Bandai Namco kini giat mempromosikan Dragon Ball Gekishin Squadra, game aksi berpasukan free-to-play, dengan satu kempen pra-pendaftaran yang menawarkan pelbagai ganjaran menarik.
Selepas sesi ujian open playtest yang mendapat sambutan hangat pada Jun 2025, game ini akan hadir di iPhone, Android, PlayStation 4/5, Steam, dan Nintendo Switch menjelang hujung tahun.
Walaupun tarikh rasmi pelancaran masih dirahsiakan, pra-pendaftaran membolehkan pemain menerima maklumat terkini serta ganjaran eksklusif dalam game.
Secara ringkas, Dragon Ball Gekishin Squadra menyajikan aksi pertempuran berpasukan yang pantas dan strategik, di mana pemain boleh mengawal pelbagai watak ikonik seperti Goku, Vegeta, Piccolo, Frieza, Krillin, Gohan, Trunks dan ramai lagi.
Setiap watak mempunyai peranan tersendiri (sama ada sebagai tank, damage dealer, atau peranan teknikal) menjadikan setiap pertempuran memerlukan kerjasama dan perancangan teliti, sama ada menentang pemain lain atau bos-bos hebat dari alam semesta Dragon Ball.
Sebagai game free-to-play, Gekishin Squadra dijangka menggunakan sistem gacha untuk mendapatkan watak baharu, dengan mata wang dalam game memainkan peranan penting dalam membuka serta menaik taraf watak.
Kempen pra-pendaftaran ini bertujuan memberi pemain kelebihan awal, dengan ganjaran bertingkat berdasarkan jumlah pendaftaran yang berjaya dicapai. Bermula 22 Julai 2025 sehingga pelancaran rasmi, berikut ialah senarai ganjaran yang ditawarkan:
- 100,000 pra-pendaftaran: 3,000 Zeni
- 500,000 pra-pendaftaran: 5 G-Capsule
- 1 juta pra-pendaftaran: Setem Super Saiyan Goku
- 2 juta pra-pendaftaran: 7 SG-Capsule
- 3 juta pra-pendaftaran: Watak Son Goku (Mini) dari Dragon Ball DAIMA
Untuk pradaftar, layari laman web rasmi.









Discussion about this post