Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dead Island 2 dedah visual baru, kandungan pra-pesan & Alexa Game Control!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 7, 2022
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, Game, Genre, Konsol, PC, Platform, PS4, PS5, Survival, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Dead Island 2 dedah visual baru, kandungan pra-pesan & Alexa Game Control!
Share on FacebookShare on Twitter

Penerbit Deep Silver dan pembangun Dambuster Studio telah mengeluarkan set trailer dan screenshot baru untuk Dead Island 2. Ia juga termasuk dengan maklumat baru, siri live-action pendek dan pandangan lanjutan pada game. Game ini akan tersedia untuk PS4, PS5,  Xbox Series X|S, Xbox One, dan PC melalui Epic Games Store.

Mereka telah menampilkan pengembaraan pulpa live-action yang dibintangi oleh tiga watak fiksyen yang berlatarkan alam semesta yang sama dengan Dead Island 2. Dengan tentera yang sudah tiada, kita mengikuti mangsa yang terselamat yang tidak takut untuk mencari tempat selamat daripada wabak virus dan gerombolan zombi. Semasa mereka berkeliaran di rumah agam yang ditinggalkan oleh penerbit permainan video dan filem di Hollywood Hills di Los Angeles, mereka tidak lama lagi akan mendapat tahu bahawa tiada tempat yang selamat.

Anda boleh tonton video live-action tersebut di bawah:

Selamat datang ke HELL-A

Trailer Dead Island 2 Welcome to HELL-A baru turut ditayangkan. Trailer tersebut diceritakan oleh Jacob dan Amy, dua daripada watak dalam game ini, semasa mereka melawat HELL-A. Saksikan teknologi gore unik, sistem senjata dan tempur yang boleh dinaik taraf dan sudah tentu, zombi yang mengerikan. Sertai pembunuh ketika mereka membawa anda melawat sekitar taman permainan pemusnah zombi yang bergaya di HELL-A.

Anda boleh tonton trailer gameplay di bawah:

Kawalan Game Alexa

Satu lagi kejutan ialah ciri Kawalan Game Alexa, yang membolehkan pemain melakukan tindakan dalam game dengan pantas hanya menggunakan suara. Ciri ini akan dilancarkan dalam Dead Island 2 untuk Xbox dan PC, untuk bahasa Inggeris di Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom.

Anda boleh tonton video Kawalan Game Alexa di bawah:

HELL-A Edition dan bonus Pra-Pesan

Anda boleh membuat pra-pesan untuk Dead Island 2: HELL-A Edition dan mendapat beberapa koleksi barangan unik dalam game. Bagi sesiapa yang membuat pra-pesan untuk kedua-dua edisi game ini akan mendapat pek “Memories of Banoi Pack, menampil dua barangan unik yang meraikan Dead Island original berserta kad kemahiran khas.

Dead Island 2: HELL-A Edition

  • SteelBook eksklusif berserta CD game
  • Expansion Pass
  • Peta perjalanan Pantai Venice
  • Six Slayer Tarot Cards
  • Two pin badges
  • DI2 patch
  • Golden Weapons Pack
  • Pulp Weapons Pack
  • Character Packs 1 and 2

Pek Memories of Banoi

  • Banoi War Club
  • Memories of Banoi Baseball Bat
  • Weapon perk – “Balanced”
  • “Personal Space” Skills Card

Jadi tunggu apa lagi, jangan lupa pra-pesan Dead Island 2: HELL-A untuk dapatkan pelbagai barangan yang menarik. Game ini akan tersedia untuk PS4, PS5, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store pada 28 April 2023.

Untuk pelbagai liputan menarik tentang game,anime dan banyak lagi, ikuti Gamer Santai.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dead Island 2Deep SilverGame
Previous Post

Hot Wheels tambah Proton Saga kepada koleksi rasmi, kereta nasional pertama Malaysia!

Next Post

One-Punch Man Season 3 akan diuruskan oleh MAPPA, anime pasti lagi gempak [khabar angin]

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Todak Kini Juara Predator League 2024 Malaysia Valorant, Wakil Malaysia ke Manila!
Kejohanan esports

Todak Kini Juara Predator League 2024 Malaysia Valorant, Wakil Malaysia ke Manila!

October 1, 2023
Myth Avenue Gaming menjadi Juara Predator League 2024 Malaysia Dota 2, Mewakili Negara di Peringkat Global
Esports

Myth Avenue Gaming menjadi Juara Predator League 2024 Malaysia Dota 2, Mewakili Negara di Peringkat Global

September 30, 2023
GSC & MDEC melancarkan Malaysia Animation Film Festival! Tonton animasi tempatan di pawagam terpilih!
Tempatan

GSC & MDEC melancarkan Malaysia Animation Film Festival! Tonton animasi tempatan di pawagam terpilih!

September 30, 2023
Next Post
One-Punch Man Season 3 akan diuruskan oleh MAPPA, anime pasti lagi gempak [khabar angin]

One-Punch Man Season 3 akan diuruskan oleh MAPPA, anime pasti lagi gempak [khabar angin]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2023 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2023 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In