Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jagged Alliance 3 akan datang ke PC Steam pada Julai 2023

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 17, 2023
in Artikel, Berita, PC, Real time strategy, RPG, Steam
0 0
0
Jagged Alliance 3 akan datang ke PC Steam pada Julai 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Kali terakhir dilihat pada 1999 dengan keluaran Jagged Alliance 2, sudah hampir 23 tahun sejak kita mendengar tentang francais tactical role-playing Jagged Alliance. Kini, kita akhirnya dapat pengesahan rasmi bahawa sekuelnya Jagged Alliance 3 akan dikeluarkan pada 14 Julai 2023 untuk PC melalui Steam!

Dibangunkan oleh Haemimont Games dan diterbitkan oleh THQ Nordic, berikut adalah ringkasan jalan cerita dan gameplay Jagged Alliance 3:

Grand Chien, sebuah negara yang kaya dengan sumber asli dan perpecahan politik, dilanda huru-hara apabila presiden hilang dan pasukan tentera yang dikenali sebagai “The Legion” menguasai kawasan luar bandar. Kini, keluarga Presiden telah mengumpulkan semua sumber mereka untuk mengupah sekumpulan askar upahan hebat yang ditugaskan untuk mencari Presiden dan membawa perintah kembali ke negara ini.

Dalam Jagged Alliance 3, pilih daripada sekumpulan askar upahan – masing-masing dengan personaliti unik, kelebihan dan kisah latar belakang sendiri dan terokai Grand Chien sambil bertemu orang baharu, memperoleh wang, mengembangkan pasukan, dan akhirnya membuat keputusan yang akan menentukan nasib negara.

Kredit: THQ Nordic

Buat mereka yang tidak tahu, game ini dimainkan dari perspektif isometrik di mana pemain mengeluarkan arahan kepada skuad askar upahan. Sekuel ini menampilkan sebanyak 40 watak, termasuk beberapa watak ikonik seperti Vicki Waters, Ivan Dolvich dan Fidel Dahan.

Senjata boleh diubahsuai dan tentera upahan boleh membidik bahagian tubuh individu bagi setiap musuh. Mayat musuh juga boleh digeledah untuk mendapatkan sumber mereka.

Kredit: THQ Nordic

Selain itu, pemain boleh mengakses peta kempen dinamik, yang akan memberikan lebih banyak konteks tentang setiap peperangan, dan cara pasukan musuh bertindak balas semasa mereka cuba merebut wilayah ini. Pemain juga akan memperoleh maklumat semasa mereka maju, sekali gus membuka misi dan misi sampingan tambahan. Apabila askar upahan naik level, mereka juga akan membuka kemahiran dan abiliti baharu.

Akhir sekali, game ini juga akan menampilkan mode cooperative multiplayer, jadi anda tidak perlu bermain seorang diri.

Kredit: THQ Nordic

Selepas Jagged Alliance 3 dilancarkan, pemaju akan memberi peluang kepada pemain untuk membuat modifikasi sendiri pada game mengikut pilihan mereka. Pada mulanya, mereka hanya akan menawarkan sokongan mod asas, di mana pemain dapat mengubah suai statistik senjata, melaraskan tahap kesukaran, dan juga memaparkan peratusan “chance to hit”. Sokongan mod untuk Jagged Alliance 3 akan terus berkembang dan berkembang selepas pelancaran.

Dalam update akan datang, pemain dapat menggunakan alat buatan pemaju untuk mencipta dan berkongsi kempen mereka sendiri, dan memperkenalkan tentera upahan.

Kredit: THQ Nordic

Jagged Alliance 3 sedang dalam pembangunan untuk PC melalui Steam dan akan dikeluarkan pada 14 Julai 2023. Anda boleh wishlist di SINI. Pada masa yang sama, Jagged Alliance 3 Tactical Edition turut tersedia untuk prapesan sekarang dan akan dikeluarkan bersama-sama dengan game pada 14 Julai 2023.

Kredit: THQ Nordic
Tags: Jagged Alliance 3PCRPGsteamstrategi
ShareTweetSend
Previous Post

Demon Slayer: Kisah tragis Shinazugawa Sanemi & Genya – Hashira & pemakan demon!

Next Post

Fast X Review — Penamat Saga yang Panjang Akhirnya Bermula!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
Fast X Review — Penamat Saga yang Panjang Akhirnya Bermula!

Fast X Review -- Penamat Saga yang Panjang Akhirnya Bermula!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd