Selepas 3 tahun mendiamkan diri kerana pandemik, akhirnya Anime Festival Asia untuk edisi 2022! Menampilkan pelbagai acara, gerai daripada syarikat-syarikat pembuat anime dan game besar, serta sesi eksklusif bersama artis-artis dan orang hebat industri, inilah acara anime terbesar di rantau Asia Tenggara.
Sempena itu, kami berpeluang untuk bercakap bersama Shawn Chin, pengasas dan pengarah acara untuk Anime Festival Asia untuk belajar lebih lanjut tentang proses di sebalik tabir menganjurkan acara sebesar ini dan apa harapannya untuk masa akan datang!
Berikut adalah isi kandungan interview:
Sudah 2 tahun AFA tidak dianjurkan kerana COVID. Bagaimana perasaan menganjurkan acara ini dan apakah perasaan anda tentang sambutannya?
Shawn: Tiga tahun lalu dipenuhi dengan harapan bahawa kami dapat melakukan acara itu semula, dan akhirnya ia berlaku. Kami sangat gembira kerana akhirnya dapat menganjurkannya semula. Dengan jumlah orang yang datang, ternyata ia kembali secara impak.
Kami cuba mengurangkan kemungkinan kemasukan beramai-ramai tidak diduga dengan jualan dalam talian, yang tidak pernah di lakukan sebelum ini. Biasanya, hanya di tapak sahaja tetapi kami terkejut dengan sambutan semalam.
Adakah ada apa-apa cabaran untuk membawa semula AFA?
Shawn: Bagi saya, perkara nombor satu ialah untuk membina semula pasukan. Semasa COVID, kita terpaksa melepaskan orang. Dan kemudian kami dapat tahu pada bulan April atau Mei; bahawa kami boleh menganjurkan AFA sekali lagi tetapi keadaan menjadi terlalu tergesa-gesa kerana acara akan berlangsung November.
Dari segi sekatan, nasib baik kami berada di Singapura. Situasi kembali kepada fasa peraturan pra-pandemik. Kemudian, ada inflasi. Kos telah meningkat dan malangnya kami terpaksa juga meningkatkan jualan tiket dan harga untuk menampungnya.
Semuanya sudah naik. Itulah realiti masa kini.
Pada pendapat anda, apakah yang paling dicari oleh seorang pelawat dalam pameran?
Shawn: Saya rasa sebab utama ialah orang telah menikmati fandom semasa wabak di rumah. Salah satu perkara terbesar untuk konvensyen ini ialah anda boleh kembali bersama-sama dan melepak dengan rakan-rakan dan seronok bersama-sama.
Dari segi tetamu, kami mempunyai bahagian persembahan yang berbeza. Kami mempunyai [pendekatan] berasaskan komuniti untuk tahun ini iaitu “creator hub”. Kami juga memperkenalkan “cosplay hub” jadi saya rasa kedua-dua ini agak popular dari sudut tarikan dan dari sudut pandangan tetamu.
Tetapi dunia masih sedang pulih daripada wabak. Kami tidak dapat menerima seramai tetamu seperti biasa. Walau bagaimanapun, kami tetap harus bermula di suatu tempat.
Kami masih membawa masuk tetamu, kami masih membawa masuk tetamu Jepun tetapi ia tidak seperti dahulu. Kita melihat orang masih menikmatinya kerana sudah lama tiada acara.
Salah satu tetamu besar acara pada tahun ini ialah Vtuber Hololive. Pada pendapat anda, bagaimanakah Vtubers mengubah landskap konvensyen?
Shawn: Ia natural untuk melihat peminat ACG menyukai watak. Maya, nyata, anime atau apa sahaja, waifu dan semua itu. Dapat berhubung dengan personaliti itu, anda boleh mencipta sebuah hubungan dengan Vtuber.
Dalam erti kata itu, ia akan kekal. Ada yang mengatakan ini hanya trend, tetapi memandangkan watak begitu “hidup”, ia pasti akan kekal untuk konvensyen.
Pada masa lalu, satu-satunya acara maya yang ada ialah Hatsune Miku.
Tetapi sekarang, seperti yang anda lihat, banyak kandungan kami pada dasarnya adalah Vtuber. Apa yang berubah ialah anda memerlukan sambungan internet yang bagus. Ia bukan hanya pembesar suara. Anda perlu membeli PC. Itulah cabaran baharu, memastikan anda mempunyai internet yang baik.
Untuk konvensyen AFA akan datang, adakah ada apa-apa yang anda ingin bawa?
Shawn: Kami sentiasa mahu melakukannya, ia bergantung kepada trend. Perkara sentiasa berubah, bukan? Jadi kami cuba untuk sentiasa membawa perjara yang komuniti inginkan dan cuba mengenal pasti perkara itu. Dan yang lebih penting, dapat melabur untuk membawanya ke sini.
Bolehkah anda menjelaskan lebih lanjut tentang AFAVerse?
Shawn: Kami memanggilnya konsep Phygital: Physical X Digital. Kerana saya rasa ini adalah satu kejayaan. Saya rasa perbincangan baru-baru ini sentiasa bersifat metaverse, multiverse, dan juga web3.0.
Daripada menyertai sepenuhnya, kami melihat teknologi bagaimana kami boleh meningkatkan pengalaman fizikal para hadirin.
Biasanya orang datang ke konvensyen, lepak, dapatkan tiket, anda masuk dan buat hal anda. Kami ingin mewujudkan hubungan tambahan dengan penonton m untuk membolehkan mereka bermain game dan berinteraksi dengan semua bahagian festival yang berbeza dan meneruskan cabaran ini antara satu sama lain.
Jadi itulah salah satu sebab utama kami menghasilkan AFAVerse. Teknologi hari ini memainkan peranan yang begitu besar. Kami mahu dapat menjejaki dan mempunyai data serta memahami perkara yang orang akan pergi, kandungan yang mereka akses yang kemudian membantu kami dalam perancangan untuk tahun depan.
Pada pendapat anda, bagaimanakah reaksi setakat ini memandangkan untuk booth sangat besar?
Shawn: Ia sangat menggembirakan. Anda sepatutnya melihat server kami. Kami mengalami isu pasang surut tertentu kerana infrastruktur. Server hingga down buat sementara semalam. Tetapi jumlah kemasukan memang ramai. Saya rasa sebahagian adalah kerana kami mempunyai watak yang boleh anda customize.
Apabila bermain, anda mempunyai syiling yang boleh ditebus untuk hadiah. Ia bukan sebarang hadiah. Kami menghabiskan banyak wang untuk membeli hadiah dan kemudian mendapatkan penaja. Anda boleh memenangi PS5 atau kerusi gaming, macam-macam.
Anda pernah kata sebelum ini anda mahu menggunakan AFAVerse dalam acara akan datang. Untuk masa depan, bagaimana anda boleh menambah baik atau meningkatkan pengalaman?
Shawn: Sekarang, AFAVerse adalah projek tiga hari. Tetapi kami mahu ia menjadi permulaan kepada hubungan jangka panjang yang berpotensi menjadi jenama. Dengan mencipta akaun AFAVerse anda, anda menyertai kami sebagai ahli.
Apa yang kita lakukan dengan itu? Itu yang kita akan usahakan seterusnya. Kami akan melihat data dan maklum balas. Berdasarkan itu kami akan mencipta misi seterusnya.
Kata-kata akhir tentang AFA dan acara?
Shawn: Kami sangat gembira dapat kembali. Kami berharap untuk membina semula diri dan tidak sabar-sabar untuk menghubungi peminat ACG di seluruh Asia Tenggara.
Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada Shawn Chin kerana sudi menjawab soalan temu ramah ini! Semoga acara seterusnya pun sama sukses!
Jika berminat tentang AFA 2022, anda boleh dapatkan butiran lanjut di SINI.
- Anime Festival Asia Singapore 2022 (AFA 2022)
- Tarikh: 25 – 27 November 2022
- Lokasi:on: Suntec Singapore Convention and Exhibition Centre (Levels 3 & 4)
- Masa Pameran: 10 pagi ~ 8 malam
@gamersantaimy
Discussion about this post