UPDATE: VShojo secara rasminya telah ditutup.
Ketua Pegawai Eksekutif Justin “Gunrun” Ignacio mengumumkan penutupan itu pada 24 Julai 2025 melalui akaun rasmi X syarikat tersebut, dengan kenyataan, “VShojo telah gagal, dan saya telah tersalah urus syarikat ini sehingga membawa kepada keadaan yang anda semua saksikan.”
Penutupan ini berlaku selepas pemberhentian besar-besaran bakat-bakat di bawahnya, yang dicetuskan oleh pengumuman Ironmouse pada 21 Julai 2025 bahawa dia akan keluar kerana VShojo menahan dana amal melebihi $500,000 untuk Immune Deficiency Foundation serta bayaran pendapatan yang belum dijelaskan.
Dalam masa beberapa hari, hampir kesemua VTuber, termasuk Kson, Projekt Melody, dan Henya, meninggalkan agensi tersebut, dengan menyatakan isu yang serupa seperti tunggakan gaji sejak beberapa bulan lalu.
Ignacio mengaku telah menggunakan pendapatan bakat dan dana amal untuk menampung kos operasi, sekaligus mengesahkan bahawa agensi itu kehabisan wang selepas berjaya mengumpul dana sebanyak $11 juta sepanjang beberapa tahun beroperasi.
Laporan asal seperti di bawah:
Agensi VTuber terkenal, VShojo, kini berdepan krisis besar melibatkan pemberhentian beberapa nama profil tinggi dan dakwaan serius berkaitan penyalahgunaan kewangan.
Kontroversi ini meletus pada 21 Julai 2025 apabila beberapa VTuber terkenal, termasuk pengasas bersama Ironmouse dan ikon cawangan Jepun, Kson, meninggalkan agensi tersebut, sambil mendedahkan isu bayaran yang tidak disalurkan serta pengurusan dana amal yang disalahurus.
Ironmouse Berhenti Secara Mengejut
Segalanya bermula apabila Ironmouse, salah seorang VTuber paling popular di Twitch dan antara wajah utama VShojo sejak penubuhannya pada 2020, memuat naik video di YouTube pada 21 Julai untuk mengumumkan pemberhentiannya secara serta-merta.
Dalam kenyataan, dia mendakwa syarikat itu berhutang “jumlah wang yang besar” hasil kerja kerasnya, dan lebih mengejutkan, gagal menyalurkan lebih $500,000 yang dikumpul semasa subathon September 2024 kepada badan amal Immune Deficiency Foundation (IDF) — organisasi yang amat bermakna bagi Ironmouse kerana dia menghidap Common Variable Immunodeficiency (CVID).
The JP VShojo CEO believes that the owed money to Ironmouse “may have been used for operational costs.” This is getting more insane bro😭 How can you just leave your massive talent in the dark about how her charity money is being spent😭 https://t.co/H1PHOzJhVm pic.twitter.com/XDLFHHHXBH
— Vinny🐾🔜🗽🍎 (@DreamingNousagi) July 22, 2025
Ironmouse turut menyatakan bahawa VShojo telah menyelewengkan maklumat kewangan selama beberapa bulan dan membuatnya rasa bersalah untuk terus kekal, walaupun dia sedar tentang kepentingan peranannya dalam kejayaan syarikat itu.
Untuk konteks, subathon 2024 anjurannya berjaya mengumpul $515,000 untuk IDF, selepas kutipan $329,000 pada tahun sebelumnya bersama rakan kolaborator Connor “CDawgVA” Colquhoun.
Sebagai tindak balas terhadap masalah di atas, Ironmouse melancarkan kempen baharu menerusi Tiltify, yang berjaya mengutip lebih $411,000 setakat 22 Julai, dengan sokongan penaja seperti Gamer Supps ($15,000) dan VTuber Dokibird ($10,000).
Kson & VTuber Lain Pun Berhenti Beramai-ramai
Sehari selepas pengumuman Ironmouse, Kson (salah seorang tokoh utama VShojo Jepun) turut mengumumkan pemberhentiannya semasa siaran langsung, sekali gus memburukkan lagi keadaan. Kson mendedahkan bahawa dia tidak menerima sebarang bayaran sejak September 2024, dengan jumlah tertunggak yang sangat besar.
Dia sebenarnya merancang untuk keluar pada 31 Julai tetapi mempercepatkan keputusan itu susulan kenyataan Ironmouse.
Dalam siaran tersebut, dia bersemuka dengan CEO VShojo Jepun yang menyatakan keadaan kewangan syarikat stabil. Namun, kegagalan menjelaskan bayaran tertunggak dan janji-janji yang tidak ditepati telah menyebabkan Kson hilang kepercayaan.
Pemergian kedua-dua tokoh ini mencetuskan beberapa pemberhentian lain. Menjelang 23 Julai, beberapa ahli lagi disahkan meninggalkan agensi:
- Kuro Kurenai menyerahkan notis keluar pada 11 Julai dan kini bebas.
- AmaLee (Monarch), yang baru menyertai pada Januari 2025, turut menamatkan kontrak untuk kembali bebas.
- Michi Mochievee menyatakan terdapat bayaran tertunggak serta halangan undang-undang yang menghalangnya berkongsi lebih lanjut.
- Projekt Melody, salah seorang ahli asal, pun turut keluar dan menyuarakan rasa kecewa terhadap situasi semasa.
I waited to make a statement, cuz I’m always anxious & struggle to find my words.
But, yes, i’m leaving vshojo.
I was an OG talent, put my everything into this comp. But I’m beyond devastated at what happened. & I never in a million years thought I’d be saying these words. 💔
— Projekt Melody 🍆💦🥯 (@ProjektMelody) July 22, 2025
- Hime Hajime menyatakan dia tidak lagi mampu terus bersama agensi itu.
- Henya the Genius juga mengesahkan dia akan keluar dan mendakwa bahawa syarikat berhutang jumlah duit yang banyak kepadanya.
- Haruka Karibu mengesahkan bahawa dia pun sudah keluar dan sudah lama merancang.
Ahli lain juga menunjukkan tanda-tanda keluar:
- Hestia Happiness, Okamoto Nagi dan Yutori Peke telah memadamkan sebarang kaitan dengan VShojo di media sosial, dengan Nagi mengambil rehat daripada penstriman dan Peke sedang bercuti.
Apricot (Froot), satu-satunya ahli asal yang masih belum memberi kenyataan terbuka, turut membuang kaitan dengan VShojo di akaun media sosialnya. Dengan hanya Apricot yang mungkin kekal, dan bakat baru memilih untuk tidak menyertai, reputasi VShojo kini berada di ambang kehancuran.

![[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong](https://cdn.gamersantai.com/2026/07/Jay-Armstrong_IWX-2026_FI-350x250.jpg)







Discussion about this post