Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Isu penterjemahan teks dalam anime Komi Can’t Communicate bikin kemarahan komuniti!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 22, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Isu penterjemahan teks dalam anime Komi Can’t Communicate bikin kemarahan komuniti!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, sejumlah peminat anime telah meluahkan kekecewaan mereka selepas menonton adaptasi anime Komi Can’t Communicate oleh Netflix akibat isu penterjemahan teks. Secara lebih khusus lagi, pasukan sari kata Netflix tidak menerjemahkan sebahagian daripada teks bertulis yang dipaparkan dalam siri ini.

Walaupun dengar seperti isu kecil, ini sebenarnya adalah masalah yang cukup besar. Ini disebabkan watak utama, Shoko Komi, tidak boleh bercakap dengan normal kerana terlalu malu dan kebanyakan masa akan berkomunikasi secara bertulis. Oleh itu, sebahagian besar daripada anime ini akan berdasarkan teks bertulis – di mana Komi meluahkan apa yang dia ingin kata melalui teks.

Komi Netflix Subs
Komi Netflix Subs

Episod pertama untuk anime ini mempunyai perbincangan penting yang dilakukan sepenuhnya melalui teks, jadi sangat pelik jika Netflix tidak menerjemahkannya. Mujurlah semua okay di situ. Tetapi adegan langsung selepas itu, yang menunjukkan Tadano dan Komi sedang bercakap secara normal melalui teks di papan hitam, sama sekali tidak diterjemahkan. Jika anda tidak pernah membaca manga atau mempunyai pemahaman tentang bahasa Jepun, malangnya anda tidak akan faham.

Saya faham mengapa ramai peminat akan kecewa. Jika pasukan Netflix tidak membuat penterjemahan kepada sari kata kerana ia tidak penting, itu tidak mengapa, tetapi kemudian kami ada lagi beberapa contoh yang menimbulkan masalah. Gambar adegan di bawah sebenarnya memberi petunjuk kepada identiti Tadano dan itu pun sama sekali tidak diterjemahkan. Untuk memberi konteks, tulisan di sekeliling Tadano sebenarnya menjelaskan kehidupannya di sekolah menengah (fasa di mana dia ingin cuba menjadi “cool”). Perkara ini sering disebutkan tetapi tidak pernah dijelaskan secara terperinci.

Komi Netflix Subs

Selepas isu Komi Can’t Communicate menjadi viral, komuniti anime mula mengamuk. Seorang pengguna Twitter malah menunjukkan adegan tersebut dengan penterjemahan mereka sendiri, bersama maksud di sebalik teks pada papan hitam.

https://twitter.com/AnimeFlyz/status/1451126095349272577

Bagi mereka yang tidak tahu, anime Komi Can’t Communicate adalah berdasarkan manga dengan yang sama oleh Tomohito Oda. Beliau melancarkan manga ini di Weekly Shonen Sunday pada Mei 2016, setelah menerbitkan versi one-shot pada bulan September 2015. Buat masa ini, Shogakukan sudah menerbitkan jilid buku kompilasi manga ke-21 pada 18 Mei, dan jilid ke-22 pada 18 Ogos. Untuk segala liputan kami tentang anime, anda boleh tekan pautan ini.

Sumber – GB

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeKomi Can't Communicatemanganetflix
Previous Post

Pearl Abyss dan CCP Games mengadakan jualan besar-besaran di Steam!

Next Post

Temu ramah eksklusif: Proses sebalik tabir untuk game Super Robot Wars 30 dijelaskan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Temu ramah eksklusif: Proses sebalik tabir untuk game Super Robot Wars 30 dijelaskan!

Temu ramah eksklusif: Proses sebalik tabir untuk game Super Robot Wars 30 dijelaskan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd