Berita baik untuk gamers-gamers Malaysia yang menunggu keluaran Cyberpunk 2077! Pada semalam 21 Mei 2020, Impulse Gaming telah dilantik sebagai pengedar eksklusif di Malaysia untuk versi PC Cyberpunk 2077 Code-in-a-Box! Macam-macam kandungan bonus boleh didapati, dan anda hanya akan dapat permainan video tersebut melalui pengedar rasmi mereka atau di halaman shopee Impulse Gaming.
Cyberpunk 2077 dijangka akan menjadi salah satu permainan video terbesar pada tahun 2020. Merupakan projek terkini oleh pemaju CD Projekt Red yang juga menghasilkan siri The Witcher, Cyberpunk 2077 adalah game “open-world action-adventure” yang berlangsung di Night City, sebuah bandar yang obses dengan kekuatan, glamor dan modifikasi badan. Anda bermain sebagai V, seorang tentera upahan yang mengejar implan luar biasa yang merupakan kunci kepada hidup keabadian. Sebenarnya dijadualkan pada 16 April 2020, CD Projekt Red telah menundakan keluaran permainan ke 17 September 2020.
Tertarik dengan Cyberpunk 2077? Mari kita lihat apa yang anda boleh dapat jika pra-pesan salinan Cyberpunk 2077 yang ditawarkan oleh Impulse Gaming. Ia merangkumi:
- World Compendium yang menceritakan latar belakang permainan;
- Soundtrack CD
- Poskad daripada Night City
- Peta Night City
- Sticker
- Lencana geng Cyberpunk 2077 (Total 8 rekaan)
- Cyberpunk Metal Keychain (eksklusif Impulse Gaming)
Digital
- Game soundtrack
- Art booklet yang menampilkan seni daripada permainan
- Cyberpunk 2020 sourcebook
- Wallpaper untuk desktop dan mobile
*KOD HANYA BOLEH DITEBUS DI GoG*
Macam-macam kandungan fizikal dan digital yang akan anda terima untuk versi PC jika pra-pesan sekarang di Impulse Gaming! Harga adalah RM219, dan pihak mereka akan membuat pengaturan untuk penghantaran sebelum tarikh pelepasan. Jadi anda pun boleh menikmati Cyberpunk 2077 pada hari pelancaran! Untuk membuat pra-pesanan, sila ke cawangan Impulse Gaming paling dekat atau lawat pautan Shopee mereka di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post