Bekas bintang WWE dan pelakon “motion-capture” untuk Kratos daripada God of War, Shad Gaspard telah meninggal dunia. Mayatnya ditemui sekitar jam 1:30AM di Venice Beach, Amerika Syarikat, di mana polis kemudian mengesahkan mayat sebagai Gaspard.
WWE’s thoughts are with the family of Shad Gaspard. Please continue to keep them in your thoughts during this difficult time. pic.twitter.com/uBk0Qo9lXt
— WWE (@WWE) May 19, 2020
My prayers and hope for Shad Gaspard’s wife, son and family during this unthinkable time. Man, this is a tough one. A really tough one.
Great guy.— Dwayne Johnson (@TheRock) May 20, 2020
Shad Gaspard kali terakhir dilihat oleh penyelamat pantai Los Angeles County pada petang Ahad ketika dia berenang bersama anaknya di Venice Beach. Bekas bintang WWE tersebut dan anaknya telah ditarik dalam arus ombak berbahaya, tetapi penyelamat pantai sempat bertindak balas saat itu. Mereka berjaya menyelamatkan anaknya, tetapi Gaspard ditarik ke dalam gelombang laut yang besar. Penyelamat pantai melaporkan bahawa kata-kata terakhir Gaspard adalah “selamatkan anak saya.”
Sebelum meninggalkan industri WWE pada tahun 2010, dia bekerjasama dengan pasangannya JTG sebagai salah satu ahli Cryme Tyme. Sejak itu, dia telah muncul dalam beberapa siri film dan televisyen seperti Get Hard, The Game, dan Think Like a Man. Dia juga melakukan kerja “motion capture” untuk Bane di permainan video Batman: The Enemy Within dan dikreditkan sebagai Kratos di God of War. Sejauh mana penglibatannya di produksi God of War, saya tidak tahu, tetapi dia bersama pelakon suara Christopher Judge dan pelakon aksi Eric Jacobus telah berjaya menghidupkan Kratos.
I did know 😜now so does the rest of the world 🤣such an honor and a privilege to be part of this game and play this character that I’ve always loved. Thank you @rafagrassetti and #GodOfWar team at @santamonicastudio #godofwar4 #videogamefacts #playstation #gamer #gameing #Atreus pic.twitter.com/25FlImpQk8
— Shad Gaspard (@Shadbeast) April 27, 2018
Semasa peminat WWE, filem, dan juga gamers-gamers di seluruh dunia meratapi kehilangan ini, saya memberi ucapan takziah kepada keluarganya dan orang tersayang.
@gamersantaimy
Discussion about this post