Predator League 2022 Malaysia kembali dalam format luar talian dalam ESI Hub, Spacerubix dan juara yang mengangkat trofi secara fizikal pada peringkat akhir ialah Team RSG untuk Dota 2 dan Team SGD untuk PUBG: BATTLEGROUNDS! 2 juara ini mengatasi pasukan lain secara berstrategi dan skil untuk membawa pulang wang tunai RM11,000 dan kerusi gaming Predator sebagai juara.
Sebagai tambahan, mereka kini telah menempah posisi untuk bertarung di Jepun dalam Asia Pacific Predator League 2022 . Kedua-dua pasukan pemenang ini berpeluang membawa pulang sebahagian daripada prize pool $400,000 pool dan APAC Predator League Shield yang diidamkan.
Team RSG, terdiri daripada Wong “mks” Sim An, Ng “xsilearn” Anwei, Lee “X1aOyu” Qian Yu, Trần “xiaobonbon” Hoàng Minh Quý, dan Roger Tan “Roddgee” Boon Thye, muncul sebagai pemenang apabila menewaskan Atlantis kali kedua dengan keputusan akhir 3-2. Baca tentang kemenangan mereka di SINI.
Atlantis telah tewas 2-1 kepada Team RSG pada pusingan akhir upper bracket tetapi bertarung secara sengit untuk memenangi pusingan akhir lower bracket. Secara keseluruhannya, Atlantis bermain maraton sebanyak 11 perlawanan berturut-turut, mempamerkan dedikasi dan ketabahan mereka. Bagaimanapun, perisai itu adalah milik Team RSG yang mempunyai strategi dan gameplay lebih baik.
Pada masa yang sama, Anderson “Shen” Chong, Alex Tan “Sophiya” Boon Keung, Wong “Jervis” Jervis, Tan “IAMPETE” Chun Chou, dan Lee “DreamsYr” Jing Horng daripada Pasukan SGD telah memenangi Winner Winner Chicken Dinner dalam PUBG: BATTLEGROUNDS dengan kerja berpasukan dan ketepatan mereka. Baca tentang kemenangan mereka di SINI.
Bersama mereka di Grand Final di Jepun ialah pasukan di tempat kedua, Team Setup, yang terdiri daripada Muhammad Shafiq Ridzuan “Apikk” bin Mohd Azmi, Mohd Fikri bin “Km0N” bin Abd Jalil, Muhammad Asraf “Zosvatek” bin Mohd Malek, dan Muhammad Iqmal Hafiz “MalDKendrix” bin Abdullah. Team Setup turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM7,500 dan headset gaming Predator Galea 350.
Sama berjuang di Jepun di bawah bendera Malaysia juga ialah Team SMG, yang terdiri daripada Yeik ‘MidOne’ Nai Zheng, Kam ‘MooN’ Boon Seng, Daryl ‘iceiceice’ Koh Pei Xiang, Tue ‘ah fu’ Soon Chuan, dan Wilson ‘poloson’ Koh Chin Wei. Penyertaan Team SMG dalam Asia Pacific Predator League Grand Finals di Jepun adalah atas jemputan Predator Gaming Malaysia.
Sebanyak 48 pasukan telah mendaftar untuk Dota 2 dan PUBG: BATTLEGROUNDS dalam Predator League Malaysia Qualifier 2022.
Asia Pacific Predator League 2022 Grand Finals akan diadakan pada 11 – 13 November 2022 di Jepun di mana pasukan dari 15 negara dan wilayah di seluruh Asia Pasifik akan bertarung dalam tempoh tiga hari. Untuk butiran lanjut dan maklumat terkini tentang liga, sila layari laman web rasmi Predator League di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post