIER SINGAPORE yang akan berlangsung di gamescom asia 2024.

Saksikan pemain Street Fighter 6 dari seluruh dunia berkumpul untuk merebut peluang melayakkan diri ke CAPCOM CUP 11 di Jepun. Rebutlah peluang luar biasa ini kerana dua pemain yang mara ke pusingan akhir masing-masing akan dijamin tempat dalam CAPCOM CUP 11! Juara CAPCOM CUP 11 akan balik dengan hadiah $1 juta USD!

Jika berminat, daftarkan lah diri untuk CAPCOM Pro Tour 2024 SUPER PREMIER SINGAPORE di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Capcomgamescom asia 2024
ShareTweetSend
Previous Post

Jujutsu Kaisen – Ryomen Sukuna Akhirnya Tumpas? (SPOILER)

Next Post

Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land Tiba Mac 2025

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Apple Arcade Menambah Empat Game Baharu, Diketuai oleh Play-Doh World, Pada 7 Ogos
iOS

Apple Arcade Menambah Empat Game Baharu, Diketuai oleh Play-Doh World, Pada 7 Ogos

July 9, 2025
ASUS Malaysia Melancarkan Laptop Gaming Baharu Berkuasa RTX 5050, Kini Tersedia Bermula RM4,799
Teknologi

ASUS Malaysia Melancarkan Laptop Gaming Baharu Berkuasa RTX 5050, Kini Tersedia Bermula RM4,799

July 9, 2025
BlazBlue Entropy Effect Akan Datang Mobile Pada 22 Julai 2025!
Mobile

BlazBlue Entropy Effect Akan Datang Mobile Pada 22 Julai 2025!

July 9, 2025
Next Post
Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land Tiba Mac 2025

Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land Tiba Mac 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd