Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kenali setiap pedang Asta sepanjang pengembaraan dalam Black Clover!

safwan by safwan
May 24, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga, Panduan, Senarai
0 0
0
Kenali setiap pedang Asta sepanjang pengembaraan dalam Black Clover!
Share on FacebookShare on Twitter

Asta telah mendapatkan pedang ke-4 semasa bertarung dengan Dante di mana Yami telah meminjamkan pedang katananya kepada Asta. Tetapi apa yang boleh dilakukan oleh pedang tersebut? Adakah sama seperti pedang pertamanya yang boleh membatalkan serangan magic? Jadi, untuk perkongsian kali ini, kami akan menerangkan anda serba sedikit tentang kesemua pedang yang diperolehi Asta sejak ia dapat Grimoire Anti-Magic dalam Black Clover.

Jom, kita lihat kuasa apa yang terdapat dalam setiap pedang yang diperolehinya.

Demon-Slayer Sword

Kredit: Crunchyroll

Pedang pertama yang Asta peroleh adalah Demon-Slayer Sword semasa dia dapat grimoire-nya. Saiz pedang ini agak besar dan berat. Walaupun rupanya agak buruk, pedang ini telah membantu Asta mengalahkan pelbagai musuh jahat sehingga kini. Pedang ini boleh membatalkan serangan magic dan memantulkan semula magic ke arah yang lain.

Selepas berlatih di Heart Kingdom selama 6 bulan, Asta telah mempelajari untuk mengawal pedang ini dari jarak yang jauh. Dia hanya perlu memanggil nama pedang tersebut dan Demon-Slayer Sword akan kembali ke tangannya. Selain itu, Disebabkan saiznya yang agak besar, Asta boleh menjadikan pedang ini seperti kenderaan yang boleh dinaiki melalui udara.

Demon-Dweller Sword

Kredit: Crunchyroll

Pedang kedua iaitu Demon-Dweller Sword telah dijumpai oleh Asta semasa di keluar menjalankan misi di Dungeon. Jika nak dibandingkan dengan pedang yang pertama, pedang ini saiznya agak kecil. Pedang ini boleh melepaskan kuasa anti-magic semasa “slash” pedang dan sekali gus membelah serangan magic musuh.

Selain itu, dia juga boleh meminjam kuasa magic orang dikelilinginya dan melepaskan magic tersebut. Namun, apabila orang lain memegang pedang ini, Mana mereka akan habis disebut oleh pedang ini dan menyebabkan mereka lemah dan tidak boleh menghasilkan sebarang kuasa magic.

Demon-Destroyer Sword

Kredit: Crunchyroll

Demon-Destroyer Sword adalah pedang yang ketiga Asta perolehi. Pedang ini juga telah dijumpai semasa dia menjalankan misi di dungeon cuma berlainan tempat iaitu di Gravito Rock Zone. Pedang ini sangat istimewa di mana ia mempunyai kuasa Causality Break yang membolehkan ia menghasilkan salutan Anti-Magic dan menyerap serta menghilangkan kesan magic. Selain itu, pedang ini juga boleh membatalkan Reincarnation Magic.

Demon-Slasher Katana

Kredit: Crunchyroll

Asta mendapatkan pedang katana ini semasa bertarung dengan Dante di mana Yami meminjamkan pedang tersebut. Sejurus memegang katana tersebut, pedang tersebut telah disaluti dengan Anti-Magic. Oleh itu, dia boleh menghasilkan damage yang sangat tinggi kepada Dante.

Pedang katana ini boleh memotong apa sahaja tetapi ia hanya memberikan damage kepada sasaran yang diingini sahaja tanpa menyebabkan kemudaratan kepada orang lain.


Kredit: Crunchyroll

Itu sahaja yang ingin kami ingin kongsikan mengenai pedang Asta sepanjang pengembaraannya di dalam manga Black Clover. Apa pendapat anda mengenai kuasa yang terdapat di setiap pedang Asta? Adakah ia mampu mengeluarkan kuasa yang lebih hebat?

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: AstaAsta SwordsBlack CloverDemon-Destroyer SwordDemon-Dweller SwordDemon-Slasher KatanaDemon-Slayer Sword
ShareTweetSend
Previous Post

The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom Review — Kembali ke Hyrule & Serlahkan Kreativiti Anda!

Next Post

Infinix Malaysia rasmi umum Note 30 Series! Harga semurah RM 699!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Infinix Malaysia rasmi umum Note 30 Series! Harga semurah RM 699!

Infinix Malaysia rasmi umum Note 30 Series! Harga semurah RM 699!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd