Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

iQOO Malaysia lancar siri iQOO Z7, harga serendah RM 939 sahaja!

safwan by safwan
April 10, 2023 - Updated on April 12, 2023
in Android, Artikel, Berita, Mobile, Smartphone, Teknologi
0 0
0
iQOO Malaysia lancar siri iQOO Z7, harga serendah RM 939 sahaja!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, iQOO Malaysia telah melancarkan siri iQOO Z7 yang terdiri daripada iQOO Z7 dan iQOO Z7x buat pengguna di Malaysia! Direka khusus untuk pengguna yang ingin memenuhi aspirasi premium pada segmen mampu milik, siri iQOO Z7 dijangka akan mencipta standard baharu dalam ruang teknologi telefon pintar.

Pengecasan Sepantas Kilat

iQOO Z7 menampilkan keupayaan FlashCharge 120W yang mampu mengecas peranti tersebut daripada 1% ke 50% dalam hanya 9 minit sekali gus menjadikannya pilihan sesuai untuk mereka yang menjalani hidup yang sibuk dan memerlukan pengecasan yang pantas.

Dengan pengecasan hanya selama 5 minit, iQOO Z7 mampu memberikan sehingga 5 jam tontonan video, membolehkan pengguna menikmati siri TV atau filem kegemaran mereka di mana sahaja tanpa perlu risau akan jangka hayat bateri.

Prestasi Lancar dan Cekap

iQOO Z7 direka untuk memenuhi keperluan pengguna yang ingin kekal terhubung, terhibur dan produktif walau di mana sahaja. Menampilkan cip Snapdragon 782G, ia memberikan prestasi sepantas kilat dan visual yang cantik, dengan peningkatan prestasi CPU sebanyak 10% dan GPU sebanyak 13% berbanding cip Snapdragon 778G.

Teknologi Extended RAM 3.0 pula menambahkan sehingga 8GB RAM kepada 12GB sedia ada, memberikan para pengguna iQOO Z7 sebuah pengalaman yang lancar tanpa henti walaupun semasa menggunakan beberapa aplikasi dalam satu masa.

iQOO Z7 juga memberikan pengalaman gaming dengan frame rate tinggi melalui 4D Game Vibration dan Super-Conducting Liquid Cooling Vapour Chamber yang luas bagi memastikan peranti tersebut kekal sejuk walaupun dalam sesi bermain yang lama. Pembesar suara dwi stereo pada iQOO Z7 pula menawarkan pengalaman audio unggul yang melengkapi visualnya yang menakjubkan.

Keupayaan Kamera yang Kuat

Menampilkan kamera OIS Ultra-Sensing 64MP, iQOO Z7 dapat mengambil gambar-gambar cantik dengan butiran yang luar biasa, walaupun dalam keadaan gelap. Ia juga mampu merakam dalam 4K bagi memastikan video-video yang dirakam setajam dan setaraf dengan gambar.

Lebih Nilai dalam Tawaran Prestasi

iQOO Z7x memberikan nilai luar biasa di samping mengekalkan prestasi yang cemerlang. Dengan bateri berkapasiti besar sebanyak 6,000mAh dan teknologi FlashCharge 80W, pengguna dapat menikmati sesi bermain dengan lebih lama dan melakukan tugasan-tugasan harian yang berat tanpa sebarang gangguan.

Dikuasakan oleh cip Snapdragon 695 5G, prestasi iQOO Z7x kekal pantas dan lancar untuk menyiapkan tugasan melalui pelbagai aplikasi dalam satu masa. Menampilkan 50MP Ultra Clarity Camera, pengguna juga dapat mengabdikan setiap detik dengan butiran yang tepat.

Harga dan Ketersediaan

iQOO Z7 kini boleh didapatkan pada harga RM1,499 untuk varian 12GB + 256GB dan RM1,299 untuk varian 8GB + 128GB, manakala iQOO Z7x boleh didapatkan pada harga RM1,099 untuk varian 8GB + 256GB dan RM999 untuk varian 8GB + 128GB. Para pengguna boleh mendapatkan siri iQOO Z7 di e-kedai rasmi vivo Malaysia dan kedai-kedai utama rasmi iQOO Malaysia di Shopee dan Lazada.

Bermula 10 sehingga 18 April 2023, anda boleh mendapatkan iQOO Z7 varian 12GB + 256GB dan iQOO Z7x varian 8GB + 256GB dengan promosi awal pada harga RM1,399 dan RM999 masing-masing, manakala iQOO Z7 varian 8GB + 128GB boleh didapatkan pada harga RM1,249 hanya di Lazada dan iQOO Z7x varian 8GB + 128GB pula boleh didapatkan pada harga RM939 hanya di Shopee.

Dari 10 April hingga 10 Mei, iQOO juga akan mengadakan kempen ‘Dreams Come True’ untuk para pelanggan yang membeli telefon pintar siri iQOO Z7, di mana pelanggan berpeluang untuk menyaksikan impian mereka menjadi kenyataan. Untuk mengambil bahagian, ikuti langkah-langkah di bawah:

  • Langkah 1: Muat naik gambar anda dengan iQOO Z7 atau iQOO Z7x baharu ke Facebook dan kongsikan impian anda dalam caption.
  • Langkah 2: Sertakan hashtag #iQOOZ7Series #DreamwithiQOO #iQOOMY #PowerZGiler.
  • Langkah 3: Tangkap screenshot dan kongsikan di ruangan komen kempen di laman Facebook iQOO Malaysia sebagai bukti penyertaan.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: iQOO MalaysiaiQOO Z7iQOO Z7x
ShareTweetSend
Previous Post

The Last of Us Part 1 PC Review — Penantian Yang Mengecewakan

Next Post

Infinix lancarkan HOT 30 Series Baharu Dengan Ciri Baharu & Kolaborasi Bersama Garena Free Fire

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Infinix lancarkan HOT 30 Series Baharu Dengan Ciri Baharu & Kolaborasi Bersama Garena Free Fire

Infinix lancarkan HOT 30 Series Baharu Dengan Ciri Baharu & Kolaborasi Bersama Garena Free Fire

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd