Demon Slayer Season 3 telah menayangkan episod terbaharu, dan di sini, kita akhirnya kita dapat melihat kisah tragis Shinazugawa Sanemi dan Genya! Sebagai pasangan adik-beradik yang bermasalah, ternyata kisah mereka sangat tragis dan penuh dengan duka lara.
Kejadian episod 6
Dalam Demon Slayer: Swordsmith Village Arc episod 6, Tanjiro ternampak Genya yang rupanya hampir menyerupai iblis (ini kerana dia memakan iblis lalu mendapatkan kekuatan yang lebih kurang sama). Dalam keadaan marah, Genya menghampiri Tanjiro dan meluahkannya niatnya untuk “menjadi Hashira dahulu”.
Kita semua tahu Genya tidak rapat dengan abangnya Sanemi (yang juga merupakan Wind Hashira). Atas sebab-sebab yang tidak diketahui, hubungan mereka sangat renggang sehingga tahap, Sanemi tidak menganggap Genya sebagai adiknya. Genya pula menyalahkan dirinya sendiri atas apa yang berlaku tetapi kita tidak pernah diberitahu tentang kejadian itu.
Dalam episod 6, Genya bekerjasama dengan Tanjiro untuk mengalahkan Hantengu, tetapi malangnya, mereka tidak cukup kuat. Di ambang kematian, Genya mula memikirkan tentang sejarah silamnya di mana semua didedahkan melalui flashback.
Kisah sebenar Genya dan Sanemi
Genya adalah anak kedua dalam keluarga tujuh orang adik-beradik. Ibunya sentiasa bekerja keras hingga jarang dapat tidur manakala bapanya ialah lelaki kejam yang suka mendera keluarga. Walaupun bapanya sering memukul adik-beradik lain, ibu Genya sentiasa melindungi mereka. Disebabkan sikap itu, ayahnya dibenci oleh penduduk kampung dan akhirnya mati ditikam oleh individu yang tidak dikenali. Di sini, Sanemi dan Genya berjanji untuk melindungi adik-beradik dan ibu mereka bersama-sama.
Pada suatu hari, ibu mereka tidak pulang ke rumah, lalu Sanemi pergi mencarinya. Perasaan bimbang mula terlintas di fikiran adik-beradik kerana ibu mereka “tidak pernah selewat ini.” Genya cuba sedaya upaya untuk meyakinkan mereka, dan menyuruh adik-beradiknya untuk tidur.
Tiba-tiba, kedengaran satu ketukan dari pintu mereka. Empat adik-beradik kecil, dalam keadaan gembira, mula berlari ke pintu sedangkan Genya memberi amaran itu mungkin bukan ibu mereka. Sebelum dia dapat bertindak (sambil memeluk adik paling kecil), pintu itu dipotong dua bersama dengan semua adik-beradiknya – yang mati serta-merta. Pada masa itu, muka Genya dihiris, lalu membentuk parut di wajahnya.
Dalam keadaan panik, Genya tidak sempat melihat sosok gelap yang menyerang keluarnya. Namun, sebelum ia sempat mencederakan Genya, Sanemi datang dan menyelamatkan adiknya sambil mengarahkan Genya untuk melarikan diri.
Melihat adik-beradiknya yang berlumuran darah, Genya sedar mereka sudah mati. Tidak ingin menerima kenyataan, dia cuba untuk merawat semua orang dengan bantuan doktor. Dalam perjalanan, Genya terjumpa Sanemi yang memegang pisau dan ibu mereka yang mati terbaring di hadapan mereka. Genya, dalam keadaan keliru dan marah, melabelkan Sanemi sebagai pembunuh dan memeluk tubuh ibu sehingga ibunya reput di bawah cahaya matahari.
Beberapa tahun kemudian, Genya sedar iblis itu adalah ibunya dan mengakui kesilapannya. Dia memutuskan untuk menyertai Demon Slayers Corps demi mendamaikan hubungannya dengan abangnya dan walaupun tidak mempunyai bakat untuk Breathing Style, Genya boleh memakan Demon dan memperoleh kebolehan mereka. Maka, itu jadi kelebihannya.
Tidak lama selepas itu, dia bertemu semula dengan Sanemi dan cuba meminta maaf, tetapi Sanemi menolaknya dan berkata dia tidak mempunyai adik. Disebabkan itu, Genya memutuskan untuk menjadi Hashira sebagai cara terakhir untuk merawat semula hubungan dengan abangnya.
Apakah pendapat anda tentang hubungan Genya dan Sanemi dalam Demon Slayer? Jom beritahu pendapat anda di ruang komen! Baca segala berita kami tentang Demon Slayer di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post