Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘JDM: Rise of the Scorpion’ Akan Tiba Julai 2024 – Lumba Dengan Visual Manga!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 6, 2024
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, GOG, PC, Steam, Sukan/lumba
0 0
0
‘JDM: Rise of the Scorpion’ Akan Tiba Julai 2024 – Lumba Dengan Visual Manga!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, 4Divinity dan Gaming Factory telah mengumumkan JDM: Rise of the Scorpion, yang merupakan game prolog percuma perlumbaan kereta, yang berlaku sebelum JDM: Japanese Drift Master. Game ini akan dikeluarkan di platform PC utama pada 18 Julai 2024.

Merupakan pengenalan unik kepada JDM: Japanese Drift Master, belajar tentang asal usul ‘Scorpion’ melalui perlumbaan dan adegan menyeronokkan dalam bentuk panel manga yang dilukis dengan tangan. Bersaing, drift, dan berlumba di atas pelbagai jalan dan litar gunung berliku untuk memulakan kisah anda.

Asal Usul Scorpion

Kredit: 4Divinity

JDM: Rise of the Scorpion mengembangkan dunia perlumbaan JDM dengan unsur naratif. Pemain akan belajar kisah Hatori ‘Scorpion’ Hayashi, seorang pelajar teladan dan anak kepada keluarga tradisional Jepun. Dia membawa kebanggaan dan keangkuhannya ke litar lumba, di mana pelbagai saingan menanti.

Dalam prolog akan datang, pemain tidak akan melihat cutscene dalam bentuk biasa. Studio mengambil cara berbeza untuk membentangkan naratif permainan, sebaliknya halaman manga yang dilukis dengan tangan akan menghidupkan protagonis.

Kredit: 4Divinity

Selain Hattori, pemain akan bertemu dengan sejumlah watak sampingan yang akan menjadi bahagian penting dalam kebangkitan Scorpion.

  • Aoi Ishida ialah seorang gadis dari keluarga tradisional yang mengenali Hatori sejak kecil. Apabila mereka mula bercinta, dia menyokongnya dalam setiap cara yang dia boleh, terutamanya di litar.
  • Ayumi Kurama ialah seorang gadis kaya yang dibesarkan oleh seorang bapa tunggal yang memenuhi setiap kehendaknya. Dia berjaya dalam semua yang dia lakukan, dan itu termasuk drift. Persahabatannya dengan Hatori mungkin berisiko jika kemenangan dipertaruhkan.
  • Satoru Hayashi dengan cepat menjadi musuh utama Scorpion. Dia ceria dan melulu, tetapi keluarganya miskin, jadi dia tidak berasa seperti sebahagian daripada sekolahnya. Kereta Satoru adalah milik bapa saudaranya, seorang drifter terkenal.
  • Kaori Kato ialah kawan baik Aoi. Berdikari dan progresif, dia sentiasa menyokong Aoi, walaupun dia percaya Hatori bukan teman lelaki yang baik.

Temui lokasi baharu

Kredit: 4Divinity

Peta open world bagi prolog akan datang akan ditambah dengan kawasan menarik dan jalan yang mencabar yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

  • Pandu kembali ke jalan gunung berliku di sekitar Tasik Haikama yang dikenali daripada versi demo JDM: Japanese Drift Master.
  • Berlumba melalui Hutan Tengai. Ia menyediakan persekitaran yang ideal untuk berlatih dan mengasah kemahiran memandu anda. Hadapi selekoh yang mencabar dan pelajari cara-cara drift sebenar.
Kredit: 4Divinity

Setiap perlumbaan dan acara menjadi pengalaman serba baharu kerana sistem cuaca yang dinamik. Rasa cengkaman kereta berubah ketika hujan lebat dan semasa musim tengkujuh; kuasai kawalan apabila penglihatan terjejas dalam kabus. Keadaan sekeliling bertukar supaya pemain boleh mengasyikkan diri dalam persekitaran yang realistik.

Berkat kitaran siang dan malam, malah memandu biasa pun terasa seperti pengalaman baharu. Pandu di bawah kegelapan malam, atau apabila matahari terbit, dan lihat bagaimana dunia di sekeliling berubah.

Kredit: 4Divinity

Prolog percuma JDM: Rise of the Scorpion hanyalah pengenalan kepada cerita yang akan diteruskan dalam game versi penuh. Watak yang digambarkan dalam pengenalan unik ini akan kembali dalam JDM: Japanese Drift Master.

Kredit: 4Divinity

Jangan lepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam cerita unik yang memperkenalkan anda kepada dunia JDM: Japanese Drift Master. Prolog percuma untuk JDM: Rise of the Scorpion akan dikeluarkan pada 18 Julai 2024, di Steam, Epic, dan GOG.

Tags: JDM: Rise of the ScorpionLumbaPC
ShareTweetSend
Previous Post

Kembangkan Dunia Sung Jinwoo, Bukan Menyimpang Jauh Dari Karya Asal – Interviu Solo Leveling: ARISE Bersama Pengarah Seong-Keon Jin

Next Post

Apple Umum Pemenang 2024 Apple Design Awards – Senarai Penuh

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Apple Umum Pemenang 2024 Apple Design Awards – Senarai Penuh

Apple Umum Pemenang 2024 Apple Design Awards - Senarai Penuh

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd