Bandai Namco dan pembangun game TOSE telah mengumumkan Tales of Eternia Remastered, yang akan membawakan JRPG klasik tahun 2000 tersebut ke platform moden. Versi remaster ini akan membuat pelancaran pada 16 Oktober 2026.
Game ini akan tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, dan PC melalui Steam.
Pada asalnya dibangunkan oleh ahli kumpulan Wolfteam daripada Telnet Japan untuk PlayStation 1 dan kemudian dibawa ke PlayStation Portable pada pertengahan tahun 2000-an, Tales of Eternia adalah salah satu game paling menonjol dalam francais. Apabila game ini pertama kali dibawa ke pasaran antarabangsa pada tahun 2001, ia dinamakan semula sebagai Tales of Destiny II bagi mengambil kesempatan atas populariti game sebelumnya… walaupun kedua-dua tajuk ini langsung tidak mempunyai kaitan dari segi jalan cerita mahupun watak. Remaster ini menandakan kali pertama pemain luar Jepun dapat merasai pengalaman bermain JRPG klasik ini secara rasmi di bawah nama asalnya di konsol rumah dan PC.

Versi remaster juga menarik perhatian kerana kemas kini pada ‘audio localization’. Bandai Namco telah merakam semula dub bahasa Inggeris dengan barisan pelakon suara baharu. Langkah ini membolehkan pemain luar Jepun akhirnya mendengar segmen “skits”: iaitu dialog perbualan santai yang sebelum ini tidak mempunyai suara dalam versi original, tetapi kini dengan lakonan suara penuh dalam bahasa Inggeris.

Tales of Eternia mengisahkan tentang Reid Hershel, seorang pemburu muda dari kampuang Rasheans, dan rakan zaman kanak-kanaknya, Farah Oersted. Kehidupan mereka berubah sepenuhnya apabila bertemu dengan Meredy, seorang gadis misteri yang bertutur dalam bahasa yang tidak dikenali.
Sambil berusaha untuk mencari asal usul gadis tersebut, mereka menemui ancaman yang boleh memusnahkan dunia: “Great Fall,” iaitu perlanggaran yang bakal berlaku antara dunia asal mereka, Inferia, dan dunia kembarnya, Celestia. Bagi menghalang bencana ini, kumpulan mereka perlu merentasi kedua-dua dunia tersebut dan menguasai kuasa roh elemental yang dikenali sebagai Greater Craymels.

Versi remaster mengekalkan sistem real-time combat daripada versi original, menggunakan Aggressive Linear Motion Battle System (A-LMBS). Sistem ini membolehkan pemain mengatur strategi bersama ahli kumpulan, melakukan kombo, dan menggabungkan Artes dalam combat 2D.
Bagi menjadikan JRPG retro ini lebih mesra kepada pemain moden, TOSE membawakan beberapa penambahbaikan quality-of-life:
- Destination Marker: UI yang lebih jelas pada peta untuk memudahkan pemain mengikuti arah tuju.
- Encounter Toggle: Boleh menutup terus pertembungan musuh secara rawak semasa meneroka.
- Penambahbaikan Auto-Battle: Mod kelajuan untuk mempercepatkan pertarungan automatik.
- Instant Difficulty: Tetapan tahap kesukaran yang lebih mencabar boleh diakses terus dari awal permainan.

Bagi pemain yang mahukan pengalaman nostalgia sepenuhnya, versi remaster turut membawakan sistem toggle. Pada bila-bila masa sahaja, pemain boleh bertukar antara grafik berdefinisi tinggi serta audio yang telah dipertingkat, dan gaya visual 32-bit original serta efek bunyi klasik.









Discussion about this post