Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Indiana Jones 5 adalah filem terakhir Harrison Ford sebagai watak utama, umur dah 80 tahun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 12, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Indiana Jones 5 adalah filem terakhir Harrison Ford sebagai watak utama, umur dah 80 tahun!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa acara D23 Expo tahun ini, pelakon veteran Harrison Ford -yang berusia 80 tahun- telah naik ke pentas bagi panel Lucasfilm untuk memberitahu bahawa “Indiana Jones 5” akan menjadi filem terakhir beliau di dalam peranan itu.

Harrison Ford & Phoebe Waller-Bridge received a standing ovation as they join director James Mangold on stage at #D23Expo pic.twitter.com/uUZZPOx7yf

— Indiana Jones (@IndianaJones) September 10, 2022

Dia pertama kali menjadi Indiana Jones dalam filem Raiders of the Lost Ark pada 1981, dan meneruskan peranan watak itu dalam The Temple of Doom (1984), The Last Crusade (1989) dan The Kingdom of the Crystal Skull (2008).

Memandangkan usia Ford sangat tua dan kecerdasan yang diperlukan oleh peranan tersebut amat tinggi, ramai terkejut bahawa Harrison Ford masih nekad untuk berlakon sebagai Indiana Jones.

Pada tahun lepas, ada laporan kata bahawa Ford mengalami kecederaan bahu semasa berlatih untuk adegan pertarungan dalam filem Indiana Jones, dan sebelum itu, dia patah kaki semasa penggambaran Star Wars: The Force Awakens.

Memang legend lah Harrison Ford!

Untuk soal filem pula, perbincangan tentang Indiana Jones 5 sebenarnya bermula sebelum tahun 2008, tetapi terpaksa berhenti seketika ketika Lucasfilm dijual kepada Disney pada tahun 2012. Di bawah pemilik baharunya, presiden Lucasfilm – Kathleen Kennedy secara rasmi mengumumkan bahawa mereka akan membuat filem ke-5 pada tahun 2015.

Walaupun pengumuman dibuat, ia mengambil masa beberapa tahun lagi dan beberapa perubahan di sebalik tabir sehinggalah fasa fotografi berjalan secara rasmi pada Jun tahun lepas. Selain daripada mengubah skrip dan penulis skrip, pengarah asal Steven Spielberg juga mengundurkan diri daripada projek itu pada Februari 2020.

Tiga bulan kemudian, pengarah James Mangold (Logan) telah menggantikannya dan sekali lagi, skrip terpaksa diubahkan. Selepas ditangguh beberapa kali dan gangguan akibat pandemik COVID, filem itu kini dijadualkan untuk keluar pada 30 Jun 2023.

In 2023, Harrison Ford returns as the legendary #IndianaJones. Check out this first look of the new James Mangold-directed film. pic.twitter.com/ALs82tsmXw

— Indiana Jones (@IndianaJones) May 26, 2022

Apa pun, Indiana Jones 5 akhirnya akan ditayangkan di pawagam pada tahun depan, namun pawagam Malaysia masih belum mengesahkan tarikh rasmi.

Untuk membaca segala liputan kami tentang filem, sila tekan pautan ini.

Previous Post

Pelbagai siri Star Wars diumumkan di Disney D23 Expo, The Mandalorian bakal tiba tahun 2023!

Next Post

4 pasukan Malaysia mara ke Asia Pacific Predator League 2022 di Jepun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
4 pasukan Malaysia mara ke  Asia Pacific Predator League 2022 di Jepun!

4 pasukan Malaysia mara ke Asia Pacific Predator League 2022 di Jepun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd