Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Horizon Forbidden West Complete Edition Bakal Tiba ke PC Pada Mac 2024!

Maira by Maira
January 26, 2024
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, Game, PC, Steam
0 0
0
Horizon Forbidden West Complete Edition Bakal Tiba ke PC Pada Mac 2024!

Sumber: PlayStation

Share on FacebookShare on Twitter

Sejak diumumkan pada September 2023, ramai pemain PC telah menanti-nantikan kehadiran sekuel game Horizon iaitu Horizon Forbidden West, yang membawa kita melihat sambungan kisah pengembaraan Aloy. Nampaknya tarikh pelancaran rasmi telah didedahkan! Melalui pengumuman baharu daripada PlayStation, Horizon Forbidden West Complete Edition akan tersedia di PC pada 21 Mac 2024!

Bersama-sama pengumuman tersebut, trailer rasmi turut dikeluarkan. Dalam trailer tersebut, kita dapat lihat segala ciri-ciri yang bakal pemain PC dapat alami nanti!

Horizon Forbidden West Complete Edition PC memaparkan ciri seperti Unlocked Frame Rate, tetapan grafik yang boleh disesuaikan, serta teknologi untuk prestasi game seperti NVIDIA DLSS 3, AMD FSR dan Intel XeSS. Untuk pemain yang mempunyai PC high-end, NVIDIA DLAA juga tersedia nanti. Untuk memberikan masa loading yang singkat, DirectStorage turut hadir buat pemain.

Semasa meneroka dunia luas penuh dengan keindahan alam, pemain PC boleh mendapatkan paparan Ultra-Wide untuk mendapatkan pengalaman panorama yang hebat. Game ini menyokong 1:9 ultra-wide, 32:9 super ultra-wide dan 48:9 resolution dengan setup 3 monitor.

Horizon Forbidden West PC
Sumber: PlayStation

Pengalaman bermain juga dipertingkatkan dengan penyesuaian penuh kawalan mouse, keyboard dan controller. Pemain juga boleh menikmati game ini menggunakan DualSense untuk mendapatkan pengalaman yang lebih imersif seperti di konsol.

Horizon Forbidden West PC
Sumber: PlayStation

Dalam koleksi lengkap ini, tersedianya Horizon Forbidden West dan Horizon Forbidden West: Burning Shores DLC. Anda akan hadapi mesin-mesin yang mengagumkan, bertemu puak baharu dan mengembara ke kepulauan Los Angeles!

“Berikutan peristiwa Horizon Zero Dawn, pemburu mesin Aloy berlumba-lumba untuk menyelamatkan biosfera planet yang runtuh sebelum ribut ganas dan penyakit hawar yang misteri dan tidak dapat dihalang memusnahkan saki-baki umat manusia. Misinya dan rahsia jahat yang dibongkarnya akan membawa Aloy bertemu musuh yang lebih dahsyat, membawanya ke sempadan berbahaya di Forbidden West dan Burning Shores yang berbahaya di luar.“

Sumber: PlayStation

Anda yang ingin bermain Horizon Forbidden West di PC nanti, bolehlah membelinya sekarang melalui Steam dan Epic Games Store! Spesifikasi penuh game akan didedahkan pada masa akan datang!

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Horizon Forbidden WestHorizon Forbidden West Complete EditionHorizon Forbidden West Complete Edition PCHorizon Forbidden West PC
ShareTweetSend
Previous Post

Devil May Cry: Peak of Combat Akan Tersedia di Malaysia, Sudah Boleh Pra-Daftar!

Next Post

Godzilla Minus One Tidak Akan Ditayangkan di Malaysia — Menurut GSC

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Godzilla Minus One Tidak Akan Ditayangkan di Malaysia — Menurut GSC

Godzilla Minus One Tidak Akan Ditayangkan di Malaysia -- Menurut GSC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd