Gojo Satoru, seorang jujutsu yang paling kuat dalam siri kini berada di Prison Realm apabila dia dituduh bersubahat dengan segala perkara yang berlaku semasa Shibuya Incident Arc. Kini, Yuji, Megumi dan yang lain ingin melepaskannya daripada Prison Realm. Masalahnya sekarang Gojo telah memusnahkan Inverted Spear of Heaven dan Black Rope, cursed item yang mampu membuka belakang Prison Realm.
Sekarang ini kita ada Hana Kurusu, seorang jujutsu yang mempunyai Angel di dalam dirinya. Ingin dijadikan cerita, Hana mempunyai cursed technique yang boleh membatalkan segala cursed technique lain. Ini membuatkannya orang penting dalam misi melepaskan Gojo.
Masalah lain pula muncul dan Hana kini dalam bahaya. Dalam bab terbaru, kita telah melihat Sukuna yang kini berada dalam badan Megumi. Ini bermakna dia boleh melakukan huru-hara dengan kuasa Megumi. Hana telah menggunakan Jacob’s Ladder dengan harapan Megumi dapat kembali tetapi dia sebenarnya terpedaya. Sukuna masih lagi dalam badan Megumi dan ingin memakannya.
Kalau betul Hana akan mati, siapa yang boleh keluarkan Gojo pula selepas ini. Cara lain yang ada ialah dengan mengalahkan Kenjaku. Tetapi dengan Megumi kini dikuasai Sukuna manakala Yuji pula nampak parah, rasanya rancangan itu juga susah untuk dilakukan.
Ada juga yang mengungkit kebolehan Yuta yang boleh meniru cursed technique orang lain. Sebagai contoh, kalau dia boleh meniru cursed technique Hana dan Angel sebelum mereka dibunuh, ada peluang cerah untuk Gojo dilepaskan. Selepas itu, kita mungkin dapat melihat Gojo bertarung dengan Sukuna Megumi.
Apa pun, kita kena tunggu bab-bab manga Jujutsu Kaisen akan datang untuk melihat kesudahan Gojo yang masih terperangkap. Ada kemungkinan besar Hana akan terselamat daripada dibaham oleh Sukuna.
Discussion about this post