Bar-baru ini, EA dan DICE telah mengumumkan bahawa Battlefield 2042 akan melancarkan season baharu ‘Eleventh Hour‘ pada 28 Februari 2023. Memandangkan tarikh itu semakin dekat, mereka turut mendedahkan maklumat lanjut tentang kandungan baharu dan perubahan termasuk peta, watak dan banyak lagi.
Untuk gambaran umum, anda boleh lihat trailer gameplay di bawah:
Peta baharu: Flashpoint
Berita pertama ialah peta baharu yang dipanggil Flashpoint. Menurut EA, Flashpoint dahulu pernah adalah lokasi biodiversiti yang berkembang maju di Afrika Selatan Utara tetapi kini menjadi kompleks pembangunan terbiar. Peta ini akan menjadi latar belakang untuk Season 4.
Peta ini dipisahkan kepada enam “zon” yang menampilkan rupa bumi berbeza untuk pemain merentasi. Fokus utama peta adalah pada pertempuran jarat dekat di mana kebanyakan kawasan amat kecil dan sempit untuk berlawan.
Specialist baharu: Camilla Blasco
Season 4 juga akan memperkenalkan Specialist baharu. Berasal dari Sepanyol, Camila Blasco ialah Specialist jenis Recon, dan pakar dalam taktik serangan hendap dengan gajet X-6. Kelebihannya adalah Camila boleh bergerak tanpa dikesan oleh mana-mana teknologi berasaskan gerakan.
Gajet X-6 miliknya pula dapat menghalang sebarang isyarat ‘lock-on’ dari senjata musuh. Ia juga boleh mengganggu teknologi pengesanan serta mewujudkan zon mati bagi komunikasi sehingga musnah atau dinyahaktifkan. Dengan penambahan Blasco, game ini kini mempunyai 14 Specialist berbeza.
Seterusnya, Season 4 akan mengubah sistem kelas di mana para Specialist dibahagikan kepada empat kelas: Assault, Engineer, Recon dan Support.
Senjata baharu
Berikut adalah setiap senjata baharu yang ditambah ke dalam Season 4:
- Super 500: Pump action shotgun yang bagus untuk menyerang kubu musuh dan pertempuran jarak dekat. Jaraknya yang pendek juga menjadikannya baik sebagai senjata sekunder.
- RM68 Assault Rifle: Assault rifle gen-baru yang memberi kestabilan dan kawalan recoil lebih baik. Ia dikuasakan oleh peluru 6.8mm dan mempunyai skop siap sedia. Amat disyorkan untuk digunakan dalam pertempuran dekat.
- AC9 SMG: Submachine gun ringan yang dibuat untuk mereka yang ingin menembak dengan pantas. Kadar tembakannya pantas dan mudah dikendalikan kerana saiznya yang kecil.
- RPT-31: Prototaip LMG yang mempunyai kadar tembakan rendah tetapi mengandungi lebih banyak peluru. Reka bentuknya yang moden menjadikan LMG ini lebih mudah untuk dibawa berbanding LMG lain.
Kenderaan baharu
Kenderaan berperisai baharu bernama CAV-Brawler boleh dipakai pada Season 4. Juga hebat dalam pertempuran jarak dekat, ia dilengkapi dengan ciri pengesan yang menunjukkan sama ada musuh berdekatan atau tidak. Kenderaan ini juga dilengkapi dengan ‘grenade launcher’.
Gajet baharu
Gajet terbaharu adalah ‘SPH explosive launcher’. Ia membolehkan pemain menembak bahan letupan yang akan melekat pada sasarannya sebelum meletup. Gajet ini boleh menembak sehingga dua peluru sebelum perlu diisi semula.
Battle Pass
Seperti biasa, Battle Pass akan menampilkan banyak ganjaran percuma dan premium termasuk skin Legendary ‘Greenback’ milik Irish dan skin ‘Fault Line’ milik Blasco.
Battlefield 2042 boleh didapati di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Steam, Epic Games Store, dan Origin manakala season baharu ‘Eleventh Hour’ akan tiba pada 28 Februari 2023.
Untuk membaca segala liputan kami tentang Battlefield 2042, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post