Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Infinix Malaysia rasmi umum Note 30 Series! Harga semurah RM 699!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 24, 2023 - Updated on June 27, 2023
in Artikel, Berita, Promosi, Smartphone, Teknologi
0 0
0
Infinix Malaysia rasmi umum Note 30 Series! Harga semurah RM 699!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Infinix secara rasminya melancarkan siri Infinix NOTE 30 yang dinanti-nantikan di Malaysia dengan tujuan memberikan pengalaman gaming yang memupuk tingkah laku gaming yang positif dan melengkapkan pemain esport. Siri NOTE 30 terdiri daripada dua model, NOTE 30 PRO dan NOTE 30, yang masing-masing berharga RM899 dan RM699, serta boleh didapati hari esok bermula 25 Mei 2023 di semua platform jualan dalam talian dan luar talian Infinix.

Infinix Note 30 Pro

Kredit: Infinix

NOTE 30 Pro menampilkan 68W AIl-Round FastCharge, yang boleh mengecas bateri 5000mAh daripada 1% hingga 80% dalam masa 30 minit sahaja. Ia juga menyokong FastCharge tanpa wayar 15W (yang pertama dalam segmen harganya). Reverse Charge pula membolehkan peranti berfungsi sebagai power bank untuk peranti lain dalam situasi kecemasan.

Tambahan pula, ia turut menyertakan Intelligent Power E-1Q yang memajukan lagi pengalaman pengecasan dengan algoritma Al dan langkah keselamatan yang melindungi pengguna daripada pengecasan berlebihan. Kemajuan dalam kawalan suhu ini memastikan peranti sejuk, untuk membolehkan pengguna mengecas dan bermain game secara serentak. Terdapat beberapa alternatif pengecasan tersedia untuk NOTE 30 Pro, termasuk penggunaan adaptor yang menyokong pengecasan pantas PD 3.0 pada kadar 45W.

NOTE 30 Pro menampilkan paparan 120Hz refresh rate yang mendapat manfaat daripada ciri Smart Refresh dan Magellan Engine. Ciri-ciri ini membolehkan peranti melaraskan refresh rate berdasarkan senario pengguna, memberikan pengalaman yang lebih lancar sambil menggunakan lebih sedikit kuasa sama ada bermain game atau menonton video.

Selain itu, model ini termasuk mod penjagaan mata dengan Pensijilan TUV Rheinland, yang melindungi mata pengguna. Paparan AMOLED 10-bit mempunyai kecerahan maksimum 900 nits, nisbah kontras 5,000,000:1, 1920Hz PWM Dimming dan 360Hz Touch Sampling Rate.

Peranti ini menggunakan pemproses MediaTek Helio G99, dengan proses 6nm untuk kecekapan tenaga dan prestasi tinggi. Dengan teknologi Vapor-Chamber Liquid Cooling pada NOTE 30 Pro, peranti kekal sejuk di bawah tekanan, berkat 10 lapisan dengan kawasan ruang 2,000mm. NOTE 30 Pro dilengkapi dengan inovasi terbaru: teknologi Ultra Power Signal (UPS).

Direka khusus untuk persekitaran isyarat lemah, teknologi ini dioptimumkan untuk senario isyarat lemah, termasuk ruang bawah tanah, lif, kawasan pinggir bandar dan sebagainya. NOTE 30 Pro telah mencapai peningkatan yang luar biasa sehingga 40% dalam kekuatan isyarat selular dan peningkatan 100% dalam kekuatan isyarat WiFI dalam mod landskap.

NOTE 30 Pro turut dilengkapi dengan kamera utama piksel ultra-tinggi 108MP yang merakam setiap detik dengan ketajaman maksimum dan memiliki teknologi penggredan warna automatik untuk meningkatkan kualiti imej apabila di bawah keadaan lampu gelap dan silau.

Kredit: Infinix

Infinix Note 30

Kredit: Infinix

Sebaliknya, NOTE 30 juga merupakan peranti yang menetapkan standard baharu dengan keupayaan pengecasan inovatif dan peningkatan prestasi gaming yang mengagumkan. Di sini, NOTE 30 menampilkan Mode 45W All-Round Fast Charge & Bypass yang memastikan pengecasan pantas dan mudah semasa bermain game tanpa perlu risau terlalu panas.

NOTE 30 boleh mengecas bateri 5000mAh sehingga 75% dalam masa 30 minit sahaja dan merangkumi pemproses MediaTek Helio G99 dengan proses 6nm untuk penjimatan tenaga dan prestasi tinggi. Dengan RAM tambahan sehingga 16GB (8GB + 8GB) yang mempunyai storan 256GB dan kamera utama 64MP, pengguna boleh menangkap setiap detik dengan kejelasan dan ketelusan yang luar biasa.

Selain itu, NOTE 30 termasuk beberapa ciri unik, termasuk bezel ultra nipis dan pembesar suara dwi stereo, yang ditala oleh JBL dan diperakui oleh Hi-Res. NOTE 30 menawarkan pengalaman tontonan yang unik yang menggabungkan Mod Penjagaan Mata dengan Pensijilan TUV Rheinland. Peranti ini menyediakan kadar touch sampling 240Hz dan refresh rate 120Hz yang membolehkan pengguna mendapat pengalaman yang lebih lancar dan mudah.

Promosi Jualan Hari Pertama Siri NOTE 30

Infinix Malaysia akan mengadakan promosi jualan hari pertama sempena sambutan Siri NOTE 30 dari 29 Mei hingga 2 Jun 2023, yang boleh didapati di kedai pengedar sah Infinix dan e-stor rasmi di Lazada, Shopee dan TikTok. Dalam tempoh ini, mereka yang membeli sama ada NOTE 30 Pro dan NOTE 30 akan menerima Limited-Edition Infinix x MLBB MSL Championship Gift Box, sementara stok masih ada.

Selain itu, peminat yang membeli sama ada satu model dalam Siri NOTE akan layak untuk menyertai peraduan Spend & Win dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM20,000. Hadiah termasuk Infinix INBook X1 15, Infinix X1 Android Smart TV 32-inci dan Infinix True Wireless XE27 earphone.


Baca segala liputan kami tentang produk Infinix di SINI.

ShareTweetSend
Previous Post

Kenali setiap pedang Asta sepanjang pengembaraan dalam Black Clover!

Next Post

Preview Final Fantasy XVI – Kali terakhir melihat dunia Dominant sebelum launch rasmi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Preview Final Fantasy XVI – Kali terakhir melihat dunia Dominant sebelum launch rasmi!

Preview Final Fantasy XVI - Kali terakhir melihat dunia Dominant sebelum launch rasmi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd