Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hot Wheels tambah Proton Saga kepada koleksi rasmi, kereta nasional pertama Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 7, 2022
in Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Produk, Tempatan
0 0
0
Hot Wheels tambah Proton Saga kepada koleksi rasmi, kereta nasional pertama Malaysia!

Sumber - PaulTan.org

Share on FacebookShare on Twitter

Sempena ulang tahun ke-40 Mattel Malaysia, pengeluar kereta mainan Hot Wheels Mattel Inc mengumumkan kerjasama dengan pengeluar kereta Malaysia Proton untuk menghasilkan model mainan istimewa Proton Saga – kereta nasional pertama di negara kita.

Sumber – PaulTan.org

Sebuah acara khas diadakan di kilang Hot Wheels di Pulau Pinang di mana Mattel mendedahkan mereka akan bekerjasama dengan Proton buat kali pertama, untuk menghasilkan model Saga pada tahun 1985 ke skala 1:64 bagi pasaran global.

“Ini adalah perkongsian lesen yang menarik ketika kami bekerjasama untuk membangunkan kereta Hot Wheels, dimodelkan selepas Proton Saga original, model pertama dikeluarkan oleh Proton, yang kini akan menjadi sebahagian daripada koleksi Hot Wheels.”

“Perkongsian lesen ini bertujuan untuk mempertahankan warisan membanggakan untuk kedua-dua Mattel dan Proton bagi terus menyediakan kenderaan berkualiti tinggi kepada peminat semua peringkat umur di seluruh dunia.”

kata Steve Totzke, presiden. dan CCO Mattel Inc, syarikat induk Mattel Malaysia (MMSB), dalam laporan oleh Bernama.
Sumber – PaulTan.org

Seterusnya, Totzke menyambung kata “Proton Saga adalah kereta pertama daripada jenama automotif Malaysia dan oleh itu memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia”.

Menurut wiki:

Proton Saga merupakan model pertama syarikat automotif pertama Malaysia iaitu PROTON, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia dan Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Sumber – PaulTan.org

Buat masa ini, kita tidak tahu bila ia akan keluar secara rasmi, tetapi Mattel menjelaskan bahawa model Hot Wheels Proton Saga dijangka akan mula dijual di seluruh dunia menjelang penghujung tahun 2023.

Bangga saya melihat kereta Saga rasmi menjadi sebahagian daripada koleksi Hot Wheels. Bagi mereka yang suka mengumpul Hot Wheels, pasti anda semua teruja untuk tambah kereta ini ke koleksi kan?

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Hot WheelsMalaysiaProton Saga
Previous Post

NVIDIA GeForce Now rasmi akan hadir di Malaysia melalui YES 5G!

Next Post

Dead Island 2 dedah visual baru, kandungan pra-pesan & Alexa Game Control!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Filem Superman (2025) – Tidak Lagi Suram, Masa Depan Warna-Warni Di Bawah James Gunn!
Review

Reviu Filem Superman (2025) – Tidak Lagi Suram, Masa Depan Warna-Warni Di Bawah James Gunn!

Kolaborasi SUSHIRO Singapore x Street Fighter Kembali Untuk Pusingan Kedua!
Acara

Kolaborasi SUSHIRO Singapore x Street Fighter Kembali Untuk Pusingan Kedua!

July 9, 2025
Apple Arcade Menambah Empat Game Baharu, Diketuai oleh Play-Doh World, Pada 7 Ogos
iOS

Apple Arcade Menambah Empat Game Baharu, Diketuai oleh Play-Doh World, Pada 7 Ogos

July 9, 2025
Next Post
Dead Island 2 dedah visual baru, kandungan pra-pesan & Alexa Game Control!

Dead Island 2 dedah visual baru, kandungan pra-pesan & Alexa Game Control!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd