Sempena acara Anime Festival Asia (AFA) 2022 di Singapura, kami berpeluang untuk menghadiri sesi soal jawab mengenai perkembangan terbaru MAPPA Studio. Kami dapat berjumpa dengan CEO MAPPA Studio iaitu Manabu Otsuka, Director Eksekutif Makoto Kimura dan Yuichiro Hayashi. Sepanjang sesi, kami dapat berbual tentang projek daripada studio mereka. Nak tahu apa lagi yang kami bualkan semasa berjumpa dengan mereka? Jom teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Pengalaman mempromosi Chainsaw Man
Mereka telah pergi ke serata dunia termasuk Japan Expo France dan Crunchyroll Expo untuk mempromosikan anime Chainsaw Man dan Singapura adalah hentian terakhir untuk MAPPA Studio di AFA 2022 buat masa ini. Mereka menyatakan bahawa persamaan yang ada di antara peminat di seluruh dunia ialah kejujuran serta reaksi terhadap produk anime yang dihasilkan oleh MAPPA Studio.
Kini, pihak produksi sedang di dalam proses untuk musim terakhir Attack on Titan, walaupun sekarang merupakan waktu yang amat sibuk untuk mereka namun masih sempat untuk membuat ruang rehat di Singapura kerana acara seperti ini sangat penting bagi industri anime.
MAPPA Studio telah menghasil pelbagai jenis genre anime kerana bagi Manabu Otsuki, genre tidak penting. Dia ingin bekerja dengan lebih ramai lagi pencipta anime dan meneroka pelbagai genre. Sebagai seorang otaku, Manabu mempunyai cara berfikir yang berbeza, dia mampu melihat anime daripada meluncur ais ataupun melihat banggunan.
Attack on Titan
Selepas menceritakan pengalaman mereka, MAPPA Studio mendedahkan key art baru untuk musim terakhir Attack on Titan di mana ia pasti akan menjadi gempak. Tetapi bagi mereka, ianya agak sukar untuk menceritakan tentang seni dan teaser siri ini tanpa memberitahu spoiler kepada para peminat.
Disebabkan Yuichiro Hayashi telah menghasilkan Dorohedoro dan Kakagurui, Manabu Otsuka berkata dia adalah orang yang sesuai untuk mengetuai produksi musim terakhir siri ini. Manabu berkata musim akhir Attack on Titan akan menjadi musim paling gempak dalam sejarah anime.
Yuichiro Hayashi merasakan ini adalah cabaran yang besar untuk mereka, walaupun ia sukar namun dia tahu mereka pasti boleh buat. Dia merasakan bahawa dia adalah orang yang sesuai untuk mengetuai projek ini dan akan pastikan mereka berjaya.
Selain itu,mereka juga ada menceritakan tentang bagaimana mereka mencari artis untuk menyanyikan lagu tema siri ini. Manabu Otsuka berkata, mereka selalunya akan menggunakan pertolongan Pony Canyon untuk mencari penyanyi dan berbincang bagaimana cara untuk menghasilkan lagu pembukaan dan penutupan yang sesuai untuk anime ini.
Jadi mereka mencari penyanyi yang mempunyai minat terhadap Attack on Titan, seperti SiM yang menyanyikan lagu The Rumbling. Konsep dark yang dihasilkan oleh mereka amat sesuai dengan mood siri ini.
Chainsaw Man
Beralih kepada anime Chainsaw Man, mereka menyatakan bahawa manga siri ini telah dijual sebanyak 1.6 juta cetakan. Ini merupakan acara pertama untuk anime ini sejak ia disiarkan. Manabu Otsuka melihat banyak respon dan komen positif daripada peminat dan dia merasa amat berterima kasih terhadap respon tersebut. Dia juga berpendapat jika para peminat ingin melakukan cosplay watak daripada siri ini juga amat mudah kerana mereka hanya memerlukan suit dan tali leher.
Makoto Kimura berkata ramai orang industri suka menonton siri ini jadi dia telah menghubungi mereka untuk menghasilkan penutup anime. MAPPA Studio ingin lakukan perkara yang sama seperti siri daripada Amerika di mana reka bentuk watak berubah-ubah. Disebabkan perkara ini, kita dapat lihat pelbagai penutup yang berbeza setiap kali kita menonton anime Chainsaw Man.
Mereka sebut tentang rutin pagi Aki yang tiada di dalam manga tetapi telah dimasukkan ke dalam anime kerana mereka rasa ianya adalah sesuatu yang bagus untuk tunjukkan rutin harian watak tersebut di dalam anime. Yuichiro Hayashi berkata bahawa dengan menghasilkan adegan tersebut, ia dapat memberi sesuatu yang baru kepada para peminat yang sudah membaca manga.
Yang terakhir tentang Chainsaw Man, sudah tentu soalan tentang musim kedua siri ini. MAPPA Studio berkata, jika peminat memang mahukannya, pihak produksi akan cuba sedaya upaya untuk menghasilkannya jika mendapat kebenaran. Mereka tidak boleh menjanjikan apa-apa, jadi anda sebagai peminat harus tunjuk sokongan anda terhadap anime ini.
Penutup
Sesi MAPPA Studio di AFA 2022 ini berakhir dengan beberapa preview untuk projek terbaru daripada mereka, pertama sekali mereka menunjukkan anime yang bertajuk Campfire Cooking in Another World With My Absurd Skill.
Anime ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah diisekai ke dunia lain dan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan makanan yang tiada di dunia tersebut. Siri ini dihasilkan oleh pasukan produksi yang berbeza, namun mereka tidak hadir di acara ini. Anima ini juga mereka anime bergenre isekai pertama yang dihasilkan oleh MAPPA Studio.
Anime kedua pula ialah Vinland Saga Season 2.
Musim pertama anime ini telah dihasilkan oleh Wit Studio namun untuk musim kedua, MAPPA Studio telah mengambil alih untuk menghasilkan animasi siri ini. Makoto Kimura berharap agar para peminat akan suka siri ini kerana artstyle anime ini sama seperti Attack on Titan.
Anime terakhir yang ditunjukkan ialah Hell’s Paradise.
Anime ini mengisahkan tentang banduan yang ingin mencari Elixir of Life di sebuah pulau. Namun apabila tiba di pulau tersebut, dia telah berjumpa dengan ramai lagi banduan yang inginkan elixir itu. Manabu Otsuka berkata bahawa projek untuk siri ini berjalan dengan lancar dan dia berasa kagum terhadap visual yang diberikan oleh anime ini. Mereka telah bekerjasama dengan sejarawan Jepun untuk menghasilkan rupa yang sama seperti pada zaman pertengahan Jepun.
Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai Anime Festival Asia (AFA) 2022, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post